Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Nasib Melayu Yang Layu Di Penang

Adakah orang Melayu di negara ini tidak mempunyai mentaliti survival bagi bersaing dengan apa jua bangsa di dunia ini supaya menjadi lebih kuat dan kukuh sepertimana kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz?

Pada pandangan saya orang Melayu memang mempunyai survival semenjak dari zaman penjajah lagi sebab itulah banyak gerakan2 antipenjajah dilancarkan sehingga negara mencapai kemerdekaan baik dari golongan tua atau golongan muda bahkan kita berhadapan dengan berbagai-bagai anasir seperti komunis dan kontfrantasi dengan Indonesia. Semua ini berjaya dihadapi dan ditangani. Rafidah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata orang Melayu mesti sedar untuk sentiasa meningkatkan kemampuan tidak kira berada di mana dan bersikap setimpal dengan desakan situasi ketika ini yang tidak mengenal kaum. Inilah ulasan beliau daripada kenyataan Ketua Umno Bahagian Tanjung Datuk Ahmad Ibni Hajar bahawa orang Melayu di Pulau Pinang terpinggir daripada arus pembangunan.

Rafidah berkata orang Melayu akan tinggal nama sahaja sekiranya mengamalkan sikap ketuanan dengan menganggap diri sebagai tuan tanpa sebarang kawalan. "Ini hanyalah pandangan saya. Mungkin orang Melayu di Pulau Pinang sedikit tetapi di negeri yang orang Melayu banyak tidak semestinya negeri itu kuat dan orang Melayu menguasai segalanya," katanya.

Bukankah Rafidah sendiri mengagihkan saham2 bumiputera unutk menantu dan kroni2 sendiri? Inikah survival yang cuba ditonjolkan?

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata sikap berpecah-belah dan saling mempertikaikan semua perkara merupakan punca mengapa bangsa Melayu, terutamanya di Pulau Pinang, terpinggir di tempat sendiri. Katanya, keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya orang Melayu malas berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih baik. Beliau diminta mengulas laporan mengenai kenyataan Ketua UMNO Bahagian Tanjung, Datuk Ahmad Ibni Hajar bahawa orang Melayu di Pulau Pinang adalah kaum yang paling malang di negeri itu kerana tidak diambil kira oleh kerajaan negeri.

Menurut laporan itu Ahmad mendakwa kedudukan Melayu sebagai kaum minoriti di Pulau Pinang menyebabkan mereka terpinggir kerana kerajaan negeri lebih memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang dihuni oleh kaum Cina seperti Georgetown, Bukit Mertajam, Bayan Baru dan Tanjung Bungah.

Bukankah sekarang UMno masih berkuasa di Malaysia dan mengakui bahawa UMnolah satu-satunya pembela melayu? Inikah yang dikatakan membela melayu seperti slogan Tradisi membela rakyat ataukah Tradisi membuli rakyat(melayu)?

Dr Mahathir berkata orang Melayu seharusnya ingat bahawa sekitar tahun 1930 majoriti penduduk negara ini terdiri daripada kaum pendatang. "Jika keadaan itu berterusan, maka kita tidak lagi akan berkuasa dalam negara kita sendiri," katanya.

Menurut Dr Mahathir, orang Melayu di negara ini masih tidak insaf akan segala kekurangan yang mereka hadapi, malah ada yang terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang seperti Pas. "Kita suruh orang Melayu jangan berpecah, tapi bila Pas ditubuhkan, maka berpecahlah orang Melayu. Sebelum ada Pas, orang Melayu semua bersatu dalam Umno, tidak ada masalah," katanya.

Inilah kaedah menuding jari yang ditonjolkan oleh PM kita, bukankah semasa beliau menjadi Presidenlah UMno telah berpecah dua dan ditambah lagi dengan kes pemecatan Mantan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim memporak-perandakan UMno sendiri sehingga tertubuhnya UMNo Baru(a). Menyentuh dakwaan bahawa peluang ekonomi kurang diberikan kepada orang Melayu, Dr Mahathir berkata semua kaum di negara ini mendapat peluang dan pengagihan yang sama banyak dan adil.

"Kita beri peluang ekonomi yang cukup banyak... tetapi kadang-kadang apa yang kita beri itu, mereka beri pada orang dan pihak lain," katanya. Dalam hal ini, kata Perdana Menteri, semua pihak perlu menganalisis diri sendiri dan membetulkan segala kesilapan yang berlaku, bukannya menuding jari kepada pihak lain. "Semua orang melakukan kesilapan dalam perkara ini. Kita tidak boleh menuding jari pada orang lain sahaja. Yang paling penting, kita perlu tanya diri sendiri, apakah tanggungjawab kita dilaksanakan dengan baik, atau tidak," katanya.

Sebenarnya UMno Penang boleh di umpamakan "Lebai Malang".....dari dulu asyik bersorak bangga kerana

Kita ada komtar....bangunan pencakar langit....!

Kita ada Jambatan terpanjang di Asia.....!

Pembangnan kita terpantas di Malaysia.....!

Akhirnya....melayu apapun tak ada. Yang mampu sekarang hanya untuk mendiami rumah flat.... berlantaikan bumbung penghuni bawah dan berbumbungkan lantai orang atas.......Hidup.....pejuang nasib melayu Penang(UMno)!!!

Oleh : Akupunya






______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com