SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Respon artikal Roti CanaiSaya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan terhadap tulisan Hamba Allah mengenai rahsia roti canai dan ingin berkongsi pengalaman mengenainya. Kalau Hamba Allah merasa begitu syak dan waham mengenai hukum halal/haram roti canai itu maka saya runsing dengan sifat roti canai itu dari segi kebersihannya. Saya memang peminat roti canai, sehinggalah saya melihat dengan mata kepala sendiri, bagaimana si penjual roti canai itu mengamalkan dan menguatkuasakan "kebersihan" di gerai beliau. Cerita saya begini : .. Suatu pagi saya ke gerai yang biasa saya kunjungi untuk membeli roti canai. Biasalah, jika isteri tak sempat buat sarapan saya akan beli apa sahaja untuk sarapan. Setelah order dan sewaktu menunggu roti siap, sambil berdiri dihadapan pembuat roti itu saya terpandang seekor tikus masuk ke dalam bekas di mana penceduk kuah dal/sambal diletakkan. Saya tersentak dengan apa yang saya lihat. Oleh kerana beliau membelakangkan bekas itu, saya beritahu si pembuat roti apa yang saya lihat, dan beliau sendiri sempat melihat tikus tu melompat keluar dari bekas itu . Seorang pembantu gerai (perempuan) yang sedang berdiri di situ juga nampak kejadian ini. Saya terdengar si pembuat roti berkata lebih kurang begini kepada pembantu perempuan tersebut " Eh tikus pulak. Nanti basuh dengan air panas". Saya berharap perempuan itu akan melakukan sesuatu demi untuk kebaikan gerai tersebut, lebih-lebih lagi saya sebagai pelanggan telah nampak apa yang berlaku. Rupa-rupanya tekaan saya meleset. Walaupun si pembantu itu kelihatan tidak selesa dan kerap memerhatikan saya kerana kejadian itu, tetapi si pembuat roti, mau pun si pembantu itu, masing-masing tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya mereka anggap seolah-seolah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak lama kemudian seorang pembantu gerai (lelaki) mengambil penceduk yang sama dan menggunakannya untuk menceduk kuah dari periuk tanpa dihalang oleh si pembuat roti atau pembantu perempuan itu. Sewaktu membayar wang untuk roti canai itu dan dalam perjalanan ke kereta, saya telah bertekad untuk membuang sahaja roti canai dan kuah dal/sambal yang saya bimbit. Melihat kejadian ini, saya tertanya-tanya sendiri samada para pengusaha makanan/roti canai di negara Islam ini melakukan perkara-perkara berikut setiap hari : 1. sebelum menutup perniagaan : a. Menutup tempat menebar roti dan kuali untuk membakar/memasak roti supaya ianya tidak dijadikan medan untuk tikus melambak najis dan kencing mereka. b. Menyimpan pinggan, mangkuk, gelas, cawan, sudu, garpu, dan alat-alat memasak dalam tempat-tempat tertutup bagi mengelak daripad dirayap tikus. 2. Sebelum membuka perniagaan a. Membasuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak sebelum digunakan jika ianya diletakkan ditempat terbuka. Renung dan fikirkanlah………………… Apam balik
Diterbitkan oleh : |