SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Wang Ehsan 15 juta juga menjadi perbualan

Pak lah telah mengadakan perjumpan dengan veteran UMNO veteran UMNO Terengganu di Hotel Grand Continental, selepas mengadakan mensyuarat bulanan UMNO di Terengganu.

Dalam perjumpaan itu, ramai bekas wakil rakyat UMNO yang hadir. Orang-orang lama UMNO juga turut dijemput.

Perjumpaan ini adalah tertutup. Pada permulaannya satu taklimat isu-isu semasa telah diadakan. Kemudian sesi perbincangan untuk mengukuhkan kedudukan UMNO di Terengganu telah diadakan setelah menerima kesan kurang berjaya dengan kempen yang agak agresif dan cukup bersemangat semasa pilihan raya Pendang dan Anak Bukit baru-baru ini.

Banyak perkara yang dipersoalkan dan beberapa pandangan juga diberikan antara lain :-

1. Isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Walaupun perkara itu banyak masalah tapi mereka terpaksa akur kerana ini adalah kehendak PM sendiri. Ada bunyi suara-suara sinis dikalangan ahli veteran "Bila nak mati??" dan ada menjawab "pecat aje Pak lah kan ada".

2. Isu kampen melampau pembangkang pada kempen pilihan raya dan media massa yang begitu kerap menyiarkan akhirnya memakan diri sendiri.

3. Perpecahan dalam UMNO Terengganu, perbalahan di antara UMNO sendiri bukan sahaja di bahagian malah perterlingkahan di Badang Perhubungan sendiri yang melibat fail boleh dilempar.

4. Golongan veteran dan bekas wakil rakyat dipinggirkan.

5. Perbahagian wang ehsan yang tak adil. Sebahagian orang kuat Timbalan mendapat habuan lebih manakala yang tidak menyokong tidak mendapat bahagian sedangkan perkaran itu telah di putuskan oleh Paklah sendiri dalam menyuarat UMNO Terengganu awal tahuan dahulu supaya pengagihan sama rata, orang baru dan lama.

Wng ehsan 15 juta untuk tabung pendidikan, pembinaan pusat Tiusyen seperti Dungun, kelas tambahan dan Kem Motivasi pelajar tidak berjalan dengan sepatutnya. Wang 15 juta itu dipersoalkan kemana pergi sedangkan kem motivasi sebahagian aje yang buat.

Perkara ini sepatutnya di bawah tanggungjawab Rasol. Ada yang mempersoalkan cara Rasol mempergunakan wang itu. Rasol juga dipersoalkan dengan tabung MIVK, Kementerian Pembangunan Kemanusiaan.

Menurut sumber yang dalam dewan tersebut, wang 15 juta telah digunakan untuk satu projek mengukuh kedudukan Rasol untuk pemilihan nanti.

Pak lah tidak pun megulas mengenai kehilangan/persoalan wang 15 juta itu, sekadar melihat kepada Deris Jusoh aje.

Atas Pagar
Masih ahli lagi







______________________
Terbitan : 2 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com