Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Medan Perang - Tempat yang paling Selamat


Oleh Talib Shaheed

Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah di langit mahupun di bumi melainkan Allah SWT. Aku bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba-Nya dan Rasul terakhir Allah. Segala Pujian bagi Allah SWT, kami memuji-Nya, kami memohon pertolongan-Nya, kami memohon keampunan-Nya, dan kepada-Nya kami bertaubat untuk kejahatan diri kami, dan perbuatan jahat kami. Sesiapa yang Allah SWT memberi petunjuk tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang Dia sesatkan, tiada siapa yang boleh menolongnya.

**Tambahan perterjemah

"Sekiranya Allah menolong kamu, maka tiada siapa dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang muk'min bertawakal (meletakkan kepercayaannya)." (V. 3:160).

Dan seterusnya: Ini bukanlah perkataan daripada seorang Sheikh. Ini juga bukan perkataan seorang Ulama' mahupun perkataan seorang Imam. Ini hanyalah perkataan seorang anak muda yang sedang bersedia untuk mati. Ini adalah perkataan seorang manusia yang telah menyedari bahawa untuk semua makhluk yang bernyawa dan hidup persamaannya adalah kematian, dan hanya Pencipta-Nya sahaja yang terlepas dari kesamaan ini.

**Tambahan penterjemah

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetaplah kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (V. 55:26-28)

Sekiranya sudah jelas kepada kita semua yang kita akan mati, hanya orang bodoh sahaja yang tidak akan bersedia untuk pertemuan dengan Tuhan-Nya. Hidup ini singkat. Sebagai perbandingan dengan Akhirat, hidup ini seperti suatu petang sahaja.Memang pasti, akan ada suatu hari ketika saya dan kamu berdiri di hadapan Allah SWT bersendirian;ditemani oleh buku amalan kita, timbangan, Syurga dan Neraka. Kita akan menyaksikan lelaki dan perempuan yang berbogel dirantai dan diseret terus lehernya ke dalam api yang menjulang seperti lembu dibawa ke tempat minum (kerana kafir dan menyekutukan Allah  serta dosa-dosa mereka). Akan terdapat teriakan ketakutan dan penyesalan. Manusia akan ditenggelami peluh masing-masing kerana kesukaran dan ketegangan yang besar pada hari itu. Tiada siapa di kalangan mereka menganggap kehidupan penuh dosa dan nikmat itu berharga. Tiada siapa akan berkata: "Baiklah,saya akan masuk ke Neraka sekarang tetapi saya mendapat RM 2.5 juta tahun lepas dari riba sahaja!" Tidak akan ada seorang pun dari mereka yang berkata: "Baiklah, saya akan masuk ke Neraka sekarang tetapi cinta kepada kekasihku (lelaki atau perempuan) lebih kuat dari apa pun termasuklah ketakutanku kepada Allah." Mereka akan merayu kepada Allah untuk satu lagi peluang,berjanji bahawa mereka akan menyembah-Nya sahaja dan bukan tuhan-tuhan atau ideologi komunis/demokrasi palsu dan tidak membuat kerosakan di muka bumi. Yang berjaya pada hari itu hanyalah yang telah membuat janji kepada Allah sebelum kematian mereka kerana mereka tahu bahawa Hari Perhitungan akan datang.

Aku bukanlah seorang psikik tetapi aku berkata dengan penuh kepastian bahawa kamu akan MATI! Seperti matahari yang terbit hari ini kamu akan mati. Seperti kamu dilahirkan hari ini kamu akan mati esoknya. Takutlah kamu, dan biarkanlah rasa takut itu mengegarkan hati-hati kamu dengan ingatan terhadap kematian. Ketahuilah bahawa kamu akan terbaring berseorangan dalam tanah yang sejuk dengan penyesalan sebagai teman. Ketakutan bukan sahaja pada mati tetapi apa yang akan menyusulnya. Ketakutan pada Hari Perhitungan dalam hidup ini adalah satu-satunya yang akan menyelamatkan kamu daripada ketakutan apabila benar-benar ia berlaku nanti. Ini kerana orang yang takut pada Hari Perhitungan ketika hidup akan takut perkara haram (dilarang Islam) seperti ketakutan dibakar. Rasa takut itulah yang akan menyelamatkan mereka daripada dosa dan azab yang pedih ketika di hadapan Allah kelak. Inilah yang dikatakan taqwa.

Sekiranya kita sedar realiti Hari Ketakutan dan Azab yang pedih kita akan sedar tujuan kehidupan ini. Aku telah menghabiskan hidupku untuk melarikan diri daripada Kemurkaan Allah. Aku telah menghabiskan hidupku untuk menggembirakan Dia (Allah SWT) yang telah menciptaku. Aku tahu kekuranganku setiap hari tetapi ia tetap matlamat hidupku. Untuk mencapai matlamat ini aku telah mengkaji dan menumpukan perhatianku untuk mencari keselamatan dari Neraka dan jalan menuju Syurga.Yang ironiknya, aku telah menjumpai yang paling selamat untukku iaitu berperang di Jalan Allah.

Ganjaran untuk seorang Mujahid (yang berperang Jihad) dan seorang shaheed (terbunuh berperang diJalan Allah) adalah terlalu banyak ia sukar untuk dikira. Selain daripada Rasullullah SAW, aku tidak temui, di dalam al-Qur'an atau buku hadis mahupun sebarang tulisan Ulama', seorang manusia yang lebih disayangi oleh Allah daripada seorang Mujahid (yang berperang menegakkan agama-Nya),terutama yang shaheed terbunuh ketika berperang di Jalan Allah. Seorang Mujahid atau tentera Allah adalah yang terbaik di kalangan manusia. Allah berfirman di dalam al-Qur'an:

"Tidak dapat disamakan orang beriman yang tinggal (tidak dapat berjuang) kecuali yang uzur (oleh kecederaan, atau buta, atau tempang, dll.),dengan mereka yang berjuang untuk menegakkan agama Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah (SWT) telah melebihkan mereka yang berjihad dan berperang dengan harta dan jiwa mereka atas mereka yang duduk (di rumah kerana uzur) itu satu darjat, dan masing-masing Allah menjanjikan kebaikan, tetapi Allah melebihkan pejuang daripada yang tidak berjuang dengan tiada uzur, beberapa pahala yang besar." (V. 4:95)

"Dan beberapa darjat-darjat, dan Pengampunan-Nya dan Rahmat-Nya, dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." (V. 4:96).
 
Allah SWT juga berfirman:

"Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Al?Masjid?al?Haram  (di Makkah), kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di Jalan Allah? Mereka tidak sama disisi Allah: dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (V.9:19).
 
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah: dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (V. 9:20) 

"Tuhan mereka menggembirakan  mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan Syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal." (V. 9:21) 

"Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."(V. 9:22)

Diriwayatkan olah Abu Said Al-Khudri:

Seseorang bertanya, "Ya Rasullullah! Siapakah manusia yang terutama di kalangan manusia?" Jawab Rasullullah SAW, "Orang mukmin yang berjuang dengan harta dan jiwanya di Jalan Allah..." (sehinggalah tamat hadis)

Diriwayatkan oleh Abu Huraira:

Rasullullah SAW bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (SAW), mengerjakan Iqamat?as?Solat dan berpuasa (dalam bulan Ramadan), maka ia akan menjadi satu janji terhadap Allah untuk memasukkannya ke syurga samada dia berperang di Jalan Allah atau duduk ditempat dia dilahirkan." Orang-orang berkata, "Ya Rasullullah SAW! Bolehkah kami memberitakan khabar gembira ini kepada orang ramai?" Baginda (SAW) bersabda, "Syurga ada seratus darjat yang telah disediakan oleh Allah kepada para Mujahidin yang berperang di Jalan-Nya, dan jarak di antara dua darjat seperti langit dan bumi. Jadi, apabila kamu meminta Allah (sesuatu), mintalah untuk Al?Firdaus iaitu di tengah (terbaik) dan bahagian tertinggi di Syurga." [Periwayat lain menambah,"Saya rasa Rasullullah (SAW) turut berkata, 'Di atasnya (i.e. Al?Firdaus) adalah Singgahsana yang Maha Pemurah (Allah), dan daripadanya berpunca sungai-sungai Syurga."] (Hadith No. 48, Vol. 4).

Ayat-ayat al-Qur'an dan hadis daripada Rasullullah SAW mengatakan manusia yang terbaik adalah orang yang berjihad di Jalan Allah.Apabila subjek Jihad ini ditimbulkan ramai para munafik dan orang-orang yang tidak tahu atau tertipu memberikan satu hadis. Hadis ini adalah berkenaan Rasullullah SAW memberitahu sahabatnya,dalam perjalanan pulang dari Perang Tabuk, bahawa mereka telah meninggalkan Jihad kecil (jihad dimedan perang) dan menghampiri Jihad besar (jihad terhadap diri sendiri). Para Ulama' dan pengumpul hadis bersetuju bahawa hadis ini, adalah daif (lemah) dan mungkin dipalsukan.

**Tambahan penterjemah

Greater or Lesser Jihad?
http://jihaadulkuffaarin.jeeran.com/File34.htm

Hadis yang tak logik ini tidak memerlukan pandangan Ulama' untuk melihat kelemahannya.Seorang yang beriman yang terbuka kepada kebenaran akan melihat bahawa hadis ini tidak datang dari manhaj atau kaedah Rasullullah SAW.Orang-orang yang menyatakan hadis ini berkata,"Adalah lebih baik untuk berpuasa dan berlapar,sembahyang dan mengawal hawa nafsu daripada pergi dan berperang Jihad secara fizikal." Ideologi anti-Jihad ini ditenggelami kekurangan logik dan adalah suatu bida'ah (tambahan) terhadap deen (agama) Allah. Usaha yang lemah untuk melarikan diri daripada kebenaran telah menyebabkan kejatuhan Ummah dan terus menyebabkan orang Islam terus ditindas.

Ada hadis-hadis yang dipersetujui oleh semua Ulama', pelajar-pelajar, dan orang biasa.Hadis-hadis ini terdapat dalam Sahih Bukhari.Dengan izin Allah, hadis ini akan menjelaskan bahawa Jihad di medan perang itu adalah jihad yang terbaik.

Jilid 4, Buku 52, Nombor 44:

Diriwayatkan oleh Abu Huraira RA:

"Seorang lelaki berkata: "Ya Rasullullah!Tunjukkan kepada saya amal perbuatan yang menyamai Jihad di Jalan Allah?" Jawab Nabi SAW:"Kamu tidak dapat melakukannya." Lelaki itu berkata: "Beritahulah saya." Rasullullah SAW bersabda: "Dapatkah kamu jika pejuang itu keluar untuk berjihad lalu kamu masuk masjid berdiri sembahyang tidak berhenti dan berpuasa tidak makan sehingga pejuang itu kembali dari medan pertempuran?" Jawab orang itu: "Siapakah yang dapat melakukannya?" Abu Huraira menambah,"Seorang Mujahid diberi ganjaran untuk langkah kudanya walaupun ia berjalan-jalan (makan rumput) diikat dengan tali yang panjang."

Jilid 4, Buku 52, Nombor 46:

Diriwayatkan oleh Abu Huraira RA:

Saya mendengar Rasullulah bersabda, "Contoh seorang Mujahid di Jalan Allah -- dan Allah mengetahui siapa yang benar-benar berjihad diJalan-Nya -- adalah seperti seorang yang berpuasa dan bersembahyang secara berterusan. Allah akan menjamin Mujahid di Jalan-Nya Syurga sekiranya dia terbunuh, atau Dia (Allah SWT) mengembalikan dia ke rumahnya dengan selamat membawa ganjaran pahala dan harta rampasan perang."

Dua hadis ini cukup sebagai bukti bahawa untuk duduk di rumah dan mengingati (zikir) Allah dan puasa dan sembahyang sepanjang malam tidak sama dengan orang yang meninggalkan tanah airnya dan berperang di Jalan Allah. Rasullullah SAW menerangkan bahawa untuk puasa, sembahyang dimasjid, dan berzikir berterusan ketika seorang Mujahid pergi berperang adalah satu-satunya cara seseorang boleh menerima tingkat kehormatan yang diberikan kepada tentera Allah oleh-Nya. Seorang Mujahid boleh pergi untuk berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan jelaslah bahawa tiada sesiapa yang boleh berpuasa dan sembahyang berterusan selama itu.

Alasan kenapa Jihad di medan perang itu lebih baik adalah kerana ia mengandungi Jihad diri sendiri dan juga Jihad di medan perang dan ia mestilah dilawan serentak. Mujahid itu akan melawan hawa nafsunya dan melawan musuhnya.Mujahid itu akan tidur sedikit dan makan sedikit.Makanannya akan lebih ringkas daripada haiwan ternakan kita. Dia akan bersembahyang di mana dia boleh ditembak dan berehat di mana dia boleh dibunuh. Dia akan meletakkan kepercayaannya kepada Allah dan saudara seperjuangan dan mencari keselamatan dalam ketakutan. Dia akan melawan syaitan yang membisikkan Mujahid itu untuk lari dari medan perang dan kembali ke rumah yang sementara, menipu dan kemewahan yang sedikit didunia. Dia akan mengingati Allah lebih kerap kerana dia akan mengenali kematian seperti burung hantu mengenali waktu malam. Dia akan melihat tanah dan melihat kuburnya. Dia akan berdoa kepada Allah sehinggalah tiada lagi nafasnya dan malaikat maut mengiringi rohnya ke pintu Syurga.Sesiapa yang mempunyai kefahaman yang sedikitpun akan mengetahui bahawa Jihad di medan perang termasuk Jihad melawan hawa nafsu dan kesukarannya jelas.

Allah SWT berfirman (yang diterjemahkan kepada):

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah: dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (V. 9:20) 

Jihad di medan perang adalah suatu bahagian yang penting dalam deen (agama) kita. Mestilah ada sentiasa orang yang beriman daripada ummah Islam yang akan menegakkan Al-Ma'ruf (perkara baik) dan menegah Al-Munkar (perkara jahat). Ada enam (6) perkara yang suci pada orang Islam dan ini mestilah dilindungi walau apa yang terjadi:

1) nyawa mereka
2) harta mereka
3) maruah mereka
4) akal mereka
5) keturunan mereka
6) agama mereka.

Perkara ini perlu untuk dilindungi pada setiap masa dan dengan apa cara sekali pun. Tetapi,orang Islam membiarkan untuk setiap enam (6)perkara ini diserang atau dirampas dari orang Islam. Tentera Amerika telah menduduki kedua-dua tempat suci kita (Makkah, Madinah di Semenanjung Arab) yang telah dilarang oleh Nabi Muhammad SAW di atas katilnya sebelum wafat. Darah umat Islam adalah murah di pasaran dunia. Keadaan yang menyedihkan dan memalukan ini adalah kerana kebanyakan orang Islam meninggalkan Jihad. Kita telah menjadi umat slogan dan risalah sahaja.Semuanya perlu menjadi perbincangan ilmiah dan tidak dipraktikkan sementara orang-orang kafir merampas dunia sebenar betul-betul di bawah kaki kita.

Rasullullah SAW telah memberi amaran tentang perkara ini, dengan bersabda, "Berhati-hatilah pada suatu masa di mana negara-negara luar akan saling memanggil untuk berkongsi negara kamu (Muslim) seperti orang sedang makan memanggil yang lain untuk makan makanan di atas pinggan kayu yang besar." Seseorang bertanya Rasullullah SAW adakah ia berlaku kerana bilangan kita yang sedikit? Rasullullah SAW bersabda: "Tidak! Bilangan kamu ramai tetapi kamu seperti buih pada air banjir. Dan Allah akan membuang rasa takut kepada kamu dari hati-hati musuh kamu dan memasukkan WAHN ke dalam hati kamu." Dan baginda telah ditanya, "Ya Rasulullah, apakah WAHN?"Baginda SAW menjawab, "Cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan kematian; dan dalam riwayat lain, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan Jihad."

Jihad tertanggung ke atas bahu lelaki ummah ini.Terdapat mereka yang lemah dan tertindas di muka bumi ini. Terdapat 1,000,000 (1 juta) kematian orang Islam dilaporkan di Bosnia. Tentera kafir Serbia membunuh mereka tanpa belas kasihan. Pada ketika saya menulis ini, terdapat isteri-isteri,ibu-ibu, dan perempuan-perempuan Ummah ini dirogol dan dibunuh oleh orang Hindu di Kashmir.Orang Rusia yang tidak bertuhan sedang menyerang saudara kita di Chechnya. Muslim Kosovo diserang dan diusir keluar dari tanah mereka oleh musuh-musuh Allah SWT. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka ini? Adakah kita, orang Islam, bergantung kepada UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) untuk menjaga kita? Sejak bilakah KITA, pengikut Muhammad SAW bergantung kepada manusia yang kafir/engkar/menolak Allah SWT dan Rasul-Nya untuk menjaga wanita dan anak-anak Islam?! Dimanakah orang-orang lelaki ummah ini? Tidakkah hati anda berasa marah dengan kejadian musuh-musuh Allah SWT yang najis dan tidak berkhatan (kulup) itu merogol kakak-kakak kamu dan anak-anak perempuan kamu? Apakah yang perlu mereka buat untuk kamu memerangi mereka? Adakah mereka perlu membunuh Muslim dan merampas tanah mereka? Mereka sudah membuatnya. Adakah mereka perlu merogol wanita-wanita kita yang beriman dan membunuh anak-anak yang tidak bersalah? Mereka sudah membuatnya. Adakah mereka perlu menghina Allah SWT dan Rasul-Nya SAW? Mereka telah membuatnya. Adakah mereka perlu sampai ke depan pintu kamu? Adakah orang Islam perlu menunggu sehingga mereka terbunuh di tepi jalan rumah mereka? Sekumpulan orang daripada orang-orang yang beriman perlu bangkit dan mempertahankan penyembah Allah SWT. Seseorang perlu melakukannya. Kita perlu berasa malu kerana lelaki ummah ini tidak berkelakuan seperti lelaki sebenar dan mempertahankan apa yang Allah SWT telah perintahkan dipertahankan. Bagaimana kita boleh tidur di atas katil tanpa fikiran kita disiksa dengan tragedi-tragedi ini? In-sha-Allah aku akan menyertai mereka-mereka yang telah membuat keputusan untuk mempertahankan agama (Islam) ini dan orang-orang dari agama (Islam) ini. Allah SWT telah memerintahkan kita dalam al-Qur'an:

"Apakah yang tak kena dengan kamu dan kamu tidak berperang di Jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, perempuan,dan kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami! Selamatkanlah kami dari negeri ini yang penduduknya zalim; dan datangkanlah dari-Mu orang yang akan melindungi; dan datangkanlah dari-Mu orang yang akan menolong!" (V. 4:75)

Allah SWT turut memerintahkan:

"Perangilah mereka, dan Allah akan mengazab mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu, menghinakan mereka, menolong kamu mengatasi mereka (kemenangan), serta menyembuhkan hati orang-orang yang beriman." (V. 9:14)

Kita (dan bukan orang lain) mesti melindungi wanita dan anak-anak kita. Mengapa kita perlu mengelak dari kewajipan dengan Allah ini? Kita patut bergembira dengan peluang untuk mengazab orang kafir dan mendapat darjat yang tinggi dan mulia yang telah Allah Kurniakan kepada seorang Mujahid. Terdapat banyak ganjaran untuk Mujahid dan sukar untuk dikira. Tetapi terdapat tujuh (7) perkara istimewa diberikan Allah SWT kepada para shuhadaa' dan tidak orang lain:

1. Semua dosanya diampunkan apabila setitis darahnya mengalir (luka)
2. Dia diselamatkan daripada azab kubur
3. Dia melintas Siraat-tul-Mustaqim dengan kelajuan sepantas kilat (jambatan yang merentasi Neraka yang semua Muslim perlu melintas pada Hari Perhitungan; sebahagian dapat lepas, sebahagian terjatuh)
4. Dia akan berkahwin dengan tujuh puluh dua (72) Hoor-ain (perawan Syurga)
5. Dia diberikan mahkota dan pakaian istimewa supaya orang boleh mengenalinya sebagai shuhadaa'
6. Dia diberikan kehormatan untuk memberi syafaat (dengan izin Allah SWT) untuk tujuh puluh (70) ahli keluarganya yang kalau tidak masuk neraka.
7. Nyawanya akan diletakkan di dalam burung hijau yang berterbangan di dalam Syurga sebelum Hari Kiamat (maksud ayat 3:169-171)
 
Mujahid yang berperang di Jalan Allah berada dalam kedudukan yang paling selamat kerana mereka yang berperang secara fizikal kerana Allah SWT tidak mati. Ini adalah yang paling hampir Allah SWT berikan kepada keturunan Nabi Adam AS kehidupan yang kekal, tidak mati (immortality). Allah SWT telah memerintahkan kita untuk tidak sekali-kali menyangka mahupun memikir bahawa seseorang yang berperang di Jalan Allah itu mati.

Allah SWT berfirman:

"Janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang terbunuh di Jalan Allah itu mati; Tidak, mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki."(V. 3:169)

"Mereka bergembira dengan apa yang telah Allah kurniakan dari Kurnia-Nya, bergembira untuk mereka yang belum lagi menyertai mereka, tetapi masih tertinggal di belakang (belum shaheed) bahawa tiada ketakutan akan datang, dan tiadalah mereka bersedih." (V. 3:170)

"Mereka bergembira dalam Rahmat-Nya dan Kurnia-Nya dari Allah bahawa sekali-kali Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran orang yang beriman." (V. 3:171)

Di dalam sebuah hadis Rasullullah SAW menerangkan bahawa roh para shuhadaa' berada dalam perut burung-burung hijau yang terbang ke mana-mana mereka terbang di dalam Syurga sebelum Hari Kiamat dan bukan di Alam Barzakh. Seseorang Mujahid juga tidak merasa sakit ketika nyawa mereka dicabut.

Diriwayatkan oleh At-Tirmithi:

Rasullullah SAW bersabda: "Para shuhadaa' tidak merasakan sakitnya kematian melainkan seperti dicubit."

Keselamatan di medan perang adalah salah satu ironi makhluk ciptaan Allah SWT. Ketika Allah SWT mencipta Syurga Dia letakkan kesukaran untuk mendapatnya dan ketika Dia mencipta Neraka diletakkan kesenangan nafsu untuk mendapatnya. Hanya mereka yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya akan takut kepada nafsu mereka dan mencari keselamatan dalam ketakutan. Dalam analisis terakhir, hanya ada dua kemungkinan untuk mereka yang berperang di Jalan Allah SWT;shaheed (kematian terbaik) ataupun kemenangan dan ganjaran harta rampasan perang serentak dengan pahala yang besar daripada Tuhan mereka. Seorang Mujahid yang sebenar tidak boleh kalah dan ini adalah janji daripada Tuhan-Nya. Allah SWT telah memerintahkan orang yang beriman untuk mengatakan seperti dalam firman-Nya:

"Katakanlah: "Apakah yang kamu (orang kafir dan munafik) harapkan bagi kami (orang beriman),selain dari salah satu dari dua kebaikan (shaheed atau kemenangan)? Tetapi kami harapkan bagi kamu (orang kafir dan munafik) sama ada Allah akan menimpakan azab (yang besar) kepadamu dari sisi-Nya, atau (azab) dengan tangan kami. Maka tunggulah, kami juga menunggu-nunggu bersamamu."(V. 9:52)

Allah SWT telah menyedia ganjaran istimewa pada Hari Perhitungan untuk mereka yang beriman.Sesiapa yang meragui Allah SWT dan Janji-Nya akan menjadi orang yang rugi pada hari itu. Untuk menjadikan orang-orang yang ragu-ragu dan orang yang beriman jelas, Allah telah menyediakan urusan jual beli kepada orang yang beriman. Ia sangat jelas dan tidak sukar untuk difahami. Ia terus kepada maksudnya dan tidak ada kekaburan.Pencipta kita telah berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa dan harta mereka bahawa mereka akan diberi syurga, maka mereka berperang di Jalan Allah, dan mereka membunuh dan terbunuh. Sebagai janji Allah yang sebenar-benar dalam Taurat dan Injil dan Qur'an. Dan siapakah yang lebih benar janjinya dari Allah? Maka terimalah khabar baik atas jualan yang kamu jualkan itu, dan itulah keuntungan yang besar." (V. 9:111).

Allah SWT telah memberikan kesempatan yang baik daripada yang lain-lainnya. Kita tahu bahawa segala apa yang ada di Syurga adalah terlebih baik dari di dunia. Oleh itu, sekiranya kita diberi pilihan sudah pastilah kita memilih Syurga daripada dunia ini. Allah SWT telah berfirman bahawa kita boleh menjual kehidupan dunia ini sebagai tukaran untuk Syurga. "Jualan" ini,seperti yang ditulis, adalah kesempatan daripada yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih yang hanya seorang bodoh menolaknya. Sekiranya seseorang datang kepadamu dan berkata, "Aku akan berikan kamu RM 13.7 juta esok sekiranya kamu memberi aku RM 1 sekarang." Kamu akan berfikir salah satu dari dua kemungkinan. Kamu akan fikir bahawa ini adalah jualan yang paling menguntungkan dan kamu cepat-cepat memasukkan tangan ke dalam poket dan memberinya RM 1 kamu. Ataupun, kamu akan menolaknya. Satu-satunya alasan kamu boleh menolak adalah kerana kamu tidak mempercayai lelaki itu akan memberikan RM 13.7 juta untuk RM 1 kamu. Ini menjadi jelas kepada semua orang yang berakal bahawa satu-satunya alasan untuk tidak menjual kehidupan di dunia untuk kehidupan diAkhirat kerana orang itu tidak mempercayai Janji Allah SWT. Mungkin ada sesuatu kelemahan atau cara untuk Allah SWT gunakan untuk menjadikan amalan (Jihad) dengan ikhlas kerana Allah SWT hangus atau tidak berguna pada Hari Perhitungan.Semoga Allah memaafkan kita kerana kelemahan hati-hati kita. Apakah yang Allah SWT dapat dari menipu makhluk-Nya? Persoalan ini nampak remeh tetapi cuba kita menyoal diri sendiri dan memikirkan kenapakah kita tidak 100 peratus komited dengan Allah SWT dan takut ke medan perang lebih dari takut kepada Neraka. Kita juga mesti menjawab kenapa kita suka penghidupan didunia ini lebih daripada, dan mengorbankan,kesenangan kehidupan di Akhirat. Aku percaya dan beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya dan apa yang difirmankannya adalah benar dan Dia tidak akan memperolehi apa-apa dari menipuku. Ini adalah suatu pengisytiharan bahawa aku ingin menjual nyawaku, serta kekayaanku kepada Allah SWT supaya aku dapat menerima apa yang telah Dia janjikan kepada mereka yang percaya dan beriman dengan jualan-Nya.

"Hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan akhirat, berperang di Jalan Allah.Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan, maka kelak kami akan berikan kepadanya pahala yang besar." (V.4:74)

**Tambahan penterjemah

"Apakah yang tak kena dengan kamu dan kamu tidak berperang di Jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, perempuan,dan kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami! Selamatkanlah kami dari negeri ini yang penduduknya zalim; dan datangkanlah dari-Mu orang yang akan melindungi; dan datangkanlah dari-Mu orang yang akan menolong!" (V. 4:75)

"Orang-orang yang beriman berperang di Jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang kerana Taghut (syaitan); sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu. Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah." (V. 4:76)

"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian mereka (golongan munafik) menjadi takut kepada manusia (musuh),seperti takut kepada Allah SWT, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami! Mengapakah Engkau mewajibkan perang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (wajib perang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa, dan kamu takkan dianiayai sedikit pun (dikurangi pahala berperang)."(V. 4:77)

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada dalam benteng yang kukuh, dan kiranya mereka mendapat kebaikan (kemenangan dan rezeki), mereka berkata:"Ini datangnya dari sisi Allah." Dan kalau mereka ditimpa suatu bencana mereka berkata: "Ini (semuanya datang) dari sisi kamu (Muhammad SAW kerana membawa Islam dan Jihad)!" Katakanlah:"Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapakah orang-orang itu (munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan (nasihat) sedikitpun?" (V. 4:78)

Anak-anak keturunan Nabi Adam AS diciptakan lemah dan kurang sabar. Ini adalah kelemahan yang seorang Muslim perlu atasi. Kita memandang Akhirat itu seperti suatu yang berada jauh masa dan tempatnya. Tetapi kematian dan Hari Kiamat itu sudah dekat dan setiap anak Adam AS akan mendapat balasan yang setimpal. Manfaat dari berperang di Jalan Allah itu di dunia dan Akhirat adalah tidak sama. Sekiranya kita memahami dan menyangka baik apa yang datang itu sudah pastilah kita semua mahu pergi berperang. Tetapi dikalangan kita yang hati-hati mereka terdapat penyakit dan wabak kelemahan dan ragu-ragu ini mengatasi mereka. Sikap pengecut tergantung diatas mereka seperti awan mendung dan menghalang mereka daripada melihat cahaya Syurga.

**Tambahan penterjemah

Seperti firman Allah SWT:

" Dan berkata orang-orang yang beriman:"Mengapakah tiada diturunkan satu surah (untuk kami)?" Tetapi apabila diturunkan satu surah yang tegas dan disebut padanya (wajib) perang, engkau lihat orang-orang yang dalam hati-hati mereka ada penyakit (kemunafikan dll) lantaran takut akan mati. Maka lebih baik bagi mereka (untuk patuh kepada Allah)." (V. 47:20)

Allah SWT telah menjanjikan orang-orang beriman Syurga dan perkara yang mata tidak pernah lihat,telinga tidak pernah mendengar, dan yang fikiran tidak pernah terbayang. Sudah pasti, sekiranya mereka melihat Syurga mereka tidak akan berlengah-lengah. Walaupun demikian, mereka tetap akan menolak Syurga kerana ketakutan mereka terhadap kerja, kesakitan, dan kesukaran hidup didunia.

"Kalaulah yang kamu serukan kepada mereka keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak jauh, pastilah mereka mengikutmu (Muhammad SAW), tetapi tempat dituju (untuk Perang Tabuk) itu terasa jauh oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersamamu."Mereka membinasakan diri mereka (kerana sumpah palsu) dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta." (V. 9:42)

"Semoga Allah memaafkanmu. Mengapakah kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak berperang), sebelum benar-benar jelas bagimu orang yang benar (dalam keuzuran) dan sebelum kamu ketahui orang yang berdusta." (V. 9:43)

"Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertaqwa." (V. 9:44)

"Sesungguhnya yang meminta izin daripadamu,hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya." (V. 9:45)

"Sekiranya mereka mahu berangkat, tentulah mereka bersiap dengan perbekalan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama-sama orang yang tinggal itu (kerana uzur)!" (V. 9:46)

Kita, sebagai orang Islam, perlu membuat keputusan bahawa Jihad itu sebahagian dari agama yang tidak boleh dielakkan. Bergembiralah dengan peluang untuk digabungkan sebagai orang yang dimuliakan, dimuliakan oleh yang Maha Besar (Allah SWT). Untuk mengelakkan diri dari perintah Allah SWT adalah untuk mengelakkan dari kejayaan. Allah SWT telah memberikan Jihad sebagai cara mempertahankan diri dan keluarga sendiri. Hari ini, kerana kecintaan terhadap dunia, keluarga kita dibunuh dan diperintah oleh musuh-musuh Allah SWT. Racun sifat pengecut telah memasuki hati lelaki Islam dan menyebabkan penindasan di atas muka bumi.

Sekiranya kamu tidak pergi berperang sekurang-kurangnya kamu bertanggungjawab memanggil manusia kepada Jihad dan menyokongnya dengan kekayaan dan suara. Allah SWT berfirman:

"Sesiapa yang menganjurkan dan menolong dalam kebaikan menjadi rakan kongsinya; Dan sesiapa yang menganjurkan dan menolong kejahatan,berkongsi bebannya; Dan Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (V. 17:84)

Saudaraku dalam Islam, sokonglah para Mujahideen supaya kamu dapat menjadi seorang Mujahid.Sesiapa yang membeli perisai dan senjata untuk seorang Mujahid menjadi seorang Mujahid.Sekiranya kita membiarkan Jihad dilupakan orang-orang Islam takkan dapat bebas dari penindasan. Rasullullah SAW yang kita sayangi sendiri menyertai dua puluh tujuh (27) peperangan selama dua puluh tujuh (27) tahun kerasulannya. Sekiranya manusia yang paling penting dan berharga dalam sejarah manusia tidak dibebaskan dari kewajipan dan kesukaran Jihad, apakah yang membuat kita fikir bahawa kita terlepas dari kewajipan Jihad?

Allah SWT telah membina tempat selamat di bumi untuk orang-orang yang beriman untuk Ummah Muhammad SAW. Zon selamat ini adalah di mana lelaki bersembunyi dari mati, kehinaan dan api Neraka. Tempat ini adalah di medan perang berperang secara ikhlas semata-mata untuk Dia yang mencipta kamu. Tidak syak lagi bahawa medan perang adalah tempat terselamat di bumi untuk orang-orang yang beriman. Jangan takut kehormatan, hidup kekal (immortallity), dan Syurga! Peluklah medan perang sehingga Allah SWT mengembalikan roh kamu di sisi-Nya. Aku tidak menyatakan bahawa aku adalah seorang yang mulia;Aku hanya takut bahawa amalanku tidak diterima pada Hari Perhitungan. Apabila aku teringat semua perkara yang kuabaikan yang diwajibkan ke atasku dan kejadian aku terlibat dalam perkara Haram menyebabkan hatiku bergentar ketakutan. Alasanku untuk tidak berjihad bukanlah kerana Imanku kuat.Tetapi kerana Imanku lemah dan takut membaca buku amalanku maka aku mahu berperang Jihad di Jalan Allah. Keselamatan dari kejahatan diri sendiri adalah dengan berada di medan perang melindungi hamba Allah dan membunuh kawan-kawan syaitan. Aku merasa jubah keselamatan yang hangat dalam meletakkan nyawaku untuk Allah SWT kerana aku tahu tiada kesakitan ketika kematianku dan aku tidak mati jika aku berperang untuk Allah SWT.Tiada suatu bahaya di medan perang untuk orang-orang mukmin (beriman). Satu-satunya bahaya adalah untuk askar Kuffar dan askar upahan(Soldier of Fortune). Aku memohon ampun kepada Allah SWT untuk setiap kesalahan perbuatanku dan kesalahan dalam tulisanku. Aku bersaksi secara terang-terangan dan tanpa ragu-ragu bahawa tiada tuhan palsu/ manusia/ ideologi demokrasi/komunis melainkan Allah (agama-Nya dan sistem Khalifah) dan Muhammad SAW itu Rasul terakhir-Nya.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**





______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com