SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MASALAH BAHASA INGGERISOleh : Bahasa inggeris F9
Saya masih ingat lagi semasa saya di zaman persekolahan di mana setiap kali kelas bahasa inggeris fikiran saya tak menentu sentiasa dalam ketakutan disebabkan cikgu selalu memarahi saya sebab tak bercakap dalam bahasa inggeris. Saya rasa perasaan yang sama saya bawa hingga ke tingkatan lima dan seterusnya ke universiti. Selepas dapat masuk universiti saya terpaksa mencari rujukan sendiri dan saya bertuah berkahwin dengan seorang isteri yang baik bahasa inggerisnya dan dari situlah dari belajar tentang grammar bahasa inggeris dan sebagainya. Masa yang saya gunakan untuk pelajari bahasa inggeris dari darjah 1 hingga ke universiti membazir sahaja satu apa pun tak faham. Apa yang saya hendak ceritakan di sini selama ini cara pengajaran bahasa inggeris di sekolah adalah tidak sesuai untuk semua budak-budak melayu. Perkara yang paling penting asas bahasa inggeris kita hendaklah betul barulah kita boleh pergi jauh. Sebagai contoh paling senang di sini semasa di kelas guru yang mengajar present tense kemudiannya cikgu di hadapan menerangkan berapi-api apa makna present tense dan gunanya sekali dalam bahasa inggeris. saya pasti apa yang di ajar membazir sahaja, makna tidaknya present tense tu pun dalam bahasa inggeris penerangannya pun dalam bahasa inggeris sampai bila-bila pun tak faham cuma yang faham orang yang memang mak bapaknya di rumah memang faham bahasa inggeris dan juga budak ini memang anugerah tuhan bijak sedikit. yang lainnya gerenti tak faham sehinggalah ke anak cucu. nak cari buku inggeris pun semuanya penerangan dalam bahasa inggeris akhirnya balik asal tak tahu hujung pangkal. Perkara yang ke dua bangsa melayu boleh pakar dalam bahasa inggeris dengan mudah cumanya orang melayu perlu dididik jangan suka mengetawakan orang lain apabila seseorang itu ingin cuba bercakap dalam bahasa inggeris kerana bahasa inggeris sekiranya kita ingin memahirkan penggunaan kita perlu bercakap. Contohnya sekiranya barulah nak mula berjinak dengan bahasa inggeris dan cuba bercakap dengan kawan di tempat orang ramai, entah saya pun tak faham sifat orang melayu ni mulalah hendak menyindir sudahlah janganlah bercakap bahasa inggeris berlagak pulak kalau bahasa inggeris tu betul tak pe jugak ini nak berlagak. Perkara-perkara seperti akan membantutkan penguasaan seseorang yang ingin belajar bahasa inggeris dan seseorang tu takut untuk bercakap dan ianya tahu kawan-kawannya yang lain akan ketawakan. Sekiranya kita lihat bangsa lain contohnya cina atau india dalam pecakapan biasanya kita dengar kadang-kadang inggeris bercampur-campur dengan bahasa ibundannya dan dari situ dia cuba perbaiki bahasa inggeris dan tidak pula bangsa cina dan india lakukan seperti gelakkan bangsanya bila tersalah cakap tidak sepertimana orang melayu. Selagi sikap takut nak bercakap dan sikap orang melayu suka mengetawakan orang bila orang melayu bercakap tak betul selagi itulah kita tak boleh ke mana-mana. Cuma di sini saya hendak ingatkan pada diri saya dan juga kepada yang memerintah ingatkan orang melayu ni jangan suka ketawakan orang lain bila orang lain cakap tak berapa betul dalam bahasa inggeris kalau tak betul kita cuba betulkan sekiranya kita tahu dan kalau boleh peringkat awal asas bahasa inggeris biarlah diterangkan dalam bahasa malaysia biar semua orang faham. Nanti kalau anak saya tanya tentang bahasa inggeris bila saya baca buku teksnya saya juga faham dapatlah saya terangkan lagi pada anak saya dengan saya-saya sekali pun faham. bila asasnya inggeris ok yang lainnya tak payah tunggu orang lain kita dah boleh cari sendiri. untuk makluman hari ini saya tak dapat pergi sembahyang jumaat sebab hujan dekat luar lebat sangat
sekian, terima kasih
Diterbitkan oleh : |