SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Siapa ASTORA sebenarnya???Merupakan 'ustaz' UMNO yang sudah gelong dengan menyatakan wanita Islam tidak perlu memakai tudung berdasarkan logik akalnya. 'Fatwa' sesatnya ini disiarkan di dalam Mingguan Malaysia 30/4/2000 (sebelas hari sebelum pemilihan Ketua Wanita Umno). 'Fatwa' yang menyatakan wanita Islam tidak perlu lagi bertudung dijelaskan dalam ruangan Bicara Agama bertajuk “Perbahasan mengikut al-Quran dan hadis: Relevansi pakai tudung”. Adakah Astora merupakan contoh nyata ulama suk' diakhir zaman yang cuba menyelewengkan kitab Allah?? Sewajarnya beliaulah yang mula-mula sekali dipanggil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan supaya menarik semula 'fatwa' sesatnya. Marilah sama-sama kita renungkan hujah sesat Astora sehingga dia merasakan kewajipan memakai tudung sudah tidak ada lagi pada zaman ini seperti yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia 30hb April 2000 (Ruangan Bicara Agama). Menurut ASTORA: "Ini kerana pada zaman itu dibezakan antara wanita Islam yang bebas dengan wanita Islam tidak bebas. Pembezaan ini bukan ditetapkan dalam al-Quran, tetapi ditetapkan oleh adat dan peraturan masyarakat pada zaman itu. Rasululah s.a.w. dan para sahabat melarang wanita Islam yang tidak bebas bertudung kerana tunduk kepada realiti masyarakat pada zaman itu. Dengan itu tidak hairan jika sesetengah cerdik pandai Islam berpendapat kerana tiada lagi realiti masyarakat zaman itu –kerana perhambaan telah terhapus- maka sebab yang membeza-bezakan wanita (bertudung) tidak lagi dianggap relevan dengan zaman ini.” Ini adalah penyewengan yang amat besar dan kita cabar Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memanggil dan menasihatkan Astora Jabat dan rakan-rakan yang sehaluan dengannya daripada terus menerus menyesatkan orang Islam di Negara Malaysia ini. Kepada pengikut-pengikut ASTORA renungkan terjemahan ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh (ketika keluar); cara yang demikian itu lebih senang supaya mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) dan agar mereka tidak diganggu atau disakiti…” Kepada orang-orang Islam di negara ini yang sudah termakan dengan dakyah dan penyelewengan ASTORA kita ingin menyeru kepada mereka agar kembalilah ke ajaran Rasullullah S.A.W yang sebenar sebelum terlewat. Sesungguhnya antara yang benar dengan yang batil itu adalah jelas dan terang. -BUKAN PENULIS UPAHAN-
Diterbitkan oleh : |