SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Hassan Ali tuduh Rais, BPR ‘talam dua muka’KUALA LUMPUR (Cabaran) – Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Dr Rais Yatim yang meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) segera menyiasat kes pegawai-pegawai persekutuan yang dikatakan terlibat dengan rasuah memohon tanah di Kelantan. Beliau memetik kenyataan Rais yang mengatakan perkara berkenaan terpaksa dibawa ke pengetahuan umum demi keadilan, dan supaya tidak berlaku perkara tidak diingini seperti kelembapan siasatan kes. Namun dalam masa sama Dr Hasan kesal dengan sikap menteri-menteri berkenaan yang begitu drastik meminta BPR menjalankan siasatan tanpa gangguan pihak tertentu, apabila kes itu membabitkan pegawai kerajaan, tetapi sebaliknya bersikap tidak peduli apabila kes rasuah membabitkan peringkat menteri. BPR Kelantan dilaporkan telah selesai menjalankan siasatan kes berkenaan dan hasil siasatan itu dikemukakan kepada ibu pejabat BPR di Putrajaya untuk tindakan lanjut. “Bagaimanapun, kenyataan Rais itu bersifat talam dua muka,” kata Dr Hasan yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor. “Misalnya dalam kes ke atas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, sehingga sekarang tiada sebarang siasatan dijalankan, walaupun hampir 20 kes rasuah terhadapnya telah dilaporkan secara berterusan oleh Ahmad Lutfi Othman, pengarang majalah Detik dan Wasilah yang telah diharamkan itu,” kata Dr Hasan lagi. “Sudah hampir setahun kes rasuah MB Selangor itu telah dilaporkan oleh Ahmad Lutfi kepada BPR, iaitu sejak Oktober 2001. Sehingga sekarang pun tiada sebarang perkembangan yang diketahui umum,” tegas Dr Hassan yang juga pernah menimbulkan isu salahguna kuasa Khir Toyo dalam dua kali persidangan DUN Selangor, iaitu pada November 2001 dan April tahun ini. “Tetapi kalau pegawai kerajaan, begitu cepat tindakan dilakukan. Sebaliknya kalau pemimpin tertinggi Umno yang terlibat, ia dibiarkan begitu sahaja. Lihatlah kes PPRT sebelum ini, siasatan dijalankan terhadap pegawai kerajaan, manakala pemimpin Umno yang terlibat tidak disiasat,” jelas Dr Hasan. Selanjutnya beliau berkata, “Inilah sikap double standard yang dilakukan oleh BPR, Rais Yatim dan juga Abdullah Badawi. Setiap pendakwaan tidak dijalankan selaras dengan kes yang telah dilaporkan. Kalau melibatkan pimpinan tertinggi Umno dibekukan.” Merujuk kepada kes rasuah Khir Toyo, Dr Hasan yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menyatakan, “Setakat ini dalam parlimen Rais hanya memberitahu kes rasuah MB Selangor masih dalam siasatan, dan tidak boleh diberitahu kepada umum.” Dr Hasan berharap BPR janganlah bersikap pilih bulu dalam menjalankan tugas siasatan. “Tidak kira samada pegawai kerajaan mahupun pemimpin tinggi Umno, mereka perlu disiasat sama rata,” tegasnya. “BPR jangan jadi badan pelindung rasuah,” tegasnya lagi. “Jika ini berterusan berlaku, keyakinan rakyat kepada BPR akan terus terhakis.” Dalam perkembangan berkaitan, Lutfi, pada 12 Ogos, menghantar surat kepada Rais sambil merakamkan: “Saya kebingungan dan berada dalam kegelapan, apakah segala aduan rasuah mengenai Khir itu dibuang ke dalam tong sampah ataupun Perdana Menteri telah mengarahkan agar ia disimpan dalam fail saja, sebagai ‘bahan umpanan’ di masa depan.” Seterusnya Lutfi menulis: “Mungkinkah segala usaha saya selama ini untuk membongkar, paling kurang penyalahgunaan kuasa seorang menteri besar di atas kuasa mutlaknya untuk membolot hasil kekayaan milik rakyat, sia-sia saja? “Sudahlah saya kerap diugut, diekori samseng yang diupah pihak tertentu, dan akhbar-akhbar saya dirampas kerana mendedahkan perilaku rasuah MB berkenaan, BPR pula terus diam membisu bagai lembu kekenyangan. Apakah BPR juga turut menjadi alat dan perkakas kepada pemerintah?”
Diterbitkan oleh : |