Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu Ras Adiba : Tergamak Zaharah Bagi 'Wang Ihsan' kepada jutawan !!!

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera ..

Berita Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat , Dato' Zaharah Sulaiman memberikan sumbangan "ikhsan" RM 30,000 kepada Bekas Personaliti TV3, Ras Adiba Radzi sungguh memilukan hati Cucu. Sedih Cucu dengar berita tuu.. mula-mula Cucu tak percaya si Zaharah buat kerja macam tuu, al maklumlar Zaharah sekarang dah semakin Ayu dan jelita tambah-tambah serinyer semakin menyerlah dengan imej bertudungnya. Adalar rupa Melayu sikit..kalau nak banding dengan Rafidah, Sharizat, Hasmah ataupun si Azahlina Tomboy tuuu... Pada pengamatan Cucu..dengan imej baru Zaharah tuu..sememangnyer menyejukkan hati sesiapa saja yang memandangnyer..sebab dalam ramai-ramai Menteri dan Timbalan Menteri..Zaharah boleh dikategorikan sebagai yang paling anggun lerrr..Cucu tengok pun berkenanler jugak ...

Namun begitu, Cucu amat terkejut bila Zaharah senang-senang ajer gunakan duit Yayasan Kebajikan Negara atas nama "ikhsan Menteri" untuk disumbangkan kepada Ras Adiba. Cucu nak tanyer kat Zaharah lerrr.... Duit Yayasan Kebajikan Negara tu untuk siapa sebenarnyer ? Biler timbul isu Ras Adiba, barular Cucu sedar ruper-rupernyer ader Yayasan Kebajikan Negara. Kalau tidak Cucu pun tak tau hujung pangkal...sebab tak pernah diwar-warkan kat media selama ini.

Dan Zaharah senang-senang ajer guna "Wang Ikhsan" tersebut untuk diberikan kepada orang yang mampu atau Kaya macam Ras Adiba !!!! Cucu dengan kutipan derma ajer dekat RM 390,000 ..wow banyak tuuu.. Berjoli katak lar si Ras Adiba lepas niii ... Boleh lar melancong ke Itali macam Mahafiraun agaknyer !! Memang rezeki betul si Ras Adiba niii.. Untung jadi dia... Yang peliknyer satuu...Saper pulak yang bawak cerita kata dia nak buat pembedahan kat luar negeri . Ini semua kerja akhbar aru perdana Utusan Meloya, Berita Hairan dengan kerjasama TV3 Suku !!!!!! Agaknyer dapat komisyen kot !!! Sebab doktor yang merawat Ras Adiba di Hospital Pantai KL tak pernah cakap macam tuu..malahan ada doktor pakar lain menyatakan pembedahan Ras Adiba boleh dibuat di Malaysia dengan kos tak sampai pun RM100 ribu !!!!! Dah lar tuu.. Cucu ader dapat laporan dari SB Cucu si Ras Adiba ni Orang Kaya rupernyer !!! Siap ader kereta Porsche lagii !!!! Rumah Banglo ...dan harta banyak !!!! Bertuah badan betul Si Ras Adiba nii.. Mungkinkah kerana PM melawat dia masa di Hospital hari tuu..lantaran media berlumba-lumba membuat cerita sensasi beliau ..Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Berbalik kepada isu Zaharah tadi ..Cucu ader beberapa persoalan yang perli dijawab..iaitu bukankah sumbangan tabung YKN itu perlu diberikan kepada orang yang kurang mampu (miskin) dan mesti dirawat/disahkan di hospital kerajaan baru kementerian boleh keluarkan sumbangan ? Ras Adiba tu miskin ker Zaharah oiiii...dan dia tu duduk kat hospital kerajaan ker swasta ? Kalau dah swasta maknernyer dia mampulerrr tuu berbelanjer besar ... Yang hang pegi hulur sumbangan buat jadah aper !!!!!!!! Kalau dah namer ikhsan..guna ajer lar duit poket sendiri ..Paham tak !!!!!!

Lagi satu..tak kanlar Si Zaharah ni tak buat siasatan dulu..apakah "pembedahan" si ras Adiba tu...betul atau hanya akhbar yang gembar-gemburkan !!!!!!! Senang-senang ajer guna duit kementerian bagi kat Ras Adiba..padahal Ras Adiba hanya buat rawatan TERAPI ajer..kat luar negara..dan doktor pakar disana mengesahkan yang dia hanya perlu Terapi dan bukan pembedahan... !!!

So kalau macam tuuu yang untung nyer adalar Si Ras Adiba lerrr...Walaupun "paper" buat story dia sakit semula pasal pening fikir isu sumbangan RM390,00 yang dia terima dipertikaikan ..Itu "paper"..Entah aper... Ras Adiba tengah seronok nak makan angin !!! Sandiwara yang hebat dari Ras Adiba Radzi !!!

Zaharah ingatlarr.. Rakyat di Kawasan Parlimen Paya Besar tuuu..masih ramai yang miskin , papa kedana, perlukan bantuan, ...anak sakit duit tak aderr...Ader awak tinjau-tinjau bagi bantuan... !!!!!!!!!! Merekalar yang perlu dijaga..kerana mereka adalah pengundi awak !!! Bukannyer Seorang manusia bernama Ras Adiba Radzi !!!!!! Buat Pengundi di Parlimen Paya Besar...ingatlar apa yang dilakukan oleh Zaharah ini..Pastikan riwayat Zaharah ditamatkan dari spesis UMNO Haprak dalam Pilihanraya Umum akan datang !!!!!!!

Cucu : Teringat Kak Cik kat Johor..sanggup jual kereta Honda Vtechnyer untuk tampung rawatan anak di hospital.....tak ader pun nak diberi sumbangan oleh Yayasan Kebajikan Negara... Sepatutnyer..Ras Adiba ni Jual ajerlar kereta Porsche tuuu..jangan nak meminta derma pulak !!!!! Sedar dirilar sikit siapa awak tuuu..mentang2lar baca sajak " Perjuangan Belum Selesai" !!!!!

Kalau Takutkan Risiko Jangan Bicara Soal Perjuangan....Lawan Tetap Lawan !!! Tegakkan Keadilan Hapuskan Kezaliman..Takbirrrrrrr Allahhuakhbar !!!!

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cucu_matkilau007@hotmail.com






______________________
Terbitan : 26 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com