Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hukuman penjara Ezam membuktikan penyelewengan bukan suatu jenayah

Hukuman penjara selama dua tahun yang dijatuhkan ke atas Ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Noor oleh Mahkamah Seksyen Petaling Jaya hari ini selepas didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah membuktikan penyelewengan bukan suatu jenayah tetapi pendedahan penyelewengan merupakan suatu jenayah di Malaysia.

Pendakwaan dan penyabitan Ezam di bawah OSA telah menimbulkan kemarahan kerana bertentangan dengan moto apa yang betul dan salah, tatasusila, moral dan kedaulatan undang-undang.

Ezam didapati bersalah di bawah OSA kerana mendedahkan dokumen rahsia mengenai siasatan penyelewengan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik di suatu persidangan akhbar pada November 1999.

Penyabitan Ezam hanyalah benar jika, pertama dokumen itu ialah dokumen Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14 Mac 1995 dan ditandatangani oleh Abdul Gani Patail serta menyatakan terdapat asas prima facie untuk mendakwa Datuk Paduka Rafidah Aziz atas lima tuduhan penyelwengan di bawah Seksyen 2(2), Ordinan 11, 1970; dan kedua, Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyimpulkan pada Jun 1994 bahawa terdapat kes prima facie untuk mendakwa Rahim Tamby Cik atas empat tuduhan penyelewengan berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh bekas Ahli Parlimen DAP bagi Kota Melaka, Lim Guan Eng.

Jika Ezam dapat disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas sebab ini, maka Rafidah dan Rahim juga harus ditahan dan didakwa atas tuduhan penyelewengan kerana penyabitan Ezam membuktikan kebenaran kandungan dokumen rahsia itu.

Rahim tidak lagi aktif dalam politik, tetapi, atas hukuman Ezam itu, Rafidah sekurang-kurangnya harus meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet. Rafidah merupakan bukti yang benar di mana penyelewengan bukan suatu jenayah tetapi pendedahannya merupakan suatu jenayah di Malaysia.

Saya berjumpa dengan Ezam, isterinya, Bahirah Tajol Aris, tiga orang anak kecil mereka dan ibu bapanya di mahkamah selepas hukuman dijatuhkan dan sebelum Ezam dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjaranya.

Saya memberitahu Ezam bahawa kehidupan di Penjara Kajang adalah amat berbeza dari Pusat Tahanan Kamunting. Beliau mungkin merupakan orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pertama yang dimasukkan ke dalam penjara semasa menjalani penahanan ISA. Ini juga menimbulkan persoalan sama ada penahanan Isa itu dihapuskan atau dibatalkan buat sementara.

Ezam amat berani dan berkata beliau telah menjangka hukuman yang keras, dan inilah sebabnya beliau telah mengemaskan barangnya di Pusat Tahanan Kamunting kerana tidak akan kembali ke sana sekurang-kurangnya 18 bulan semasa menunggu keputusan atas rayuannya.

Jika tindakan tidak diambil terhadap dokumen rahsia itu, maka pemenjaraan Ezam merupakan suatu yang memalukan bagi sistem pentadbiran dan keadilan di Malaysia.

Kini, kandungan dokumen rahsia itu telah didedahkan akibat daripada pembicaraan itu, kerajaan tidak boleh lagi menggunakan alasan OSA supaya tidak menjelaskan siasatan terhadap Rafidah dan Rahim.

Dua hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan BPR supaya menyiasat pemberian tanah yang melibatkan pegawai penguatkuasaan di kerajaan negeri Kelantan, ini telah menimbulkan persoalan mengenai kebebasan BPR kerana dalam aduan lalu yang melibatkan pemimpin atau penyokong Barisan Nasional, pemimpin tertinggi kerajaan tidak akan campur tangan dan menuntut bahawa BPR adalah bebas, oleh itu mereka tidak boleh mengeluarkan arahan untuk mempengaruhinya.

Memandangkan penyabitan Ezam, adakah Abdullah akan mengarahkan BPR menyiasat semula Rafidah dan Rahim dan siasatan yang lebih luas atas sebab dua orang ini tidak ditahan dan didakwa walaupun Pejabat Peguam Negara memutuskan terdapat kes prima facie untuk mendakwa dua orang ini?

Atau dapatkah BPR menyiasat semula kes itu tanpa arahan daripada Abdullah? Biarlah Abdullah dan Pengarah BPR, Datuk Zulkipli Mat Noor menjawab soalan ini.






______________________
Terbitan : 19 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com