SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pemuda PAS susun gerakan kesenian, Mat Rock Spanar Jaya beri kerjasamaOleh DINSMAN KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menyusun gerakan kesenian secara lebih terancang setelah majlis dialognya dengan golongan karyawan seni yang berlangsung di sebuah kelab rekreasi di Ulu Kelang, 10 Ogos, bersetuju membentuk satu jawatankuasa khas untuk tujuan tersebut. Haji Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, dalam ucapannya di akhir majlis telah berjanji akan memberi perhatian istimewa kepada beberapa perkara yang ditimbulkan oleh peserta dialog, yang antaranya terdiri daripada Datuk Syed Ahmad Jamal (pelukis), T.Alias Taib (penyair), Ito (penyanyi), Nasir Jani (pengarah filem), Zunar (kartunis), Dinsman (penyair) dan Razali Endun (penulis). Antara agenda yang menarik perhatian Mahfuz ialah cadangan untuk mengadakan satu perhimpunan karyawan seni selama dua atau tida hari, di Kelantan atau Terengganu, bagi mempertemukan para karyawan dan peminat seni, tanpa mengira fahaman politik. Mahfuz juga bersetuju untuk berbincang dengan pihak akhbar Harakah, bagi menghidupkan semula cadangan untuk memberi anugerah kepada karya-karya kesenian terbaik yang dihasilkan sejak tercertusnya Reformasi September 1998. Anugerah itu berserta dengan majlis penyampaiannya telahpun dipersetujui untuk diadakan oleh pihak Harakah pada akhir 1999, tetapi tergendala disebabkan oleh berlangsungnya pilihanraya umum. Selain itu, Mahfuz juga berjanji akan berbincang dengan Menteri Besar Kelantan dan Terengganu, bagi menyampaikan pandangan seorang peserta yang mengatakan kerajaan negeri tersebut, khasnya Kelantan, tidak memberi perhatian sewajarnya kepada golongan penulis dan budayawan. Mengikut peserta tersebut, sejak PAS mentadbir Kelantan selama lebih 11 tahun, belum pernah kerajaan negeri itu mengadakan pertemuan dengan golongan penulis dan seniman, khasnya dengan Persatuan Penulis Kelantan. Satu isu yang hangat diperkatakan dalam majlis tersebut ialah isu cetak rompak. Ito yang banyak pengalaman dalam soal ini berharap pihak PAS akan memberi perhatian serius bagi mengatasinya, kerana kerajaan BN selama ini telah gagal untuk berbuat demikian. Dialog DPPP dengan golongan karyawan seni ini dilihat sebagai menyahut cadangan almarhum Ustaz Fadzil Noor dalam muktamar tahunan baru-baru ini, supaya PAS meluaskan aktivitinya meliputi kegiatan seni dan hiburan, sebagai mengembangkan dan memperkuatkan lagi usaha dakwah Islamiah. Turut menjayakan dialog tersebut ialah Pengerusi Lajnah Kebudayaan DPPP, Muhaimin Sulam, Ketua Penerangannya Hanipa Maidin, dan Ketua Pemuda PAS Kedah, Aris Awang. Seorang artis popular yang turut hadir, Opie “Mat Rock”, turut dilantik bagi mewakili golongan muda untuk duduk dalam jawatankuasa khas tersebut, bersama-sama dengan Zunar, Ito, Dinsman dan Nasir. – Akhbar Mingguan Cabaran
Diterbitkan oleh : |