SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UNIMAYA MASIH TIDAK TUNAIKAN JANJIRamai vendor masih menanti kesudahan kes-kes yang tertangguh dengan unimaya suatu ketika dahulu yang mendapat hak untuk menjadi konsortium membekal komputer SKIM KWSP-BSN Unimaya diberitakan masih gagal menyelesaikan beberapa kes yang melibatkan tuntutan vendor dan janji-janji mulut serta perjanjian (bukan perjanjian pun MOU sahaja). Pengerusi Unimaya juga diberitakan orang kuat UMNO di Kelantan. Bendahari Bahagian. Antara yang menjadi kritikal adalah vendor masih tidak mendapat tuntutan wang deposit RM1500 yang dibayar semasa menyertai skim ini. Kami termasuk vendor yang terlibat merasa kesal dan tertipu dengan tindakan Unimaya ini, dalam keadaan setengah vendor membuat keputusan tutup kedai. Ada tuntutan yang dibayar kepada vendor lain. Tuntutan voucher kelas komputer percuma juga dikotak-katikan. Ada setengah vendor yang kesnya sudah selesai juga hanya mencari jalan pintas supaya kes ini selesai walaupun mereka "rugi",kami yang tidak mahu mengalah terpaksa menanti kerana disitulah titik peluh kami yang tinggal. Kami tidak bersedia untuk rugi bukan maksud cuma RM1500 sahaja tetapi lebih dari itu. Yang menyedihkan pula ada pihak yang tidak jujur tetapi mereka selamat sebab mereka tidak rugi apa-apa. kami mengeluarkan modal dan berlaku jujur menjadi mangsa, jika kami tidak jujur masakan kami beria hendak menuntut hak kami, bagi mereka yang kes mereka mudah untuk diselesai kerana jalan pintas, yang pasti mereka tidak akan rugi. Percayalah bukan semua vendor ada pejabat pun. Faham maksud kami. Keadaan kami makin sulit bila banyak kakitangan Unimaya sudah berhenti dan diganti dengan kakitangan lain yang tidak tahu hujung pangkal. Kami berharap Unimaya dapat melihat dari sudut keperluan dan susahpayah vendor, kerana kami tidak boleh menuntut dengan "undang-undang" sebab tiada perjanjian rasmi dan bersetem. Kami cuma dibekalkan satu surat kata setuju satu perjanjian dimana kami tidak pernah memegang dan melihatnya salinannya. Memang orang akan berkata bagaimana boleh berniaga dengan keadaan sebegini, mereka mungkin tidak faham dalam mengejar peluang kekadang mereka mengumpat kata "siapa cepat dia dapat" jadi bila kami mula menuntut ia menjadi sebaliknya. Kami juga percaya perkara ini tidak berlaku di konsortium lain. Kami harap Unimaya mengotakan kata-katanya. DJSIBER
Diterbitkan oleh : |