Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum wtbh.
Dr.AQ~MEMERANGI FITNAH DAN KEZALIMAN “Secara Metafizik” . Aghuzubillah..... Bismillah
Sekarang orang Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, dari berbagai negara, kumpulan biasa, persatuan dan terutama parti politik sedang dilanda fitnah dan diikuti dengan kezaliman. Penjara dan bunuh menjadi perkara biasa atas berbagai alasan dan sebab. Fitnah dan kezaliman terbit dari berbagai sebab dan kepentingan masing-masing pihak. Fitnah dan kezaliman berlaku, bukan sahaja datang dari kaum bukan-Islam yang melampau, tetapi juga dari orang Islam sendiri. Justeru itu, kepada sesiapa sahaja yang berasa dirinya difitnah dan dizalimi maka di bawah ini saya sampaikan “bacaan” untuk memerangi fitnah dan kezaliman berkenaan. Semua orang Islam dimohon beramal. Semoga gelombang “metafizik” memotong dan memusnahkan fitnah dan kezaliman. Masyarakat tidak “pening”, tidak serabut dan dunia tidak lagi dikelirukan dengan berbagai tuduhan penggnas. Adapun “ajaran” ini diberikan oleh Allahyarham Ustaz Haji Hamzah Al-hafiz, Bukit Belacan, Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1985 kepada saya. [Al-Fatihah kepada beliau]. Menurut pengalaman saya, fitnah menjadi reda dan mereka yang memfitnah telah diadili oleh Allah dengan caraNya.. Satu contoh, malahan ada pula “fitnah” yang berumur lebih daripada dua puluh tahun, tiba-tiba, entah bagaiaman, seorang wanita menelefon saya meminta maaf tentang hal “lepas mulut” atau terlajak cakap tentang diri saya.. Dua ayat di atas hendaklah dibaca sebelas kali bagi fitnah kecil. Jika fitnah itu berat maka baca sebanyak 99 kali. Lebih baik, menurut pengalaman saya dan saranan tertentu, jika ada sesuatu hajat besar maka dahului dengan solat taubat. Sebab, manusia itu biasanya ada “kesah” lama dan baru. Malahan Rasul Allah sendiri pun beristighfar seratus kali se hari. Kemudian, bersyukur atas segala nikmat terutama kita masih tidak lupa kepada kebesaran Allah, mengingat dengan sujud syukur [setengah pendapat ada solat syukur dua rakaat] dan kemudian itu, baharu solat hajat. Sesudahnya baca fatihah, solawat kepada Nabi dan aghuzubillahimnasyaitanirrajim dan bismillah,.diikuti dengan dua ayat tersebut. Jika ketiadaan waktu, baca sahaja pun boleh, bila-bila masa walaupun pun tanpa wuduk. Jika dapat, sering membaca semoga.lebih berkesan. Insya Allah, niat baik kita akan dimakbulkan Allah. Dengan ini, saya memanjangkan “kifiat Memerangi Fitnah Dan Kezaliman” kepada semua orang Islam. Maaf dan wassalam.....: Tutup dengan beberapa solawat dan fatihah, lebih barakat. Insya Allah..Amin. AQ ~ Ogos, 2002.
______________________
Diterbitkan oleh : |