Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Terima kasih diktator Mahathir

Rakyat Marhaen yang selama ini tertipu dengan topeng Wira Dunia ini merasa amat berterimaksih kerana Mahathir saban waktu menunjukkan belang dan rupa hodohnya yang sebenar. Mahathir memang mempunyai banyak muka (bermuka-muka), malah lebih teristimewa apabila lidahnya juga bukan satu atau dua cabangnya. Rakyat terutamanya orang Melayu sudah nampak sejelas-jelasnya betapa Mahathir gagal dalam melaksanakan tugasnya. Mahathir gagal, segagal-gagalnya sebagai seorang Perdana Menteri, pemimpin kepada bangsa Melayu dan juga rakyat seluruhnya. Dr Mahathir adalah seorang yang onar dan busuk hati. Pemimpin veteran Umno dan pemerhati politik amat memahaminya. Despot tua ini akan melakukan apa saja walau melanggar Perlembagaan Negara bagi mengekalkan kuasa dan cengkamannya dalam parti Umno dan kerajaan. Dia akan mempergunakan segelintir Melayu pengkhianat spesis Kitul yang dinaikkan jawatan mereka kerana hubungan baik dengan parti Umno bukan atas dasar merit seperti yang dilaungkannya.

Suatu masa dahulu cuba dihebahkan ke tengah masyarakat betapa negara membangun dan maju kerana adanya Mahathir sebagai Perdana Menteri. Malah rakyat dipaksa saban waktu menerima konsep Mahathir itu Malaysia dan Malaysia itu Mahathir sebagaimana yang pernah dibuat oleh Napoleon Bonarparte dengan mengatakan “ I’m France”. Laungan Malaysia Boleh lebih untuk dijadikan sinonim dengan Mahathir Boleh! Memang betul, dengan slogan Mahathir Boleh itu, si Raja Penyangak itu telah mengkucar-kacirkan serta merosakkan sistem dan ekonomi negara kita.

Apakah Mahathir seorang pemimpin yang menguntungkan negara? Apakah jasa besarnya dalam mengetuai negara selama 21 tahun ia bertampuk di puncak kuasa? Rakyat marhaen meminta 5 contoh projek ekonomi Mahathir yang menguntungkan dan menjulang nama Malaysia. Sehingga hari ini P**IM*K itu gagal menunjukkan bukti dan contoh yang diminta. Apa yang kita tahu ia hanya pakar dalam membebel dan berkelentong. Tidak ada satu pun Projeknya yang berjaya dan menguntungkan.

Mahathir tidak mampu mengangkat muka sekiranya diadakan forum terbuka yangmana rakyat marhaen dibenarkan menyoal secara bebas tanpa tekanan dan ugutan. Malah Mahathir tidak mungkin berani berhadapan dengan rakyat jelata tanpa kehadiran anggota keselamatan yang menjadi anjing peribadinya.

Kalau ia berani dan ikhlas tentu sahaja ia tidak memakai jeket kalis peluru sebaik keluar dari Mahligai ‘lambang penindasan’ di Putarjaya (Istilah yang disuburkan Pak MT). Perhatikan bagaimana segala koleksi projek Mega kegilaannya itu telah mengeringkan perbendaharaan negara. Dasar penswastaan yang dianugerah terus tanpa konsen rakyat telah pula terpaksa diselamatkan dengan berbillion duit rakyat- juga tanpa keizinan rakyat. Bagaimana boleh para jongosnya mendakwa negara beruntung kerana mempunyai pemimpin seperti Mahathir? Apa perlunya untuk rakyat marhaen Putarjaya dan Global Ekspres? Kenapakah masalah perumahan rakyat tiada penghujungnya?

Kita jangan sekali-kali lupa tentang fakta bahawa Mahathir telah membuat hutang luar yang cukup besar yang mampu memufliskan negara. Musibat ini menggunakan apa saja kaedah yang boleh mengalirkan tunai ke dalam negara samada melalui softloan mahupun bon-bon yang dikeluarkan oleh Syarikat milik kerajaan. Jumlah RM 200 Billion itu bukanlah angka yang kecil bagi sebuah negara seperti Malaysia apatah lagi dalam keadaan kemurungan ekonomi seperti sekarang. Apa yang Mahathir buat sekarang hanyalah membayar bunga bagi pinjaman yang menggunung itu dengan Pokok @ prinsipalnya kian bertambah nilainya. Mungkin ahli Umno berbangga juga dengan kaedah ekonomi Gampang tua itu?

Lebih menakutkan apabila angka itu terus meningkat nilainya dengan pertambahan masa. Bagaimana pula keadaannya nanti apabila Ringgit Malaysia merudum semula? Memang Mahathir sering sahaja menafikan kemungkinan itu. Bolehkah kita berpegang kepada janji musibat yang sebegini yang terkenal dengan kelentongan dan pembohongan? Dia lah juga orangnya yang bermatian berjanji bahawa penggantinya adalah DS Anwar Ibrahim. Salah laku seks yang difitnahkan itu bukanlah isu sebenar apabila sebahagian besar pemimpin kanan Mahathir tersenarai dalam ‘rahsia besar’ @ Selebriti Mangkuk Tandas seperti yang didedahkan oleh YB Taib Azzamudin sedikit hari lalu.

Memang benar seperti kata penulis Harun Rashid betapa kedudukan ekonomi Malaysia sebaris dengan Argentina, Brazil dan Uruguay dalam menuju bankrup. Malaysia adalah Titanic yang sedang menjunam haluannya ke dasar kemuflisan. Masih bermaruahkah Mahathir apabila saban waktu berkelentong tentang ekonomi negara yang mampan sedangkan rakyat semakin tahu bahawa angka petunjuk ekonomi hanyalah auta, diubahsuai dan tiada ketelusannya??

Mahathir menjadikan negara rosak sepertimana ia robekkan saki-baki martabat parti Umno yang orang Melayu perlekehkan kini.Sejurus memulihkan Umno dengan pangkal ‘Baru’ nya, Mahathir dan Daim memunggah harta milik Umno ke kantung peribadi dan mengkucar-kacirkan akaun parti itu. Semenjak Mahathir memegang jawatan Presiden Umno, tiada lagi pembentangan kira-kira yang telus dan jujur. Seterusnya ia berjangkit pula kepada akaun Kerajaan dan Syarikat-syarikat miliknya. Dengan Mahathir yang mempunyai kuasa mutlak dan kata pemutus, secara tak langsung negara sudah kerugian Billionan Ringgit akibat projek boros dan pengurusan yang korup yang diamanahkan kepada kelompok penyangak.

Petronas yang dahulunya menjadi kebanggaan dan lembu tenusu negara kini sudah kering perbendaharaannya oleh keserakahan dan kebejatan Mahathir sebagai manusia yang berkuasa mutlak di situ. Asetnya begitu sedikit sekali berbanding dengan laporan perolehannya. Lebih menyedihkan lagi ialah kebanyakan aset itu bertaraf biawak hidup dan dedalu seperti saham bank, saham Putarjaya Holdings, Litar Sepang dan Menara KLCC yang kemiskinan penyewa. Malah lebih menyedihkan apabila Syarikat negara yang telah diperibadikan Mahathir itu menanggung hutang dalam bentuk bon yang bernilai RM 50 Billion.

Apa pula untungnya orang Melayu selama Mahathir memerintah? Apakah pegangan ekonomi mereka bertambah? Apakah tanah rizab Melayu berganda keluasannya?Apakah sudah terbela marhaen yang kepingin rumah murah untuk berteduh? Bagaimana pula dengan biasiswa pelajaran untuk anak-anak yang pandai? Apakah dengan penggunaan Bahasa Inggeris hasil pemikiran Mahathir yang terbaru menjaminkan peningkatan pencapaian pelajaran anak-anak Melayu??

Terlalu banyak soalan yang boleh ditujukan kepada Mahathir yang sering mendabik Regimnya sebagai penjaga dan benteng ketuanan Melayu. Nah! Sekiranya benar bagai yang dikelentongnya itu, tentu sahaja persoalan yang diketengahkan di atas mudah sahaja dijawab sambil boleh bermegah pula untuk modal politik. Hakikat yang sebenarnya amatlah memalukan dan begitu menyedihkan sekali. Mahathir dan Umno kepimpinannya telah merosakkan Ketuanan Melayu itu sendiri malah ia membawa kedudukan orang Melayu menjadi warga kelas dua dan mundur ke belakang.

Rasional apakah yang dipakai Musibat itu bagi memaksa pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sedangkan prasarana Bahasa Inggeris itu sebagai Bahasa kedua pun gagal dicapai sepenuhnya? Kekurangan guru terlatih dalam Bahasa tersebut amat ketara sekali dan terlalu lemah kaedahnya dalam meningkatkan mutu penggunaan samada dalam pertuturan mahupun penulisan.

Soalnya, apakah dengan penggunaan BI nanti, taraf intelek dan ekonomi orang Melayu akan meningkat dan cemerlang dalam era globalisasi? Apakah dengan penggunaan BI nanti keputusan peperiksaan anak-anak Melayu dan kaum lain akan lebih berwarna-warni segemilang bendera Malaysia? Kalau yang mempunyai harapan 9A dalam SPM yang menggunakan BM, apakah dengan penggunaan BI akan menjadi 9A++?? Jika selama ini keputusan yang agak merosot adalah matapelajaran BI dengan mengambilkira persekitaran, keluarga dan prasarana sekolah yang dhaif; apakah jaminan penggunaan BI dalam subjek teras akan memperbaiki keputusan mereka?? Bolehkah orang yang baru bertatih, disuruhnya berlari dalam pertandingan?

Lebih dahsyat apabila menyentuh soal Agama yang Mahathir sering menyerlahkan sifat munafiknya!! Segala serangan media yang berterusan samaada terhadap peribadi pemimpin mahupun parti PAS itu sendiri, nescaya ianya akan memakan diri. Malah secara terang-terangan ia akan menyerlahkan betapa buruk, hodoh dan kejinya manusia-manusia keparat yang mengongsi kekuasaan dalam Umno dan kerajaan. Terutamanya ketua mereka iaitu TG Hj Mahathir Mohamed Iscander Kutty. Tahniah kerana Mahathir telah memudahkan kerja-kerja politik dan ceramah PAS.

Terimakasih Diktator Mahathir.

Dr Nologareng - 29.08.2002






______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com