Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hukum hudud patut disegerakan..

assalamulaikum w.b.t

Penglaksanaan hukum hudud sepatutnya telah lama dilakukan oleh para pemerintah setelah kian lama penyakit yang sedang membarah dikalangan umat melayu amnya khususnya yang beragama islam mencapai tahap yang sangat kritikal.Jika kita perhatikan didada2 akhbar(utusan meloya dan b.hairan) dan TV3 suku kebanyakkan yang terlibat dengan dengan sumbang mahram,seks bebas,party liar dan yang sewaktu dengannya adalah terdiri dari anak2 bangsa melayu.

Persoalannya adakah ini yang diinginkan oleh kerajaan BN selaku pihak berkuasa yang mempunyai autoriti untuk mengubal undang2? Adakah selama ini kita dimomokkan dengan hiburan2,pesta2 yang berlebihan supaya umat melayu lalai dari tanggungjawab khususnya yang beragama islam pada kulitnya sahaja.Mengapakah hukum hudud yang dicadangkan dimomokkan dengan cerita2 yang begitu menakutkan oleh pihak Kerajaan.Sampaikan setiap malam dalam berita diwar-warkan tentang betapa jeleknya hukum hudud ini.Potong tanganlah,sebatlah dan sebagainya.Kalau kita tidak buat salah buat apa nak ditakutkan termasuklah orang bukan islam. Rasanya yang takut nak laksanakanya adalah menteri2 yang mengamal rasuah, maksiat,minum arak dan sebagainya.Tapi sayang semuanya yang melalak itu adalah beugama islam dan berbangsa melayu.Melayu boleh!!!

Jangankan orang yang bukan islam saja yang takut bahkan orang melayu islam sendiri pun rasa takut sama akibat mainan media kerajaan ini.Adakah ini dinamakan sesat lagi menyesatkan.Betulah kita sekarang berada diakhir zaman, orang yang bukan ahli dalam agama islam memberi fatwa dalam hal yang dia sendiri tak tahu hujung dan pangkal.

Apalah salahnya biarkan para ulamak memberi penerangan secara detail kepada rakyat, dan berdiskusi secara ilmiah dan kekeluargaan.Alangkah indahnya agama islam sekiranya kita dapat menghayati kandungannya dan menjalankan pratikalnya.

wallahualam..

drshak






______________________
Terbitan : 23 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com