SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun JPJ Patut Ban Pengibaran BenderaAssalamualaikum, Di bulan kemerdekaan ini, ramai pemandu mengambil kesempatan mengibarkan bendera Malaysia di kereta mereka. Tidak ketinggalan mat-mat motor F7 sekali. Semuanya pura-pura bangga dengan negara sendiri. Bak kata sorang mat salleh ni (aku pun tak ingat nama dia), "Don't ask what the country do for you, but ask what you did for the country". So kepada anda, what have you did for the country in past year? Adakah anda berusaha ke arah benar-benar memerdekakan Malaysia? Adakah anda masih takut lagi bercakap di khalayak ramai? Jika ya, maka kita masih belum merdeka lagi sepenuhnya. Berbalik kepada bendera tadi, saya minta maaf kepada sapa-sapa yang kibar bendera tu nak tunjuk patriotisme mereka. Bagi saya langkah melekatkan bendera di 'windshield' kereta adalah satu langkah yang berbahaya kepada keselamatan orang lain. Sekarang ni, jika anda perasan, ada banyak bendera-bendera Malaysia bertaburan di atas jalan-jalan raya, dipijak kereta, lori bahkan lembu sekali. Bendera ni datangnya daripada winshield kereta oranglah. Semuanya tercabut. Jatuh atas tahi lembu pun ada. Memalukan negara aja. Boleh tak bertanggungjawab lebih sikit kepada bendera negara? Apa yang dirisaukan ialah kalau tercabut, bendera ni akan terbang ke belakang dan mungkin mengenai kereta belakang dan menghalang penglihatan untuk beberapa saat. Cukup untuk mengakibatkan kemalangan. Lagi satu ialah jika anda sedang berjalan kaki, kemudian bendera itu terbang daripada kereta seseorang, kemungkinan anda kena dan cedera adalah besar. Sapa-sapa ambik kelas Fizik tingkatan 5 mesti ingat. Berapa momentum bendera itu pada 100 km/j? Boleh mengakibatkan kecederaan. Kalau kena biji mata anda, alamat buta terus. Mahukah anda bertanggungjawab jika anda mengakibatkan seseorang buta? Kalau ikut hudud, anda patut dibutakan juga, kerana ini dikira sengaja. Kalau tak mahu sengaja, jangan kibarkan! So saya tidak kibarkan bendera, bukan sebab tidak patriotik. Tapi sebab-sebab keselamatan. Oleh itu saya cadangkan agar JPJ bertindak untuk keselamatan semua orang. Kalau nak berbendera pun, pasang kat dalam kereta kat belakang tu. Ataupun pakai sticker aja. Boleh biar bertahun-tahun. Takdelah anda menjadi patriotik setahun sekali je tul tak? Sekarang ni kalau anda perasan, lori-lori besar yang perasan dia besar pun nak kibarkan bendera jugak. Dek kerana gemar dengan benda-benda besar macam Madey, dia pun kibar bendera full size punya pakai kayu lak tu. Yang ni kalau terbang, alamat boleh mampus orang kat belakang. Windshield anda pun takleh selamatkan anda kot. Selamatkah macam ini? Akhir sekali, daripada membazir duit beli bendera Malaysia dan bagi duit kat tokey-tokey, baik sedekah kat masjid ataupun anak-anak yatim. Lebih afdal lagi. Kalau anda smart, nak selamat dan tidak berdosa, jangan kibarkan! Derma seringgit kepada anak-anak yatim; bagi saya andalah orang yang paling patriotik! Wassalam. Engineer Terengganu
Diterbitkan oleh : |