SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun OBJEKTIF AMERIKA MENYERANG IRAQ DAN RAHSIA DISEBALIKNYA
OBJEKTIF AMERIKA MENYERANG IRAQ DAN RAHSIA
DISEBALIKNYA Satu perkara yang tidak dapat disangkal oleh semua mengenai
sebab-sebab usaha Amerika untuk menyerang Iraq, ialah
bertujuan untuk mengubah kepimpinan kerajaan Iraq secara
kekerasan dan mengalihkan sumber perbendaharaan negara yang
sudah tentunya terdiri dari hasil buminya yang kaya dengan
petroleum ke tangan Amerika dengan cara yang cukup licik
sebagaimana yang mereka telah laksanakan di
Afghanistan..Dengan apa sebab sekalipun seandainya Iraq tunduk
kepada arahan suara dunia untuk membenarkan kemasukan semula
penyelidik-penyelidik untuk memeriksa kekuatan
persenjataannya,maka kempen peperangan Amerika dan sekutunya
tetap akan diteruskan.... Dan sekalipun bertambahnya suara-suara bangkangan dari
sekutu-sekutu Amerika terhadap serangan yang bakal dilancarkan
ini, namun Amerika tetap tidak akan mengendahkannya melainkan
suara yang akan membawa kepada perlaksaan perancangan serangan
tersebut dan secara automatiknya akan mengubah suasana politik
di kawasan Timur Tengah. Mungkin langkah pertama Untuk mengubah suasana politik di
Timur Tengah akan dilaksanakan step by step,
dimulai dengan menuduh Iraq sebagai paksi kejahatan dan
menyabitkan dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kemudian
membuat pakatan-pakatan dengan negara-negara Eropah yang lain
untuk menyerang Iraq.. Selepas Iraq,rentak yang sama juga mungkin akan digunakan
oleh Amerika untuk menyerang negara-negara arab yang lain
merangkumi Lubnan,Syria,Yemen,Mesir kemudiannya Iran demi
menyempurnakan perancanaan mereka. Satu persatu negara-negara Arab dan Islam akan diserang dan
bakal menjadi hamba kepada Amerika.. Kita mesti meyakini bahawa tujuan kempen keganasan yang
dilancarkan oleh amerika adalah bertujuan untuk menjaga
keselamatan Negara Haram Israel kerana pada kacamata
Amerika,negara-negara yag tersebut diatas adalah merupakan
ancaman yang utama kepada Israel.... sebagaimana Iraq dengan peluru berpandu Scudnya
,Iran juga dikenali dengan kekuatan peluru berpandunya
"Shihab 1" ,"Shihab 2","Shihab 3" ,
begitu juga Mesir yang boleh disenaraikan antara "Gergasi'
dalam bidang ketenteraan di Timur Tengah... Mesir mempunyai kekuatan beribu-ribu kereta kebal,jet-jet
pejuang dan kelengkapan lain yang telah disembunyikan dibawah
tanah. Iran pula dijangka akan menjadi kuasa besar Nuklear
menjelang tahun 2005 apabila projek meganya itu siap... Iran telah membina Projek Nuklearnya itu dengan kerjasama
Russia... Dan antara perkara yang menakutkan Amerika lagi ialah jika
sekiranya negara-negara Arab ini bersatu, maka mereka akan
menjadi Kuasa Besar dunia yang baru...mereka mempunya sumber
petroleum dan gas yang cukup banyak dan jika mereka berpakat
melaksanakan sekatan petroleum dan gas terhadap Amerika dan
sekutu-nya,maka dunia akan mengalami krisis ekonomi yang
parah.. Disebabkan faktor-faktor tersebutlah negara-negara Arab ini
amat digeruni oleh Israel ,Amerika dan sekutu-nya. Maka Amerika dan sekutu-sekutunya perlu bertindak lebih
awal sehingga perkara-perkara yang akan membawa kepada ancaman
ekonomi,ketenteraan keatasnya akan dapat
dihapuskan.. PERANG SALIB Presiden Amerika George W. Bush pernah berkata , bahawa
"Peperangan Salib Baru" sudah bermula... Maka kesinambungan dari kenyataannya itulah,peperangan
salib telah dilancarkan di Afghanistan dan ternyata mereka
telah mendapat kemenangan yang cukup besar.. Kini dengan slogan yang sama peperangan salib fasa ke-2
hanya menunggu masa untuk dilancarkan walaupun ianya
bertopengkan slogan "Memerangi Keganasan". Barat telah banyak belajar tentang kekalahan mereka
ditangan tentera Sultan Salahuddin AL-Ayyubi, iaitulah apabila
ummat islam bersatu maka mereka akan menjadi kuasa yang cukup
kuat.... Oleh kerana itulah Amerika dan sekutu-sekutunya mesti
bertindak lebih awal dengan taktik pecah dan perintah sebeum
negara-negara Arab ini bersatu... OBJEKTIF SERANGAN Setelah tamatnya peperangan salib yang di ketuai oleh
Napoleon Bonaparte ,Barat telah melaksanakan pelbagai
perancangan selain ketenteran untuk melemahkan ummat
islam,lebih-lebih lagi muda-mudi islam kerana mereka tahu
bahawa ummat islam tidak akan dapat dikalahkan
dengan cara ketenteraan,maka mereka mencuba pula cara
yang lain untuk menghapuskan ummat Muhammad ini.. Terdapat dalil didalam kitab Bible yang dikenali
sebagai "Perjanjian Lama" yang menyeru kepada golongan
Kristian agar membinasakan ummat-ummat yang selain dari mereka
kerana menganggap ummat yang lain adalah merupakan ummat yang
hina.... Marilah kita sama-sama merenungi perkataan Bible dibawah
ini.... (Di dalam Perjanjian Lama): " "Tetapi dari kota-kota bangsa-bangsa itu yang diberikan Tuhan Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu, janganlah kau biarkan hidup apapun yang bernafas" (Ulangan 20:16) "Siapa yang menghujat nama Tuhan, pastilah ia dihukum mati dan dilontario dengan batu oleh seluruh jamaah itu. Baik yang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama Tuhan , haruslah dihukum mati" (Imamat 24:16) Firman Tuhan untuk meyembelih kaum Amalek: "Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek,
tumpaslah segala yang
ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan padanya. Bunuhlah
semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun
anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun
keledai" (Samuel 15:3) "Jangan kamu menyangka bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi; aku datang bukan untuk membawa damai melainkan pedang" (Matius 10:34) "Aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapakah aku harapkan, api itu telah menyala!" (Lukas 12:49) "Kamu menyangka, bahwa aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kataku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan" (Lukas 2:51) Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka Aku menjadi rajanya, bawalah mereka kemari dan bunuhlah mereka di depan mataku" (Lukas 92:27)" Dan campakkanlah hamba yang tidak berguna itu ke dalam kegelapan yang paling gelap. Di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi" (Matius 15:30)Ayat-ayat inilah yang mampu mendorong Amerika dan sekutu-sekutunya di seluruh dunia untuk menyerang Iraq dan negara Arab yang lain serta menebarkan kekerasan di muka bumi. Penyembelihan 200 ribu Muslim Bosnia, puluhan ribu Muslim Kosovo, ribuan Muslim di Chechnya, ribuan Muslim di Ambon, Halmahera dan sebagainya merupakan hakikat ajaran keganasan yang termaktub di dalam Alkitab. PENUTUP Oleh kerana kita mengaku diri sebagai ummat Islam,maka marilah kita bersatu didalam satu kumpulan atau jemaah dan sama-sama menetapkan tapak-tapak kaki kita untu berdepan dengan 1001 dugaan yang datang untuk menghancurkan agama Allah dan Ummat Islam sejagat.. sama-samalah kita membantu sahabat-sahabat kita walau dimana berada dan berdoa untuk mereka agar mendapat kemenangan dan agar Islam dapat dipasakkan kembali dimuka bumi,semoga Khilafah islam yang dulu akan kembali menerangi dunia.. wassalam.... filasouf02...
Diterbitkan oleh : |