SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Samseng & HududAssalamualaikum... Kebelakangan ini di dada-dada akhbar yang menjadi isu hangat adalah isu Allah 'Samseng' oleh Nik Aziz, pelaksanaan hudud di Terengganu dan kegiatan samseng yang semakin menjadi-jadi terutama di kalangan masyarakat India. Saya terpanggil untuk menulis kerana sebenarnya ketiga-tiga isu tersebut bagi saya ada kaitannya yang tersendiri. Saya ingin mulakan dengan satu soalan. Mengapa masyarakat lebih takutkan samseng lebih daripada Kerajaan? Mengapa? Sedangkan kerajaan mempunyai pasukan polis yang lebih lengkap bersenjata api tak kurang dengan tentera udara, laut dan darat. Tetapi ini semua tidak sedikit pun menimbulkan perasaan takut kepada kerajaan, hormat jauh sekali. Apa yang ada pada samseng? Organisasinya kecil kurang teratur berbanding polis, senjata api pun kurang, kebanyakannya pakai parang aje. Hanya satu sahaja kelebihan yang ada pada samseng iaitu SAMSENG MENJALANKAN HUDUD!! Inilah kenyataannya. Cuba bandingkan... Hudud - "Mereka yang murtad akan dijatuhkan hukuman bunuh yakni pancung" Samseng - "Mereka yang belot akan dijatuhkan hukuman bunuh" Hudud - "Orang kafir yang tunduk patuh kepada kerajaan Islam yang memerintah hendaklah membayar jizyah" Samseng - "Orang di luar persatuan kongsi gelap hendaklah mebayar wang perlindungan kepda kongsi gelap yang menguasai kawasan tersebut" Banyak lagi contoh perbandingan yang boleh kita lihat dan lihatlah bagaimana samseng2 pun mendapat 'rahmat' dengan hanya melaksanakan hudud di dalam sistem mereka. Itu hudud dan samseng. Berkenaan isu Allah 'Samseng' memang kena pada masanya. Di saat masyarakat ditakutkan dengan budaya samseng Tuan Guru Nik Aziz dengan selambanya tapi penuh makna mengatakan Allah lebih samseng daripada segala samseng yang ada di dunia ini tak kiralah siapa pun samseng tersebut...ini sebenarnya satu kenyataan mudah untuk orang2 Islam yang 'bangang' dalam ilmu agama supaya menyedari akan hakikat tersebut dan kembali membetulkan aqidah mereka - Takut pada Allah kerana Allah Maha Samseng daripada segala samseng yang ada! Ini adalah ingatan buat diri saya dan abang-abang, adik-adik, kakak-kakak, pakcik makcik dan semuanya. kalau samseng yang baut kerja jahat pun bole dapat 'rahmat' dengan hanya melaksanakan hudud dalam sistem mereka maka janganlah ragu-ragu lagi yang kita pasti akan menerima rahmat daripada Allah S.W.T. kerana kita adalah yang haq.
Hafiz Saleh.
Diterbitkan oleh : |