Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Royalti: Mahkamah tolak bantahan Pusat dan Petronas

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal Kerajaan Pusat dan Petronas berhubung dengan saman kerajaan negeri Terengganu terhadap kedua-duanya berhubung dengan isu royalti minyak.

Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan), Ariffin Zakaria membuat keputusan menolak bantahan (isu) awal itu dengan kos dan bersetuju perbicaraan saman kerajaan negeri Terengganu itu perlu diteruskan. Beliau meminta saksi-saksi dipanggil untuk memberikan keterangan masing-masing di depan hakim yang akan mendengar kes itu.

Katanya, bantahan awal tidak cukup kuat untuk mahkamah membuat keputusan berdasarkan perkara itu sahaja.

Bagaimana Kerajaan Pusat dan Petronas akan membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Ariffin tersebut.

Kerajaan negeri Terengganu telah memfailkan tuntutan saman terhadap Kerajaan Pusat dan Petronas selepas kerajaan Pusat tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu selepas ianya ditadbir oleh PAS.

Ia telah dijadikan wang ehsan dan disalurkan melalui Kerajaan Pusat di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Kerajaan Pusat dan Petronas telah membuat bantahan awal terhadap saman itu. Mahkamah hari ini telah membuat keputusan terhadap bantahan awal itu dan menolaknya dengan kos.

Bantahan awal yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dan Petronas adalah adakah kerajaan Terengganu mempunyai hak undang-undang terhadap petroleum yang diperolehi di pantai Terengganu berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan penguatkuasaan ke atas perjanjian bertarikh 22 Mac 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas.

Satu lagi isu adalah samada kerajaan negeri Terengganu mempunyai hak ke atas petroleum yang diperolehi di luar pantainya berdasarkan perjanjian 22 Mac 1975 itu.

Begitu juga doktrin Estoppel boleh diguna pakai oleh kerajaan negeri dalam menuntut royalti minyak ini.

Perjanjian 22 Mac 1975 adalah antara kerajaan negeri Terengganu yang ditandatangani oleh menteri besarnya pada waktu itu Tan Sri Wan Mokhtar dan Petronas berkait dengan hak ke atas petroleum di negeri itu dan royalti lima peratus yang patut diberikan kepada kerajaan negeri berikutan penyerahan hak kerajaan negeri kepada Petronas.

Tommy Thomas telah mewakili kerajaan negeri Terengganu manakala Cecil Rajendra untuk Petronas manakala Pendakwaraya Kanan Persekutuan Mary Lim mewakili Kerajaan Pusat.

Turut berada di mahkamah hari ini adalah Exco kerajaan negeri, Dato' Mustafa Ali dan Tun Mohamad Salleh Abbas.






______________________
Terbitan : 31 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com