SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mahasiswa Di Antara Tanggungjawab dan Tugas Perlu Kepada Kesedaran Tentang Perlaksanaannya
http://www.idealis-mahasiswa.net (iqbal2091@unitar.edu.my) Diwaktu ini mahasiswa telah dilanda krisis yang menjadikan diri mereka keliru diantara pertanggungjawaban mereka dengan tugas yang perlu dilaksanakan bagi memangkin jatidiri mereka. Perkara ini berlaku adalah kerana situasi yang melanda masyarakat membuatkan diri mereka ini didesak diantara penjelasan yang tiada kesudahan dalam memikirkan permasalahan yang melanda diri mereka sendiri. Masyarakat sering melihat mahasiswa sebagai agen maklumat kepada golongan masyarakat yang serba kompleks berbanding masyarakat pada dekad yang lalu. Perkara ini timbul adalah disebabkan persekitaran negara yang membawa kepada kefahaman yang tidak konsisten dalam menghadapi pelbagai langkah penyelesaian didalam menangani isu yang mencetuskan keyakinan kepada perubahan yang berlaku mampu mengetengahkan diantara agenda negara dan rakyat secara kolektif. Berdasarkan dilemma yang melanda mahasiswa kini membuatkan diri mereka tidak mengkeseimbangkan antara tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan. Sepertimana yang diketahui bahawa dua perkara diatas adalah suatu keadaan yang berbeza. Dimana tanggungjawab adalah merupakan visi yang perlu dicapai manakala tugas adalah langkah- langkah perlaksanaan kearah mencapai visi yang telah ditetapkan oleh diri setiap mahasiswa. Mengapa mahasiswa perlu menilai visi mereka melalui tanggungjawab yang perlu dimainkan? Ini amat penting agar mahasiswa tersebut meyakini bahawa tanggungjawab mereka perlu melihat kepada keperluan keluarga, masyarakat serta negara kearah mencapai wawasan yang telah dikemukakan oleh kerajaan. Disamping peranan yang perlu dijalankan melalui tugas-tugas yang telah ditetapkan melalui langkah-langkah yang tersusun agar matlamat kejayaan yang ingin dicapai seiring dengan tanggungjawab diri mahasiswa itu sendiri. Kekeliruan yang timbul memerlukan penjelasan antara tanggungjawab dan tugas. Tanggungjawab adalah perkara penting tetapi tugas kurang dititikberatkan kerana tanpa visi yang jelas kita tidak perlu memainkan peranan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh, mahasiswa sedar bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar adalah satu perkara yang rumit, tetapi seandainya mahasiswa tersebut tidak menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin akan menimbulkan suatu situasi yang membawa kepada kegagalan orang yang dipimpin. Namun dengan memahami bahawa tanggungjawab memerlukan penjelasan kepada umum bahawa ia suatu yang berat perlu dipikul tanpa menjalankan tugas pelajar tersebut sudah mampu dikenali sebagai orang yang memimpin pelajar walaupun tanpa sebarang perlaksanaan tugas. Mereka hanya perlu menyatakan kepada orang yang dipimpin bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah suatu yang sukar untuk dilaksanakan tanpa perkara itu dan ini sebagai alasan. Maka alasan yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut sudah memadai untuk menjelaskan kepada orang yang dipimpinnya. Tetapi tugas adalah merupakan strategi atau perkara, bagaimanakah perlaksanaan yang perlu dijalankan oleh pemimpin tersebut dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Mungkin dikalangan kita sebagai mahasiswa mempunyai pelbagai tanggapan dan pandangan yang berbeza, namun kita perlu menyedari bahawa dua perkara ini telah membuatkan kita kurang yakin terhadap kemampuan diri kita sendiri. Sebagai contoh lain, tanggungjawab sebagai individu Muslim adalah mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan yang dinyatakan didalam Al-Quran. Tetapi bagaimana pula tugas yang perlu dilaksanakan? Adakah sekadar menyatakan bahawa kita telah bertanggungjawab terhadap segala yang diperintahkan tanpa melaksanakan apa yang telah diperintahkan dan meninggalkan segala larangan. Sembahyang 5 (lima) waktu sehari semalam adalah tanggungjawab kita, namun sejauhmanakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai seorang Muslim dalam melaksanakan perkara yang ditetapkan tersebut. Maka dengan memberikan alasan kesibukan kita seharian menyebabkan kita tidak melaksanakan tugas kita sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat malah negara yang kita cintai ini sendiri. Satu kajian tentang peratus umat Islam yang mengerjakan sembahyang adalah dalam lingkungan 8%, maka kemanakah 92% ini yang sedar akan tanggungjawab sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan adakah mereka ini bertanggungjawab tanpa melaksanakan tugas yang perlu dilaksanakan yakni bersembahyang 5 (lima) waktu sehari semalam. Ini adalah perkara yang akan ditanyakan terlebih dahulu diakhirat kelak, perlaksanaan tanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang hamba Allah SWT dimuka bumi. Ini adalah perkara asas yang begitu penting yang perlu kita lihat atau muhasabah terhadap diri kita. Malah ia amat jauh untuk kita fikirkan sebagai seorang mahasiswa yang keliru akan tanggungjawab serta tugas yang patut kita laksanakan dimuka bumi yang fana ini. Perkara pokok tentang kemampuan diri kita sering kita abaikan, sebagaimana kita yakin bahawa melaksanakan tugas dalam mengerjakan sembahyang sepertimana dinyatakan pelbagai langkah perlaksanaan dalam mengerjakan sembahyang tersebut. Namun kita tidak melaksanakan tugas walaupun sering kita dengar bahawa mengerjakan sembahyang hanya memerlukan masa sekadar 5 (lima) minit. Jesteru itu, kemampuan dalam mengerjakan sembahyang sering membuatkan kita gagal untuk melaksanakan tugas yang kita yakini terhadap tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yakni wajib mengerjakan sembahyang. Malah segala tugas serta langkah yang perlu dijalankan dalam mengerjakan sembahyang telah kita yakini namun ia tidak membuktikan bahawa kita seorang yang bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas yang wajib kita kerjakan. Berbalik kepada tangungjawab dan tugas diri kita sebagai mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), tanggungjawab kita adalah bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pengajian. Namun begitu tugas yang kita laksanakan sering berlawanan terhadap tanggungjawab kita sebagai mahasiswa. Penglibatan kita didalam persatuan, bersukan malah mengulangkaji pelajaran sering kita abaikan dengan terlibat dengan pelabagai perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai seorang mahasiswa yang ingin berjaya di pusat pengajian atau IPT masing- masing. Maka dilaung-laungkan bahawa tanggungjawab mahasiswa adalah untuk menuntut ilmu, sejajar dengan laungan tersebut dianjurkan program-program yang tidak memberikan sebarang faedah terhadap kejayaan yang patut dicapai oleh kita semua. Penglibatan kita dalam program-program keseronokan, hiburan bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan dan ia akan menjurus kepada perhubungan kasih sayang diantara dua jantina dan seterusnya membawa kepada kegagalan dalam percintaan. Pada ketika itu baru kita sedari bahawa kita telah berada jauh dari tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Sungguhpun demikian, ini adalah perkara yang melanda diri mahasiswa di IPT pada ketika ini, melakukan perkara ma'aruf disamping turut sama mengerjakan kemungkaran dan balasan terhadap apa yang kita lakukan adalah penyesalan yang kita sendiri telah sedari pada awal penglibatan kita terhadap perkara yang berlaku keatas diri kita sendiri. Penjelasan umum tentang tanggungjawab serta tugas yang membuat kita keliru terhadap hakikat yang kita sebenarnya mampu lakukan, iaitu melaksanakan amar ma'aruf nahi mungkar. Insya-Allah. Wallahu a'lam ................................... * Mohd Iqbal Bakti adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Abdul Razak(UNITAR), penulis tamu Idealis Mahasiswa http://www.idealis-mahasiswa.net. ~~~~~~~~~
Artikal pertama di Laman ini pada 7 April 2001 sila lihat :
Diterbitkan oleh : |