SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Apa komen mereka menegnai kes EzamHukuman bertujuan menutup mulut pengkritik - Amnesty International HUKUMAN ke atas Ezam bermotif politik dan adalah sebahagian daripada bentuk ancaman yang 'menakutkan' bertujuan menutup mulut mereka yang mengkritik kerajaan. Undang-undang seperti OSA adalah bertujuan mengawal kebebasan bersuara rakyat dan menghalang maklumat mengenai ketelusan pentadbiran daripada diketahui umum. Amal Rasuah tak salah, dedahkan rasuah salah - Saifuddin Nasution KEPUTUSAN terhadap Ezam membuktikan bahawa rasuah dan salah guna wang tidak lagi merupakan satu kesalahan undang-undang di Malaysia. Sebaliknya yang menjadi kesalahan ialah mendedahkan perbuatan rasuah. Jangan ada rakyat yang menaruh sebarang harapan kepada sistem kehakiman untuk menghukum mereka yang makan rasuah. Sebaliknya para hakim kini mempertahankan golongan yang pecah amanah dan menggelapkan wang rakyat. Dakwa segera Rafidah, Rahim - Mahfuz DOKUMEN yang menjadi asas kes tersebut adalah kertas cadangan pertuduhan daripada Ketua Pendakwa raya, Dato' Ghani Patail kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah tentang beberapa perbuatan rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik yang telah disiasat oleh BPR. Dalam perbicaraan, mahkamah telah mengesahkan kesahihan semua isi dokumen itu dan bila Ezam telah didapati bersalah kerana mendedahkan dokumen rahsia itu, maka secara automatiknya, nama perasuah itu adalah benar dan mereka benar-benar telah melakukan kesalahan rasuah. Pendakwaan mestilah dikemukakan dengan segera ke atas Rafidah dan Rahim setelah mahkamah mengesahkan kesahihan dokumen pertuduhan tersebut. OSA dirangka untuk tutup dosa ahli politik - Aliran ALIRAN mencabar kerajaan Barisan Nasional untuk mendedahkan kepada umum dokumen yang didedahkan oleh Ezam supaya rakyat dapat menilai apakah ia mengancam keselamatan negara atau tidak. Kita tahu bahawa BN tak akan bernani menerima cabaran ini. Ini mengesahkan pandangan umum bahawa OSA digunakan untuk melindungi perasuah, dan ia kekal sebagai bahan perundangan yang memalukan yang dirangka oleh ahli-ahli politik untuk menutup dosa mereka. Kerajaan benarkan rasuah oleh menteri - Suaram EZAM menjadi mangsa politik dalam satu kenyataan bahawa kerajaan membenarkan perbuatan rasuah oleh menteri dan kekaitangan kerajaan. Persoalannya kenapa tidak ada tindakan terhadap dua menteri tersebut (Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik)?
Diterbitkan oleh : |