Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SUMBANGAN DERMA JAMBORI UNIT AMAL PERINGKAT KEBANGSAAN

Ruj Kami U/Amal/DPPWP/JAK?03-02(07)

Tarikh 17 Ogos 2002

Kepada Pengarah Urusan / Pengurus
Pendokong Jemaah Islam
Muslimin / Muslimat

Tuan,

SUMBANGAN DERMA JAMBORI UNIT AMAL PERINGKAT KEBANGSAAN

Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa Jambori Unit Amal Peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada bulan 6, 7, 8 September 2002 bertempat di Taman Rimba Templer, Rawang . Jambori Unit Amal Kebangsaan ini diadakan pada setiap tahun dan pada kali ini, tuan rumah bagi temasya tersebut adalah Unit Amal Wilayah Persekutuan.

Jambori yang diadakan pada setiap tahun bertujuan memberi pendedahan kepada pemuda-pemuda Islam tentang cara kehidupan dihutan ( jungle Life ) yang mana peserta-peserta didedahkan dengan berbagai program atau modul seperti cara-cara memasak dihutan, melalui laluan-laluan sukar dan mencabar ( jungle tracking ), teknik-teknik menyelamat dan berbagai-bagai lagi. Peserta-peserta bukan sahaja diberi latihan dan ujian yang berbentuk fizikal, latihan-latihan yang akan membentuk spiritual dan kepimpinan seperti berpidato, berkhutbah, kuliah, ceramah dan lain-lain lagi yang akan melatih dan memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menjadi muslim yang mempunyai jatidiri, menyayangi saudara seislam dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Jambori Amal Peringkat Kebangsaan bukan seperti program-program motivasi ataupun program-program bina semangat yang biasa yang mana, apa yang ditimba dan dipelajari di Jambori Kebangsaan itu nanti akan merubah pemuda-pemuda Islam ini kearah diri yang lebih baik dan diharap akan menjadi terbaik diantara yang terbaik.

Oleh itu, untuk melancarkan setiap program yang dirancang, kami memerl;ukan dana yang agak besar kerana selaku tuan rumah, segala prasarana dan kemudahan di Jambori tersebut akan disediakan dan dibiayai sepenuhnya oleh tuan rumah yang mana para peserta dan tetamu yang hadir dijangka seramai seribu ( 1000 ) orang . Segala peralatan prgram, makanan, publisiti, kecemasan dan lain-lain dianggarkan akan melibatkan kos lebih kurang Dua Puluh Sembilan Ribu ( RM 29 000.00 ).

Oleh itu besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan derma ikhlas bagi menampung sebahagian daripada kos tersebut. Pihak Tuan boleh memberi sumbangan secara tunai ataupun sumbangan boleh terus dimasukkan kedalam akaun Mohd Mathurudi & Zulkifli Ahmad selaku Bendahari Unit Amal W.P ( No A/C : 1462-0005247052 Bumiputra Commerce ). Sokongan dan kerjasama pihak tuan menghulurkan bantuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan Jazakallah Khairan Kathira dan hanya Allah s.w.t jua yang dapat memberi ganjarannya.

Sekian, Wassalam.

Yang menjalankan amanah

( MANSOR B. MERAN )
Setiausaha
Unit Amal DPPWP

s.k : Pengarah Unit Amal DPPWP
Ketua DPPWP

Untuk keterangan lanjut bolehlah dihubungi :

1)Roslan Osman ( Ketua Pengarah U.AMAL DPPWP ) - 013-3485795
2)Mansor Meran ( Setiausaha U.AMAL DPPWP ) – 017-3121809
3)Mohd Mathurudi ( Bendahari U.AMAL DPPWP ) – 03- 22755929 / 03-41421788






______________________
Terbitan : 25 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com