Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bila Laungan menjadi raungan

KacaDunia - Bila Laungan menjadi raungan

Suaranya nampak ceria. Beritanya nampak gembira. Sinar matanya nampak bersahaja, melambangkan kesyukuran kita atas nikmat Illahi. Namun hatinya bergolak dan tidak siapa dapat merencananya. Allah SWT jualah yang tahu dan dugaan ini adalah mungkin atas kesunggulan aku terhadap NYA. Sedar akan aku bahawa berdukacita bukanlah satu syarat yang di gemari oleh agama namun rentak hati ini mengajak aku melalui segala kecalaran yang menjadi parut pengalaman dunia. Lalu dalam paluan ini KacaDunia menulis lagi.

KacaDunia - Pohon maaf kepada mereka yang telah menghubungi saya

Dua panggilan telah di terima. Mereka bertanyakan kepada Pengurus Laman Web yang sedar dan tahu siapa KacaDunia sebenarnya. Pengurus laman dapat meneka siapa dan mereka mengetahuinya.Bukankah sudah saya katakan saya rapat dengan dengan mereka suatu ketika dahulu sehingga saya mengkhianati persahabatan kerana kegagalan melunaskan wang pinjaman. Sungguhpun begitu saya BERSUMPAH akan melunaskannya sebaik sahaja saya mampu berkerja dan mendapatkan sedikit wang untuk hidup. Itu SUMPAH saya. Di samping itu bukan susah untuk mencari kalau niat dan kehendak itu tinggi. Namun pada hakikatnya KacaDunia tidak berniat untuk mencalari minda mereka yang membaca jauh sekali memesongkan hakikat lalu membelakangkan kebenaran. Maaf jika bayangan saudara/i yang menghubungi nampak bagai KacaDunia hidup dalam leretan masa yang tidak menjanjikan bumbung dan juga makanan. Maaf jika tulisan itu nampak membicarakan kehidupan melarat di tepian jalan berbumbungkan awan serta di basahi embun didaif dan terbiar.

KacaDunia- Selamat Hari Jadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak ku

Ingat aku akan peristiwa saat-saat menantikan kelahiran anak aku sewaktu sisa-sia kemewahan hidup ini masih terbayang dan masih ada di mata. Ini adalah sisa-sisa kemanisan yang kini sudah berubah menjadi satu cabaran dalam hidup yang begini sekejap. Aku bermohon agar anak aku di lahirkan pada tarikh yang sama dengan kelahiran Anwar Ibrahim. Alhamdulilah pada tanggal yang sama 10-08 maka anak saya di lahirkan.. Sama tarikh dengan Datuk Seri anwar Ibrahim dan menjadi hasrat saya untuk menamakan anak ini dengan nama Nurul Izzah, sama dengan anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun kerana isteri saya telah menetapkan nama lain semenjak dari awal dan mengenangkan isteri itu yang terpaksa menanggung kesukaran membawa masuk zuriat ini maka pilihan nama adalah pilihan dirinya. Syukur AL~HAMDULILAH. Hari ini saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kedua-duanya sekali. Harap saya adalah agar kita di beri rahmat dan berkat untuk terus mengecapi udara keadilan baik buat

Untuk beberapa tujuaan peribadi yang mungkin penama ini tidak mengingati pemberiannya, saya mengucapkan ribuan malah jutaan TERIMA KASIH pada Badaruddin Ismail atau PAk Din atas sumbangan beliau bagi mencukupkan kos perubatan semasa dan setelah kelahiran. TERIMA KASIH Pak Din.

KacaDunia - Teruskan tuntutan Islah dan teruskan kehidupan ini.

Teruskan tuntutan Islah tetapi janakan juga pada diri dan andai sudah dan masih berkeluarga Islah yang di tuntut. Saya masih berdiri sini dan andai terkurang ianya membantu saya pohon maaf. Saya tidak berdaya. Namun saya juga mahu mengingatkan adik-adik baru kita yang sedang giat menuntut pembaharuan akan melihat, mendengar dan memikirkan sedikit tentang strategi dari mereka yang telah lama di sana tetapi masih bebas untuk membantu. Dengar suara mereka dan kajilah. Mungkin tersirat banyak kebenaran yang di tunaskan oleh perjuangan dan pengalaman. Terima Kasih kepada Jamil Ismail yang membalas tulisan saya di Tranungkite.

Sekian

Kaca Dunia
kacadunia2002@yahoo.com






______________________
Terbitan : 25 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com