Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Polis Belakangkan Undang-Undang

Oleh : Kang Semar.

Malam 24 Ogos 2002 lalu seorang anggota polis yang mendakwa bertaraf ' pegawai ' telah mempamirkan sikap angguh dan sombong serta membelakangkan undang-undang yang dipelajarinya dengan menceroboh masuk ke rumah seorang ahli PAS di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di mana sedang berlangsung ceramah oleh peguam Zulkifli Nordin.

Dalam suasana orang ramai sedang ' terkejut ', pegawai polis terbabit cuba menahan Zukifli yang sedang hendak menamatkan ucapan, tanpa lebih dahulu memperkenalkan dirinya. Akhirnya berlaku pertengkaran antara beliau dan pegawai tersebut. Orang ramai pula telah menunjukkan sikap ' berani ' dengan melaungkan takbir berkali-kali secara serentak dan semakin menghampiri pentas tempat berucap Zulkifli, hingga pegawai berkenaan menggigil ketakutan !.

Apa yang jelas kepada orang ramai malam itu bagaimana seorang pegawai polis cuba bersikap kasar dan hendak ' tunjuk kepala besar ' kepada seorang yang dianggapnya sebagai ' buta undang-undang '. Tapi, apa yang berlaku dia telah terkena ' buku dengan ruas ' ! .Orang ramai yang selama ini hormat dengan anggota polis, tidak semena-mena memandang rendah dan hilang hormat kepadanya akibat sikap pegawai polis tersebut yang didorong nafsu mengampu dan menurut telunjuk MB Khir Toyo , hingga sanggup membelakangkan undang-undang polis yang dipelajarinya !

Mujurlah pada malam tersebut beberapa orang bekas pegawai polis yang bersara dan telah menjadi ahli parti Pas / Keadilan turut mententeramkan keadaan, hingga pegawai polis berkenaan terpaksa ' keluar menonong ' tanpa arahannya dipatuhi oleh Zulkifli dan orang ramai ! Malu besar kena boo…..

Ini adalah pengajaran dan peringatan kepada pagawai polis berkenaan khasnya dan pegawai polis yang lain amnya, supaya jangan sewenang-wenangnya ' menceroboh masuk ' ke majlis ceramah Pas yang diadakan dalam premis persendirian, yang mana umum telah tahu tidak perlu kepada permit polis. Jangan ingat semua orang yang hadir dalam ceramah ' bodoh ' dan boleh ditakutkan kerana buta undang-undang keselamatan. Hingga cuba bertindak besar kepala semata-mata kerana taat serta patuh kepada perintah Khir Toyo yang mahu mempertahankan kawasan pilihanrayanya - DUN Sungai Panjang .

Kerana itu, diharapkan anggota polis seluruh negara perlu tahu bahawa di kalangan orang awam ramai bekas-bekas anggota polis dan tentera yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari mereka dan lebih dahulu mengetahui undang-undang polis. Di kalangan mereka juga ramai peguam yang ' hafaz ' semua peraturan dan undang-undang di mana akta dan seksyen sentiasa dalam ingatan mereka !. Silap-silap hari bulan bertindak, mereka pula yang kena dakwa atau diambil tindakan oleh orang ramai yang jijik dan meluat dengan telatah mereka yang turut menzalimi rakyat , seperti pemimpin-pemimpin UMNO.

Kepada ahli-ahli parti BA jadikan peristiwa tersebut sebagai satu ' kemenangan ' moral anda untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kita boleh hormat kepada mereka yang menghormati kita dan kita juga boleh membenci kepada mereka yang tidak menyukai kita. Lawan tetap lawan !!!!!!






______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com