SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Penjelasan Keluang Man untuk yang tak Puas hati (Khas untuk ahli PAS Penang)

Assalamualikum

Saya berharap web master tranung dan Marhaen dapat siarkan kenyataan saya ini bagi penjelasan tulisan saya di dalam laman tuan yang bertajuk "Pengembaraan Keluang Man Di Pendang Dan Anak Bukit" Terima Kasih.

Assalamualaikum

Sejak tulisan saya yang bertajuk "pengembaraan Keluang Man Di Pendang dan Anak Bukit di siarkan didalam laman ini ,saya menerima banyak email dari ahli PAS di Pulau Pinang.Ada yang memberi respon dan pandangan yang baik dan ada juga yang marah dan tak kurang juga email yang mengandungi virus turut di hantar kepada saya.

Saya ingin membuat penjelasan di sini kepada yang marah marah kepada saya tentang tulisan saya itu bahawa saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan sesiapa semasa gerak kerja pilihan raya di anak Bukit.Saya hanya menceritakan pengalaman semasa di sana dan sudah tentulah ada beberapa kelemahan yang yang patut kita jadikannya sebagai pengajaran.Begitu juga teguran kepada ustaz ustaz yang tidak turut serta di dalam gerak kerja jemaah sedangkan orang yang berilmu seperti merekalah sepatutnya berada di saf hadapan untuk membimbing kami yang dianggap jahil ini.Teguran kepada pimpinan perinkat pertengahan yang di pilih oleh pihak JPN Pulau Pinang secara tangkap muat juga tak sepatutnya berlaku.Pihak JPN seharusnya mengenal pasti siapa yang boleh berkerja dan siapa yang sebaliknya.Apakah kalau seorang itu bergelar Jeneral bersara atau ustaz maka mereka ini memiliki pengalaman serta faham tentang gerak kerja jemaah.Inilah sifat yang perlu dikikis dari kepala otak oarang PAS.Saya teringat semasa YB Mahfuz Omar

Sindiran saya kepada pemuda pemuda yang datang bertugas pada malam pilihanraya tak perlu untuk di sangkal.Disaat saat genting masih ada lagi yang mahu sedap tidur sedangkan sahabat sahabat yang lain bertungkus lumus berkawal .Tiadakkah merasa malu kepada ahli parti keadilan yang berkejar kesana sini untuk menahan bas yang membawa pengundi hantu sedangkan kita masih boleh tidur lena.

Akhirnaya saya berharap penjelasan ini dapat merongkaikan kebuntuan dan jauhilah dari sifat ego yang keterlaluan.Kenal diri ,suci hati ,dengki Khianat jauh sekali , baru diri dihormati.Namun untuk saya meminta maaf jauh sekali.Pesanan saya pada yang menyamar diri mail kepada saya tu janganlah jadi Halloween ,datanglah kerumah kalau masih rasa tidak puas hati.Mungkin kita boleh selesaikannya dengan cara yang terbaik.Tak perlulah untuk hantar orang menasihati saya yang jauh lebih baik dari kamu semua.

Sekian,

Better Than You
Axl Rose
penagblackrose@hotmail.com







______________________
Terbitan : 9 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com