Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu kawasan lapang Seksyen 16 Bandar Baru Bangi belum selesai

Oleh SISWA UKM

Pencacai perasuah ulung, Dr Khir Toyo, iaitu Tepak Bersulam bagaikan nak gila untuk melambung-lambungkan menteri besar yang memberinya banyak rasuah itu. Seronok juga tengok penjilat yang dibayar upah ini mengampu bosnya yang makin hari makin disayangi Perdana Menteri.

Benar sekali, makin hebat Khir rasuah makin suka Mahathir dan Pak Lah dengannya. Macam kes tanah di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi yang diluluskan kepada Bestarama Sdn Bhd itu. Ia adalah milik kroni Khir dan Karim Mansor. Dua orang ini seperti tak boleh tengok tanah kosong walaupun tanah seluas 11 ekar itu sudah diwartakan sebagai kawasan rekreasi untuk penduduk sekitar. Khir tak kisah itu semua. Dengan sokongan Karim yang menjadi mastermind untuk merogol dan memperkosa segala tanah yang ada di Selangor, ia diberikan kepada kroni.

Penduduk Bandar Baru Bangi bantah? Apa yang nak dihairankan Khir, bantahlah seratus kali pun, kalau dia mahu tanah itu diagihkan kepada sesama kroni dan penjilat siapa boleh halang.

Lagi teruk dari itu, Khir dengan sombong temberang penduduk sekitar dengan mengatakan kawasan rekreasi telah dipindahkan ke Tasek Chempaka, depan Kompleks PKNS Bangi.

Apa pula halnya Tok Seri, kalaupun buat kawasan rekreasi di Taman Chempaka buatlah, baguslah, tapi penduduk di Seksyen 16 dan sekitarnya pun nak kawasan rekreasi di tempat sendiri juga. Buatlah dua tiga empat sekalipun kawasan rekreasi, tapi penduduk setempat mahu kawasan lapang sedia ada dekat Shell itu mesti dibangunkan untuk kemudahan ramai. Jangan sesakkan lagi kawasan yang sedia sesak ini.

Lagi satu daleh Khir ialah kawasan itu akan menempatkan blok Council Home bagi kemudahan warga industri yang tak mampu sewa rumah-rumah di Bangi. Leceh betullah si perasuah hebat terulung ini. Nak bohong pun biarlah orang percaya.

Pertama, semasa 11 ekar tanah yang bernilai RM18 juta itu diberikan kepada syarikat kroni, Bestarama (di mana pemegang syernya adalah orang-orang yang sama dengan syarikat yang mendapat projek besar daripada Khir, iaitu dua wanita muda), kelulusan itu adalah dikhususnya untuk fungsi komersil. Tapi bila sudah ada yang komplen dengan BPR maka sibuklah Khir mencari jalan keluar. Selama ini tak terfikir pun Khir nak buat Home Council. Apa pun kroni Bestarama tetap boleh buat untung besar kerana projek itu tentulah akan diswastakn kepadanya. Yang diminta orang ramai ialah Khir mesti kembalikan 11 ekar tanah itu kepada PKNS untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreaasi. Apatah lagi kawasan hijau diBangi sudah pupus kerana kerakusan Dr Karim Mansor yang menyerahkan tanah bernilai tinggi kepada pemaju yang rapat dengannya.

Kalau pun nak buat Council Home, mengapa tidak dicari kawasan lain di Bangi. Kawasan Seksyen 16 sudah sedia sesak dan ia mesti diimbangi dengan kawasan hijau yang aman dan damai.

Sudahlah Khir, kalau nak temberang baliklah kepada penyokong dan penjilat kamu macam Tepak Bersulam tu. Akhirnya saya gesa agar kawasan hijau di Seksyen 16 itu hanya dibangunkan untuk kawasan rekreasi. Stop!






______________________
Terbitan : 19 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com