Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cerita sekolah agama

Assalamu'alaikum

Mak Cik nak bercerita sikit tentang dilemma sekolah-sekolah integrasi aliran agama di bulan merdeka ni. Dilemma ni hanya melibatkan sekolah-sekolah yang masih belum beres urusan pendaftarannya dengan Kementerian Pendidikan.

Ada angin yang bertiup membawa khabar bahawa sekolah-sekolah ini tak akan didaftarkan. Yang menyusahkannya setakat ini khabarnya everything is verbal. Tak ada hitam putih. Tak nak ambil kisah, nanti ini kisah benar. Nak ambil kisah nak berlandaskan apa pulak? Sekolah-sekolah integrasi ni sebenarnya ada di merata negara. Mak Cik dapat tahu yang Idris Jusoh, pengagih wang ehsan pun ada Sekolah Imtiyaz nya di Besut. Mak Cik tak tahu pulak status pendaftarannya. Apa pun sekolah bercorak ini memang ada peminatnya terutama dari golongan Melayu / muslim middle class for the simple reasons, anak-anak akan didedahkan kepada teori dan amalan agama di sekolah walaupun di rumah support ibu bapa kurang. Secondly sebab sekolah-sekolah ini masa operasinya panjang, ibu bapa bekerja memang seronok because mereka tak perlu bayar childminder and anak-anak tak berkeliaran tanpa pengawasan.

Back to the story. Due to the perceived threat to their pendaftaran, maka sekolah-sekolah ini take extra care tentang perkara-perkara yang remeh tetapi mungkin can jeopardise their position like meletak gambar-gambar pemimpin di sekolah.

Seorang guru menceritakan pengalamannya di sekolah ketika beliau menggantung gambar Agong, Sultan, PM dan MB. Seorang budak Tahap Satu datang bertanya ustaznya, kenapa dia kena pakai tudung sedangkan Raja Permaisuri tidak. Tergamam sang Ustaz dan setelah berbincang, maka diputuskan supaya budak-budak tidak keliru, tak digantunglah gambar Raja Permaisuri. Agaknya lepas ini akan datanglah crew RTM/TV3/NTV7 buat spotcheck di sekolah-sekolah ini nak tengok apa yang digantung dan tidak digantung di sekolah.

Kata Ustaz-ustaz, nasib baik Selangor, sultannya solo. Jika tidak masalah juga. Agaknya ada tak orang yang ada access kepada istana boleh sampaikan berita ini supaya perkara ini boleh dibetulkan.

Malaysia Boleh!






______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com