Mari buat kenduri kesyukuran sempena kenaikan harga petrol!!Saya bersetuju benar dengan cadangan tuan tuan dan ingin mengutarakan cadangan tambahan; 1. Kenduri kesyukuran dibuat di Bintang walk dengan rakyat semua menjadi penganjur. Tak perlu kita menyusahkan Menteri dan orang orang kaya di negara kita.... Kan ke Ekonomi dah Kukuh 2. Buat sepanduk besar yang memuji kebijaksanaan 'Kerajaan' menguruskan kewangan negara yg memastikan rakyat akan terus membayar lebih banyak lagi......Kan ke Ekonomi dah Kukuh 3. Kalau kenaikan harga nanti KURANG dari 50 sen seliter, kita ramai ramai pakat berdemonstrasi sampai ke Istana Negara, minta Agong campur tangan. ....Sebagai rakyat prihatin, kita mestilah sanggup bergolok bergadai untuk kesengan Menteri dan orang orang kaya di negara kita.....Kan ke Ekonomi dah Kukuh. 'ONE NATION - WE CARE' mamatKL assalamualaikum semua penduduk malaysia, saya ingin mengesyorkan agar seluruh penduduk malaysia mengadakan kenduri kesyukuran atas kenaikan harga petrol (tak silap saya tahun ni 3 kali dah naiknya!) saya berharap apa yg saya syorkan ini tidak disalah ertikan oleh mana2 pihak, sekadar utk melahir dan menzahirkan kesyukuran ke atas kestabilan ekonomi dan sokongan padu kepada kerajaan yg menaikkannya.... diharap juga kenaikan ini dapat membantu menstabilkan ekonomi negara ini disamping mengurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi kerajaan. ia juga di harap dapat menampung perbelanjaan pilihanraya akan datang!!! (ngapa tak naikkan sebelum pilihanraya pendang & anak bukit??!!) saya juga ingin mengesyorkan agar kita semua menghadiahkan senyuman semanis madu ketika membayar minyak demi utk membuktikan kesejahteraan negara kita!! kahkahkah.... jgn marah... syukur alhamdulillah...
______________________
Diterbitkan oleh : |