SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Melayu jangan lupaMelayu dalam UMNO nampaknya masih terus dibuai mimpi. Mereka tidak sedar bukan sahaja kedudukan mereka dalam parti terpaksa berkongsi dengan Siam, Kemboja dan sebagainya malah hak-hak mereka dalam Negara telah lama pupus. Dalam UMNO yang mendapat nikmat adalah mereka yang berjawatan walaupun di peringkat cawangan. Golongan di sini kebanyaknya tanpa kelulusan tetapi dengan platform UMNO, mereka mengubah mobility social tanpa mengira halal haramnya. Mereka sedang dihukum ekoran kebangkitan pembangkang. Kerana merekalah kita orang-orang Melayu di luar UMNO turut tertindas. Kebodohan mereka melampaui batas kefakiran akal. Kelicikan Mahathir tidak disedari kerana kafakiran berfikir mereka ini. Doa melalui sembahyang hajat dan munajat kita mula menampakkan hasil. Mahathir telah mula merapu dan menonjolkan fitnahnya terhadap PAS. Banyak komen telah dapat kit baca bahawa sekarang Mahathir pula laksana Tuhan. TUHAN SAMSENG : Mudah, di TV disiarkan ucapan Tuan Guru kita “Kalu kamu samseng, Aku lagi samseng”. Yang kata Tuhan Samseng bukan Tuan Guru tetapi Mahathir. Komen-komen para penjilat hanya berkisar atas tuduhan Mahathir terhadap Tuan Guru dan bukan atas kata Tuan Guru sendiri. Memang kita faham maksud sebenar bahawa Allah bersifat MAHA dalam segala aspek dan Allah Maha Pengasih. ISU BAHASA INGGERIS : Lagi mudah kita baca. Rujuk sejarah, kebangkitan UMNO adalah dengan adanya dasar ini. Tenggelamnya peranan ulama dan tok guru pondok juga apabila masyarakat mengejar penguasaan Bahasa Inggeris untuk mendapat tempat dalam masyarakat. Oleh itu, kita akan kembali seperti dahulu, mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi adalah golongan bangsawan dan anak-anak raja. Zaman ini apabila Mahathir berjaya mendapat izin dari parti-parti komponen Cina mereka, maka golongan bangsawan dahulu akan diganti dengan golongan korporat dan para menterinya. Yang lain sekadar penontonnya sahaja. Mengapa masih belum sedar wahai sahabat dalam UMNO ? Isentif untuk guru yang menguasai Bahasa Inggeris. Untuk siapa ? Mudah, untuk bukan Melayu kerana mereka yang lebih menguasai Bahasa Inggeris. Guru-guru Melayu yang dilihat dan disedari membenci Mahathir mula dihukum. Terima kasih kepada ahli UMNO. KERIBUTAN DALAMAN UMNO : Mustahil Mahathir akan melepaskan jawatan. Pengumuman Mahathir bukanlah niat sebenar tetapi mahu melihat siapakah yang benar-benar merbahaya terhadapnya. Sekali lagi saya ulangi, TPM kelak adalah Rafidah. Pak Lah mudah dibuang tetapi mencari cabaran sebenar dan mencari kambing hitam. Sekarang yang agak timbul ialah Najib. Mahathir sendiri tidak akan membuang Pak Lah sebaliknya menggunakan Najib untuk tujuannya. Mahathir tidak mahu beliau disifatkan pembuang sepertimana yang terjadi ke atas Musa, Ghafar dan Anwar. Yang akan menyingkirkan Pak Lah ialah Najib. Semasa iklan memanggil penonton untuk melihat dokumentari peralihan kuasa terpampang gambar Najib, Pak Lah dan keratan akhbar bertajuk “Najib Lebih Layak”. Apa semua ni jika bukan Najib dan Khalil telah memulakan langkah tanpa menyedari dikudakan oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tersungkur, Mahathir akan menyelamatkan UMNO yang ‘bergolak’ lalu Najib juga akan tenggelam. Ketika inilah Rafidah muncul sebagai TPM pertama dari wanita. Tolaklah Mahathir sebelum terlambat.
Diterbitkan oleh : |