Mahathir: One nation-we hate U di Bukit JalilHari Jumaat lepas anak aku yang bersekolah sekular tahun 4 begitu beria-ia nak bercerita berkenaan program one nation-we care (satu bangsa-kasih semua) yang berlangsung di Bukit Jalil. Tanpa apa-apa respon aku cuma diam mendengar ceritanya tanpa soalan. Katanya, dia merasa sungguh kelakar bila gurunya meminta murid-muridnya menuliskan nama pada kertas yang diedarkan sekiranya ingin pergi ke program tersebut. Tanyanya pada aku, ‘Ayah tau berapa orang yang tulis nama?. Tak sempat aku nak jawab dia ketawa … 4 orang sahaja, itupun ada kawannya yang kata … kalau ayah dia tahu Mahathir ada, pasti tak leh pergi. Kemudian aku tanya, sebab apa agaknya ramai tak nak pergi sedangkan dalam kelasnya ada 40 lebih muridnya, sedangkan Siti Norhaliza pun ada. Memang seperti yang kita jangka … sebab Perdana Menteri Mahathir Mohamad ada. Begitulah senario yang sedang berlaku dan akan terus berlaku, hatta anak ketua cawangan Umno pun ada yang tak suka Mahathir. Takkan mak bapak dia yang ajar? Kalau anak orang-orang BA mungkin jugak. Inilah yang menakutkan Mahathir si haprak tua yang dah hampir tumbuh cendawan di dalam otaknya. Kalau anda (tak kira BeEnd atau BA) tak percaya tanyalah anak-anak yang ada kat rumah tu. ‘Adakah atan ke..eton ke..suka dengan Mahathir?’ Pastinya anda akan terkejut (kalau anda penyokong/penjilat Mahathir haprak no.1). Dari mana agaknya kepala otak mereka di ‘brain washed’ kan hingga anak yang masih bersekolahpun meluat dengan Mahathir? Kalau zaman Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein Onn tak pernahpun kita dengar budak sekolah benci dengan pemimpin negara No.1. Rasanya semua orang tahu .. anak-anak kita terdedah dengan berita-berita TV haprak, kalau anak-anak kita boleh faham pembohongan Mahathir haprak melalui Zam Mamak dan Chamil BARUAya, macamana yang tua-tua tu .. tak dapat hidayahlah tu. Berbalik pada program one nation-we care tadi … aku tertarik dengan main sponsornya. Syarikat Insuran … alahai dah tak dak ka kroni Mahathir lain yang nak sponsor. {Menurut Utusan Meloya, kata Dr. Mahathir: ‘Beliau amat bersyukur kerana perhimpunan malam ini diuruskan oleh rakyat sendiri tanpa diperalatkan oleh kerajaan atau parti-parti politik. Saya gembira dengan sokongan rakyat selama 21 tahun mentadbir negara, tidak mungkin saya seorang boleh memerintah tanpa sokongan majoriti rakyat, ujar beliau.}Sepatutnya yang perlu Mahathir ucap ialah ‘…tidak mungkin saya seorang boleh memerintah tanpa sokongan majoriti HANTU-HANTU sekelian’ Syarikat Insuran ni hampa jangan haraplah Mahathir nak beli insuran. Duit dia kat bank oversea berlori-lori tak perlu insuran. Kalau mampuspun anak bini cucu cicit dia tak kebulur. Cumanya syarikat-syarikat insuran ni nak bodek (anak Mahathirpun antara salah seorang pemilik syarikat insuran terbesar di Malaysia)... adalah ‘apa-apa’ tu. Kesian kita tengok ada sorang mamat tu tersangkut kat tiang stadium waktu pertunjukkan tu .. ha! baru hampa tau, lain kali kalau program yang ada Mahathir hampa jangan terjun lagi .. kecuali ada syarikat insuran yang sanggup jual polisinya pada hampa. Kalau kojolpun taklah terkilan anak bini. Punyalah penat dok berlatih, yang dapat nama 'SMART', sebab tolong mamat yang tersangkut tu. Kesian (kesian lagi) bila lapuran Utusan Meloya melapurkan 40,000 orang hadir pada program tersebut. Apasai la sikit sangat sampai kita dengar kekawan yang berkerja di syarikat insuran semuanya dipaksa pergi. Kalau ikut statistik konsert Siti Norhaliza yang lepas-lepas selalunya melebihi 40,000 dan peminat PM berjuta-juta .. sepatutnya lebih lagi la yang Utusan patut lapurkan. Kita yang tengok ‘Berita Propoganda’ dia pun boleh tengok banyak tempat duduk yang kosong. Maknanya yang pergi tu boleh kata semuanya peminat Siti Norhaliza saja, kalau letak Mahathir saja … alamatnya Siti Hasmah saja la yang dengar Mahatihr mengomel. Disebabkan Mahathir suka tengok filem lucah, lepas ni apakata Umno cuba pendekatan terbaru untuk tarik orang hadir ceramah Khalifah Mamak Mahathir - buat 'Tarian Bogel' .. pasti melimpah Stadium Bukit Jalil. Kalau kita ikuti temuramah-temuramah pemberita, soalan yang buat Mahathir marah ialah bila pilihanraya nak diadakan. Jangan hang melenting Mahathir oii ... rakyat marhaen memang tak sabar-sabar lagi nak tengok hang menangis dan menunggu dialog nangis kali terakhir. Kesimpulannya Mahathir orang dah tak sokong, kekuasaan Firaun Mamak dah mula susut, tangkal azimatnya dah 'expired' … teori politiknya dah tak boleh dipakai … bila dia buat lakonan letak jawatan diharapkan orang Melayu akan menderu-deru menyokongnya. Tapi hasilnya adalah disebaliknya. Kalau dahulu sebelum kes DSA, nak 100,000 orang hadir senang-senang boleh diuruskan. Pilihanraya Pendang dan Anak Bukit adalah jawapan bagi Mahathir dan kuncunya-kuncunya dalam BeEnd. Lupakan pilihanraya 2003 ... cepat-cepat buat satu parti seperti yang disarankan (sebenarnya perli .. tu pun mamak tu tak paham) oleh TG Nik Aziz supaya tidak ada pilihanraya dan Umno/BeEnd boleh perintah Malaysia sampai kiamat. -Panaurama.com
______________________
Diterbitkan oleh : |