Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Rintihan Seorang Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Ampang Jaya : SAH UMNO MEMANG JAHAT !

Sekarang ini heboh mengenai wang per kapita sekolah-sekolah agama rakyat di Negeri Selangor. Sepatutnya mereka mendapat wang per kapita tersebut setiap tahun seperti tahun-tahun sebelumnya. Ianya bergantung kepada jumlah pelajar yang ada di sekolah tersebut. Seorang pelajar dikira sebanyak RM60.00 kalilah berapa pelajar yang ada. Contoh sekolah kami setiap tahun mendapat lebih RM 25,000. Cukuplah untuk membayar saguhati tahunan guru yang bergaji sangat rendah.

Tahun ini sudah tak dapat lagi walaupun duit tu ada. Alasannya ialah sekolah agama sokong PAS. Kalau nak juga perlu mendapat tandatangan YB lepas itu kena pula mendapat sokongan UMNO Cawangan masing-masing. Ini betul-betul kerja gila UMNO sekarang . Hak orang yang susah diambil sewenang-wenangnya. Langsung tak ada peri kemanusiaan lagi mereka ini.

Pada halnya kebanyakan pelajar yang ada tu adalah anak-anak orang UMNO juga . Bukan semuanya anak orang PAS. Beginilah ganasnya UMNO sekarang sehingga duit orang susah pun hendak disapunya.

( Dari laman web PAS Kawasan Ampang Jaya http://pas2000.tripod.com/info )






______________________
Terbitan : 31 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com