Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tuhan bersifat sombong???

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari-hari kita telah dipendengarkan oleh media massa dengan perjelasan kununnya kenyataan Tok guru Nik Aziz yang mengatakan Tuhan itu samseng adalah salah dan menyeleweng dari ajaran islam..

Cuba kita fikir kalau perkataan samseng itu salah bagaimana pula dengan perkataan sombong atau takabur??? Kalau ikut kedua-dua bahasa itu pun tidak baik digunakan sekiranya kita dilarang mengunakan perkataan yang tidak elok dengan sifat Tuhan. Jadi dimana logiknya bila perkataan samseng dikatakan tidak boleh digunakan sedangkan kalau perkataan sombong atau takabur pun tidak elok diperkataan dengan sifat Tuhan boleh pula digunakan???. Jadi apa masalah perkataan samseng sedangkan perkataan sombong atau takabur pun tidak elok juga maknanya. Kita sungguh hairan dengan sikap setengah-setengah golongan yang dikatakan ulama yang mengatakan kenyataan tok guru Nik Aziz salah dan sesat sedang mereka tidak menilai sendiri apakah yang dimaksudkan oleh tok guru berkenaan dengan maksud yang hendak disampaikannya. Maksud tok guru bila menggunakan perkataan samseng lebih mengerunkan lagi pendengar kalau dibandingkan dengan perkataan sombong yang kurang berkesan sebab bila kita katakan orang itu sombong kita tidak berapa takut tapi bila kita kata orang itu samseng tentu kita rasa takut untuk mencabarkannya.

Jadi mengapa kita tidak dapat berfikir secara rasional tentang perkara tersebut. Kalau orang mengatakan hukum Tuhan itu tidak adil itulah yang sebenarnya menghina Tuhan sebab mereka tidak yakin bahawa Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui segala-galanya. Mereka yang mengatakan hukum Tuhan itu tidak adil sepatutnya didakwa bukannya orang yang nak menerangkan sifat Tuhan itu berkuasa dikatakan sesat.

Disebabkan yang bercakap itu ulama Pas maka kenyataan tersebut telah diperbesar-besarkan seolah-olah Ulama Pas sudah menyeleweng dan sesat.

Hanya orang yang tidak dapat berfikir secara positif saja yang akan menganggap kenyataan Tok guru Nik Aziz itu sesat kalau mereka yang benar-benar jujur dalam kenyataan mereka yang mengatakan tok guru Nik Aziz sesat mengapa mereka tidak berani menegur PM yang mengatakan hukum Tuhan itu tidak adil. Jadi tak usahlah nak kata ulama Pas menyeleweng sedang mereka sendiri pun takut PM lebih dari takutkan Allah. Berani kerana benar takut kerana salah. Kita menyeru ulama yang mengatakan tok guru Nik Aziz itu sesat baik periksa dulu kenyataan mereka jangan jadi alat Umno yang nyata sudah sesat dan menyeleweng dari ajaran islam yang sebenarnya. Harap mereka sedarlah usah terpengaruh dangan pandangan ulama yang telah diperalatkan oleh umno. Umno hanya akan menggunakan ulama yang tidak tahu apa sebenarnya yang mereka cakap mereka hanya bercakap sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa mereka katakan. Kalau mereka benar,jujur dan ikhlas dengan kenyataan mereka pasti mereka juga berani mengatakan PM sudah menyeleweng dari ajaran Islam kerana mengatakan hukum Tuhan itu tidak adil.

Kita harap pihak media massa terutama sekalinya RTM dan TV3 menjemput tok guru Nik Aziz memberi penerangan sebenarnya tentang kenyataan beliau tersebut. Semoga pandangan kita ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkenaan. Sekian harap maklum

Rakyat perihatin.






______________________
Terbitan : 26 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com