Tips untuk Ust. BunyaminAssalamualaikum, Saya cuba ingin menyampaikan mesej ini kepada Ust. Bunyamin yang mungkin ketandusan idea untuk berpolitik.. Jika Ust. berminat ....molek juga jika menggunakan isu kenaikan harga minyak yang mungkin akan diadakan buat kali ketiga dalam waktu yang singkat seperti yang dihebahkan oleh Mahadeykutty. Tolong hentam habis-habisan dan halang kerajaan dari menaikkan harga petrol yang akan membebankan seluruh rakyat marhaen.Buktikan dan dedahkan kepada seluruh rakyat dimana relevannya subsidi yang dicanangkan oleh Mahadey iaitu 5 billion setahun. Jika boleh anjurkan perhimpunan dan bantahan secara besar-besaran diseluruh negara,Jangan bagi muka dekat paria-paria UMNO terus mengikis duit rakyat .Rentangkan banner diseluruh kawasan srategik untuk menunjukkan protes rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.Ust. Bunyamin itu saja yang saya nak minta .....tolong organise kempen ini.... kalau yang ini ............. malas lah ambo nOK ghoyak lagi. Kepada Melayu dan Siam haprak di Pendang yang mengundi UMNO kerana termakan umpan $20,kain pelekat,beras 5 kilo hampa tengok betoi-betoi ......dia belanja 40Juta dalam pilihanraya kecil Anak Bukit & Pendang merasuah lepas tu nak gagau balik dari rakyat ....yang susah sapaaa ?????????Jangan jadi bodoh Kepada ahli UMNO yang lama dok meluat kat UMNO jom sama -sama join kami membuat bantahan kenaikan harga petrol dll.yang mungkin diumumkan dalam BUDGET 2003 coming soon. Sekian Wassalam Pas Penang
.................. Harga petrol dijangka naik -- PM beri jaminan kenaikan adalah kecil dan tidak membebankan rakyat Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN dan AKMAR HISHAM MOKHLES KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan bahawa kenaikan harga petrol yang akan berlaku adalah kecil dan tidak membebankan rakyat. Perdana Menteri menjelaskan kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menampung jumlah subsidi yang semakin meningkat akibat pertambahan penggunaan bahan api itu di dalam negara. Beliau tidak menolak kemungkinan kenaikan itu akan dilaksanakan dalam jangka waktu terdekat. ``Harga petrol kalau naik pun tak banyak. Yang jadi masalahnya apabila ia naik satu peratus, orang nak naik barang-barang lain sebanyak itu juga. ``Itu tak kena kerana input petroleum ke dalam apa jua perniagaan yang mereka lakukan, begitu kecil dan paling banyak mungkin 10 peratus,'' katanya. Sehubungan itu, Dr. Mahathir menyelar sikap peniaga yang mencari alasan menaikkan harga barangan mereka secara berlebihan untuk mengaut keuntungan. ``Sedangkan kalau kerajaan kenakan kenaikan satu peratus dan kos petrol dalam perniagaannya ialah 10 peratus, ini bermakna mereka hanya perlu menaikkan harga barangan pada 0.1 peratus,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program `Utamakan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang' anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, semasa lawatan jemaah menteri ke kementerian itu di sini. Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengenai cadangan kerajaan meningkatkan harga petrol secara berperingkat-peringkat. Menurut Muhyiddin, langkah itu bertujuan mengurangkan beban kerajaan menanggung jumlah subsidi sebanyak RM6 bilion setahun. Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, kerajaan memang tidak bercadang menghapuskan sama sekali pemberian subsidi petroleum. Bagaimanapun, menurutnya, jumlah peruntukan untuk menampung subsidi itu semakin mengecil kerana rakyat di negara ini sekarang menggunakan lebih banyak petroleum daripada dulu. Dengan memberi contoh, beliau berkata: ``Dulu kita gunakan 300,000 tong satu hari dan kita keluarkan 650,000 tong sehari. Jadi kita jual 350,000 tong dan kita dapat keuntungan daripadanya dan gunakan untuk subsidi 300,000 tong itu. ``Sekarang ini kita gunakan 550,000 tong satu hari dan kita cuma mempunyai 100,000 tong untuk jual. Daripada 100,000 tong yang kita jual, kita tak dapat duit banyak sedangkan kita kena subsidi jumlah minyak yang lebih banyak.'' Dalam hal ini, menurut Perdana Menteri, kerajaan akhirnya terpaksa mengambil daripada sumber lain untuk menampung subsidi petroleum. Justeru untuk menangani jumlah subsidi yang bertambah akibat penggunaan petroleum yang semakin meningkat, katanya, kerajaan terpaksa menaikkan sedikit harga petrol. Ditanya bila kenaikan itu akan berlaku, Dr. Mahathir berkata, ia masih belum ditentukan. ``Tak tahulah, kita ada menyemak harga petrol dan sekarang ini pun dilakukan tiap-tiap bulan. Tetapi kita tak naik harga lagi,'' katanya. Kenaikan terakhir harga petrol dan diesel ialah pada 1 Mei lalu iaitu sebanyak dua sen. Ini menjadikan harga petrol jenis RON 97 (premium) dan RON 92 (regular) masing-masing RM1.32 seliter dan RM1.28 seliter manakala harga diesel menjadi RM0.72 seliter. Oktober lalu, harga petrol dinaikkan sebanyak 10 sen seliter yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2002.
______________________
Diterbitkan oleh : |