SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Review konvoi BA ke Sg Buluh, ulangtahun kelahiran DSAI ke-559.30 pagi Rakyat marhaen mula berkumpul di Pejabat KeADILan Gombak untuk turut serta dalam konvoi sambutan hari jadi DSAI ke 55 di Sg.Buluh. Terdapat 6 ekor Siput Babi (SB) dalam kumpulan rakyat marhaen tersebut. 10.00 pagi Lebih 30 kenderaan rakyat marhaen telah bergerak secara konvoi ke Sg.Buluh dengan diketuai oleh 2 buah motor berkuasa tinggi, dalam kovoi tersebut terdapat sebuah kenderaan siput babi (SB) yang berlagak macam hardcore reformasi, tapi itu biasalah bagi pendokong BA, tanpa SB ini kita tidak ada tekanan. 10.10 pagi Dihadapan sebuah stesen minyak Petronas Gombak, seorang anggota traffik sedang melapurkan kepada ketuanya berapa jumlah kenderaan yang berkonvoi ke Sg.Buluh. Punyalah takut dan risaunya pihak polis dengan konvoi kami sehingga begitu teruk perhatian yang diberikan. Kami telah dimaklumkan oleh petugas kami di Sg.Buluh, seluruh laluan ke penjara Sg,Buluh telah diadakan sekatan jalan raya. Jadi kami akan terus dengan hasrat kami untuk menyambut Majlis ulang tahun DSAI di Sg,Buluh juga walau apa pun terjadi. 10.30 pagi Rombongan konvoi telah sampai di stesen minyak Shell di BBS,jalan menjadi jem teruk, kami sekali dimaklumkan pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya dihadapan berek Tentera yang mana pada tahun lepas pihak polis telah dikurung dan dipukul oleh anggota tentera kerana menceroboh berek tersebut. Maka rombongan konvoi terus berhenti dan berjalan kaki ke tempat sekatan polis tersebut. 10.35 pagi Dengan keputusan beberapa pendokong BA, kita membuat keputusan akan melansungkan majlis sambutan harijadi DSAI ke 55 ditapak tahun lepas, yakni hadapan berek Tentera dan bersebelahan sekatan jalanraya polis. Pihak polis menjadi kelam-kabut kerana mereka tidak menyangka rakyat marhaen terus dengan majlis mereka tanpa rasa takut dan bersalah. Para reformis telah merentangkan banner sambutan hari jadi DSAI. 10.45 pagi Keadaan menjadi tegang kerana kumpulan Lori Merah serta Topi merah telah sampai, mereka mula menyusun anggota untuk menyerang para reformis. Pihak BA telah berbincang dengan salah seorang pegawai Polis untuk mengadakan majlis potong kek serta bacaan doa, pegawai tersebut telah membenarkan majlis itu berlansung selama 10 minit. Tak sampai 5 minit perkara luar jangkaan telah berlaku kerana seorang anggota FRU berpangkat sarjan telah mengarahkan anggotanya untuk merampas banner ketika bacaan doa sedang dibacakan, maka terjadilah pertandingan tarik Banner antara FRU dan Reformis, akhirnya pihak Reformis telah memenangi pertandingan tersebut. Akibat dari kekalahan dalam pertandingan tarik banner tersebut, anggota FRU berpangakat Sarjan naik berang dan terus mengarahkan anggotanya menangkap Sdr. Johnson (Pemuda PRM), dalam kejadian tarik-menarik serta heret-mengheret ini baju Sdr.Johnson telah koyak, beliau sendiri telah dikasari oleh anggota FRU tersebut, dalam waktu yang sama Datuk Sanusi (Pemuda KeADILan) telah dikasari sehingga terjatuh dan dikerumi oleh anggota FRU seramai lebih dari 10 orang serta ditahan secara rakus. 11.10 pagi Keadaan semakin tengang, pihak Reformis telah mendesak pihak polis membebaskan tahanan kerana menahan mereka tanpa sebab serta bertindak kasar. Dalam waktu ini seorang peguam wanita (wanita PRM) dan beberapa orang Reformis telah berhujah dengan pegawai polis yang memberikan kebenaran untuk berhimpun, dalam waktu inilah kita melihat anggota polis yang berpangkat pegawai tidak mampu untuk menjawap segala hujah mengenai undang-undang serta hak rakyat dalam perlembagaan Malaysia, terasa macam pihak polis ini tidak pernah masuk kelas undang-undang semasa nak dilantik sebagai pegawai polis. Tapi anggota FRU yang berpangkat Sarjan nampaknya naik berang sekali lagi, dia telah mula menyusun orang-orangnya menyerang Reformis sekali lagi dan bertegang-urat dengan para Reformis, apa bila ditekan dengan pelbagai soalan dia hanya menjawap Kami hanya mengikut arahan dan menjalankan tugas , apa bila para reformis menyoal semula kepada pegawai polis yang membenarkan perhimpunan ini siapa yang mengarahkan FRU menyerang dan menangkap, pegawai tersebut berkata Kami tidak mengarahkan FRU menyerang dan menangkap anda semua, kerana anda diberi kebenaran 10 minit untuk menyelesaikan majlis ini , jadi kami Tanya lagi siapa yang serang dan tangkap reformis tadi, dia jawap FRU lah tanyalah dengan pegawai mereka ??? Satu jawapan bodoh dari seorang anggota polis yang berpangkat pegawai. 11.20 pagi Setelah tidak tahan dengan tekanan para refomis dan tidak ingin bertanggung-jawap terhadap kejadian serangan serta penangkapan reformis, pihak FRU dengan muka toyanya terpaksa membebaskan Sdr. Johnson dan Datuk Sanusi dihadapan orang ramai serta anggota Tentera di BBS, kerana tiada seorangpun anggota polis yang berpangkat pegawai nak bertanggungjawap dengan arahan menyerang dan menangkap reformis tersebut, dilihat muka anggota FRU berpangkat Sarjan tadi merah padam kerana malu serta kecewa apabila pegawainya sendiri tidak memenangkan tindakan FRU itu. Ini telah membuktikan pihak FRU telah bertindak membuta tuli serta mengikut hukum ditangan sendiri tanpa usul periksa. Apabila timbul masaalah siapa perlu dipertanggungjawapkan, mereka pakat-pakat lepaskan tengkuk masing-masing. Perangai mereka tak ubah macam penjilat UMCINO / BeND suka lepas diri sendiri dan mengkambing hitamkan orang lain untuk lepaskan diri. 11.25 pagi Apabila Sdr. Johnson dibebaskan, dia telah bertanya dengan pegawai polis disana, siapakan yang menjadi ketua operasi hari ini, dan atas sebab apa dia ditahan dan dikasari, sekali lagi adengan bodoh telah berlaku, kerana tiada seorangpun pegawai polis nak mengaku dia adalah ketua operasi pada hari ini, mereka senyap membatu .mereka tak ubah macam lontar batu sorok tangan serupa macam ketua mereka MAHAHAPRAK. Adakan pasukan polis tak de ketua punyalah dungunya polis kerana bertugas tanpa ketua dan arahan rasmi .he..he..he. Tapi yang paling hebat Siput Babi (SB), perangai mereka over-acting kerana nak provokasi reformis supaya menyerang FRU, mengikut kajian rambang ada lebih kurang 30 orang Siput Babi (SB) yang menyamar jadi reformis, tapi kalau dah jenis makan duit haram, berlakon macam manapun orang tau kamu tu SB. 11.35 pagi Para reformis telah mula bersurai, tapi FRU masih tak berpuas hati lagi, mereka terus masuk kekedai-kedai dihapan berek Tentera tersebut, mereka mencari kumpulan reformis untuk dijadikan mangsa rakus mereka . Kalau dah jenis anjing perangai anjing jugalah sikap mereka. 11.40 pagi Kumpulan Konvoi telah berpatah balik ke Pejabat KeADILan Gombak dan sampai disana kira-kira 20 minit kemudian. Terdapat 6 ekor lagi Siput Babi (SB) telah menunggu ketibaan peserta konvoi di Pejabat KeADILan, mereka tunduk malu mereka kami kenal mereka, kami tetap pelawa mereka join majlis kami kalau tak malu. 12.00 t/hari Sdr.Zunar telah memberikan ucapan terima kasih peserta konvoi kerana sanggup menghadapi rintangan ke Sg.Buluh, Sdr Badrul (Exco Pemuda KeADILan), Pak Lang (Abang Ipar DSAI) , Datuk Sanusi (Exco Pemuda KeADILan) dan Pn. Fauziah Salleh (Ketua Wanita KeADILan) turut menyampaikan ucapan mereka. 12.30 petang Majlis bersurai dengan penuh rasa kepuasan tergambar diwajah para reformis kerana tujuan dan hasrat menyambut harijadi DSAI ke 55 tercapai walaupun terpaksa menghadapi keganasan dari pihak POLIS anjing upahan BeND / UMCINO yang sentiasa takut dengan BA. SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA TAKUT HADAPI RISIKO PSARAFHQ 12/8/2002.
Diterbitkan oleh : |