SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

UMNO TG.KARANG PENGEDAR DAUN GANJA

Baru-baru ini masyarakat Melayu Tg.Karang gempar dengan kesah Zainal Hj.Jumani yang tertangkap kerana memiliki 30 kg. ganja didalam keretanya. Zainal ditangkap dirumahnya di Lorong Melor,Jl.Sg.Kajang,Tg.Karang pukul 3 pagi Jumaat pada awal Ogos 2002 setelah diekori oleh beberapa pegawai polis Kuala Selangor.

Bagaimanapun Zainal telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 5000.00.Pada peringkat awal, Zainal dikenakan ikat jamin RM 10,000.00 tetapi telah diturunkan kepada RM 5000.00 setelah Khir Toyo menghantar barua-baruanya seperti Ali Petronas (yang bangkrap di Tg.Karang), Nor Awal Shamsudin dan Raja Nan (JPS Tg.Karang) untuk membuat tawar menawar dengan pihak polis K.Selangor.

Menurut mereka yang arif dengan undang-undang,dijangkakan hukuman yang bakal diterima oleh Zainal yang tertangkap dengan 30 kg ganja adalah penjara antara 5 hingga 10 tahun dan sebat rotan antara 3 hingga 5 kali. Tetapi Khir Toyo dengan barua-baruanya akan berusaha untuk mengurangkan hukuman keatas orang kuatnya Zainal bin Hj.Jumani dengan cara memenuhkan mangkuk-mangkuk kosong dengan fulus-fulus di balai-balai polis Kuala Selangor,Klang dan Shah Alam.

Ini adalah kali dengan Khir Toyo dan konco-konca Umno Tg.Karang cuba menutup malu dalam masa kurang dari dua bulan.

Kes pertama adalah kes seorang guru,Tohirin yang juga setiausaha Umno Kg.Dato’Manan yang merogol seorang pelajar sejak berumur 13 tahun.Khir Toyo dan Umno Tg.Karang telah cuba membuat tawar menawar dengan pihak berkuasa untuk membebaskan cikgu Tohirin yang yang dituduh merogol pelajar 13 tahun.Tohirin juga dibebaskan dengan ikat jamin RM14,000.00

Dan Zainal Hj.Jumani ,pengedar dadah adalah kes kedua berlaku dalam masa Khir Toyo menjadi ketua Umno Tg.Karang yang akan diberikan perlindungan oleh Umno.

Zainal Hj.Jumani memang sudah terkenal sebagai penagih dadah sejak masih bekerja di JPS lagi. Setelah dibuang kerja ia mulai memulakan perniagaan dan aktif dalam Umno sehingga dipilih oleh Khir Toyo menganggotai AJK Pemuda Tg.Karang.Kini Zainal bukan sahaja meneruskan tabiat sebagi penagih malah menjadi pengedar dadah kepada masyarakat Tg.Karang.

Oleh kerana Zainal menjadi orang kepercayaan Khir Toyo di Kg.Karang ,maka Zainal diberikan kerja-kerja kontak pemotongan rumput di lebih dari 10 buah sekolah dalam daerah K.Selangor dan Sabak Bernam.Dengan modal yang bertambah dan sifat tamak orang Umno,Zainal telah memperluaskan jaringan perniagaan melalui pengedaran dadah disekolah-sekolah. Zainal telah melantik mandor-mandor yang juga penagih dadah menjaga kerja –kerja pemotongan rumput disekolah-sekolah. Dalam masa yang sama penagih dan yang menjadi mador potong rumput ini akan membekalkan dadah kepada pelajar sekolah di Tg.Karang dan Sabak Bernam.Maka bertambah ramailah pelajar sekolah terjebak dengan najis dadah.

Disamping itu , Zainal jugalah yang banyak membekalkan dadah kepada sebahagian besar pemain bola di Tg.Karang terutama pemain-pemain kelab .

Putera Tanjong.







______________________
Terbitan : 5 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com