Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

ANALISIS POLITIK DUNIA PASCA PERANG DINGIN

Orang Arab yang faham Al Quran
telah lama membaca
"Wa lan tardho 'an kal Yahudu wa lan Nasorro hatta
tattabi'a millatahum"
Yahudi itu boleh dibaca Israel
Nasorro itu boleh dibaca Amerika
tetapi sejarah politik Arab cukup menarik
Arab mengimport Lawrence of Arabia
untuk menghalau Uthmaniyah Turki
ARAMCO tercokol di bumi Arab sejak 1930-an
menyedut minyak Arab
kini di Dahran ada pangkalan tentera Amerika
ini yang membikin Usama
marah
fikrah Usama merisaukan
zu'ama'
Saddam pun tak seronok dengan Usama.

Iran dibaca akan memberikan misil
kepada Iraq
ini merisaukan Amerika
Arab Saudi merisik pula
nuklir Pakistan
ini merisaukan Amerika
scud Saddam boleh musnah semuanya
ia akan dihalakan ke atas Israel
anak emas Amerika
proxy Amerika di Timur Tengah
ini merisaukan Amerika
Syria tidak boleh dipulas tengkuk
Amerika mula jengkel dengan Arab Saudi
Serangan Amerika ke atas Iraq
cuma ada satu tukang angguk yang miskin
Jordan yang tak punya apa-apa
Turki kini sedang pening kepala
ekonomi parah
nak masuk EU hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
Ecevit PMnya umur 77 tahun sudah sakit-sakit
pilihanraya kena dipercepatkan
Amerika tetap pening kepala
Amerika jadi batu api
agar Iraq serang orang Kurdis
agar Iran serang orang Kurdis
agar Turki serang Kurdis
di atas dendam
Salahudin Al Ayubi itu adalah dari bangsa Kurdis
Kurdistan memang tidak ada di dalam peta
Bush Junior lepas 11 September
selepas WTC runtuh tersasul
menyebut "crusade" opps!!!!!!against terrorists
atau "against Islam???"
ternyata bayang-bayang Salahudin masih
menghantui Amerika.

Tatkala Bill Clinton tercium Monicka
Amerika menyerang Iraq
kini setelah Enron lingkup
diikuti dengan WorldCom
Amerika bersiap-siap untuk menyerang Iraq lagi
Amerika mau cuba F-22 pesawat Raptor
dengan smart bomb
kali ini akan ditelanjangkan Iraq habis-habisan.

Tetapi kali ini Eropah tak ghairah untuk bersekongkol
dengan Amerika
justifikasi Amerika
kurang ummmphhhhhhh!!!!
untuk mengganyang Saddam
saham New York terus merudum
Arab yang buta mulai celik
mantan Al Qaedah kini jadi bodyguard istana Saudi
Palestin terus membara
Amerika mengundang api
PERANG DUNIA KETIGA.


Ramli Abdul Rahim
Malaysia
9 Ogos 2002







______________________
Terbitan : 11 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com