SPR Sekadar Meneruskan Kerja Politik UMNO/BN!!!Tambahan Kerusi Parlimen Dan DUN: Sekadar Memuaskan Nafsu Politik UMNO/BN!!! Rakyat yang celik politik dan tahu undang-undang akan mengerti bahawa amalan menambahkan kerusi Parlimen dan DUN bagi negeri-negeri adalah menurut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memang diperlukan oleh rakyat keseluruhannya yang berada dalam sistem demokrasi sebenar. Bukan main ikut suka SPR sebagai badan bebas yang telah diberi amanah berat itu. Bukan juga semata-mata ikut selera dan nafsu politik parti yang memerintah, khususnya UMNO/BN sekarang ini. Tambahan kerusi ini mesti benar-benar suatu keperluan yang dikehendaki negara dan rakyat. Bukan kerana kemahuan 'elit' penguasa politik rakus, rasuah dan menyelewengan dengan menyalahgunakan kuasa politik mereka. Tetapi yang rakyat tidak suka itulah yang menjadi-jadi dalam negara hari ini, dalam kebanyakan institusi dan sistem pemerintahan negara sudah rosak. Kerana kewujudan institusi atau sistem pemerintahan hari ini lebih besar matlamatnya adalah bagi mempertahankan penguasa rakus, rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa. Undang-undang dirombak, digubal dan dipinda berkali-kali tidak lebih dari sekadar untuk terus mencengkam kuku kuasa sang penguasa yang rakus, rasuah dan menyeleweng itu. Seterusnya demi mempertahankan segala kerja dan tindakan mereka. Manakala rakyat diikat tangan, kaki, disumbat mulut, ditutup telinga dan mata dibutakan dengan pelbagai deraan, ugutan, rasuah, ancaman dan berbagai-bagai lagi. Asalkan sang penguasa yang jahat, zalim, rakus, rasuah, penyamun, perompak dan penyeleweng terus kekal berkuasa. Rakyat di kampung-kampung pasti tidak faham semua ini. Mereka tidak memikirkan isu-isu seperti itu secara mendalam. Mereka hanya tahu ada makanan makan, ada RM beli, ada balairaya mesyuarat, ada jalanraya boleh jalan, ada tangki air isi dengan air, ada papan, zink, bata buat rumah, ada benih tanam, ada pemimpin UMNO/BN datang merekapun datang tengok pemimpin. Yang pasti mereka tidak tahu sama ada yang datang itu kaki rasuah, kaki penyamun, kaki betina, kaki penjilat, kaki....Atau RM yang dihulur, papan, zink, tangki dan lain-lain yang dihulur dan agihkan kepada mereka itu dari sumber rasuah, tipu, haram atau halal. Rakyat di kampung-kampung ditahu dan langsung tidak mengerti hakikat perkara yang terjadi di depan mata. 25 Parlimen Dan 59 DUN Johor dan Sabah adalah dua negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO/BN paling banyak mendapat kerusi tambahan sama parlimen atau DUN dengan masing-masing mendapat Johor (6 Parlimen, 14 DUN) dan Sabah (5 Parlimen, 12 DUN). Kemudian diikuti Selangor (5 Parlimen, 6 DUN), Pahang (3 Parlimen, 4 DUN), Pulau Pinang (2 Parlimen, 7 DUN), Perak (Satu Parlimen, 7 DUN), Negeri Sembilan (Satu Parlimen, 4 DUN), Melaka (Satu Parlimen, 3 DUN), Kelantan (hanya 2 DUN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Satu Parlimen). Negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak ada pertambahan. Persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR itu, sekiranya mendapat kelulusan Parlimen dan DUN bermakna kedudukan bilangan kerusi Parlimen akan bertambah dari 194 kepada 219. Sementara DUN pula daripada 504 kerusi kepada 563. Pertambahan ini juga bererti pertambahan perbelanjaan negara dan negeri. Rakyat tentu mengharapkan ia memberi suatu yang lebih positif kepada rakyat, negara dan negeri keseluruhannya. Lebih penting amalan demokrasi benar-benar meresap dan dipraktikkan di mana jua dalam negeri ini demi menegakkan keadilan dan ketelusan dalam sistem pemerintahan. Cadangan pertambahan yang dicadang oleh SPR itu bukanlah suatu yang muktamad. Kerana mengikut undang-undang ia mesti terlebih dulu mendapat kelulusan suara majoriti di Parlimen dan DUN bagi negeri yang mendapat pertambahan yang dicadangkan oleh SPR itu. Melihat reaksi parti-parti politik jelas tidak semua setuju, tetapi di pihak UMNO/BN semua sokong kerana sudah diatur secara silap mata oleh agen UMNO/BN yang berada dalam kandang SPR. Sebab ia memberikan keuntungan politik kepada UMNO/BN. Kes seperti ini sudah terjadi kepada negeri Sabah dulu ketika PBS menguasai kerajaan negeri, BN yang diwakili UMNO dan sekutunya di Sabah amat gelisah bagaimana mahu memerintah Sabah dalam keadaan PBS masih kuat, maka satu strategi politik 'pengecut' dan diluar amalan demokrasi dilakukan dengan berselindung dibalik SPR, dan SPR telah membuat syor persempadanan semula kawasan pilihanraya negeri Sabah yang bermatlamat menguntungkan politik UMNO/BN. Walaupun mendapat bantahan PBS dan rakyat, disebab kerajaan pusat dikuasai UMNO/BN agenda mereka tidak ada rakyat, apa lagi parti politik yang mereka musuhi, pasti tidak akan mereka layan bantahan tersebut, sungguhpun SPR itu sebuah badan bebas pada namanya. Tetapi manusia yang berada dalam SPR yang mengendalikan SPR itu sudah dilanda penyakit sindrom ketakutan...tidak berwibawa, tidak berkecuali dan tidak profesional. Akhirnya, SPR benar-benar menjadi barua dan lebih barua dari jenis barua yang sudah wujud sekian lama di bumi Malaysia ini. Tambah Kerusi Kerana Untuk Survival UMNO/BN Langkah SPR itu satu langkah baik bagi memudahkan rakyat mendapat segala hak mereka sebagai rakyat negara ini melalui sistem demokrasi yang membenarkan rakyat melantik pemimpin yang akan membawa suara mereka sama ada dalam Parlimen atau DUN. Disebabkan beberapa faktor seperti geografi yang luas, populasi yang bertambah, pembangunan dan demi memudahkan pentadbiran satu-satu kawasan. Namun, dalam situasi politik Malaysia hari ini yang dikuasai secara rakus dan tanpa moral oleh satu parti politik yang memerintah dengan secara zalim serta samsengnya mereka mentadbir urusan negara dan terhadap rakyat negara ini mereka lakukan cukup tidak menggambarkan prinsip demokrasi dan keadilan sebenarnya. Dan banyak bukti yang menjelaskan betapa UMNO/BN selama menguasai persada politik negara ini terutama sekali di zaman kezaliman Dr Mahathir sebagai PM dan presiden UMNO/pengerusi BN yang teramat banyaknya membuat onar dan jenayah politik dengan memperkudakan seluruh sistem negara ini berada dibawah cengkaman politik rakus, rasuah, tidak bermoral dan salahguna kuasa yang sudah membarah dalam kepimpinan UMNO/BN. Rakyat dan pemimpin yang menentang dan berusaha membasmi rasuah dituduh sebagai penjenayah, menentang kerajaan dan sebagainya. Sementara menteri, pegawai tinggi kerajaan menjadi perasuah, penyamun dan merompak wang harta rakyat dibela, dipertahankan dan terus kekal menjadi menteri, pegawai tinggi dan tidak boleh didakwa. Kerana golongan ini setia menjadi penjilat nombor satu kepada sang 'elit' penguasa yang berada di singgah sana. Seluruh institusi dan sistem yang ada dalam negara ini telah, sedang an akan terus diperguna semaksima dan seliciknya untuk terus mempertahan kuasa UMNO/BN oleh mereka yang mahu diperkudakan dan di'barua'kan segelintir para pemimpin UMNO/BN yang merasakan negara ini adalah milik peribadi, milik syarikat UMNO/BN and kroni's. Hatta SPR yang berstatus sebuah badan bebas itupun menjadi 'kuda' dan barua UMNO/BN demi memelihara survival politik rakus, rasuah dan tamak para pemimpin UMNO/BN yang dikepalai oleh Dr Mahathir, Pak Lah dan kroni mereka yang ada di mana-mana...di RTM ada, di SPR ada, polis ada, tentera ada, bank ada hatta di desa-desapun ada barua mereka yang akan mengiyakan secara buta tuli apa saja kata-kata penguasa yang dipuja-puji oleh mereka itu. SPR Adalah Badan Bebas, Tapi Beberapa Individu Dalam SPR Dipersoal Ketelusan Mereka Rakyat menghormati SPR sebagai badan bebas. Tetapi beberapa individu yang berkuasa dalam SPR yang sudah hilang kredibiliti mereka kerana mahu diperkudakan dan di'barua'kan oleh penguasa 'elit' politik dalam UMNO/BN. Ini yang menjadi halangan bagi terjelmanya erti demokrasi dan keadilan sebenar dalam proses pilihanraya dalam negara ini. Percayalah selagi senario ini terus berlaku dalam SPR dan sistem negara yang lain yang sanggup menjadi kuda tunggangan kepada penguasa 'elit' politik yang rakus, rasuah, tamak, angkuh, ego, rasa mereka semacam 'tuhan' dan mereka adalah golongan yang sakit jiwa bila dikritik segala macam kemungkaran politik yang mereka lakukan selama ini. Jadi apakah rakyat mempercayai bahawa cadangan persempadanan yang dibuat oleh SPR itu benar-benar bebas dari unsur-unsur campurtangan daripada golongan penguasa 'elit' yang takut kehilangan kuasa. Kalau itulah rancangan bermuslihat lagi jahat mereka dan SPR pula bersedia bersekongkol dengan agenda jahat itu. Mereka harus ingat bahawa ada lagi perancang yang lebih hebat dan tidak mungkin di atasi oleh sesiapapun dikalangan manusia sekali manapun besar dan kuat kuasa yang mereka pegang untuk terus mencengkam kuasa ke atas rakyat negara ini. Itulah kuasa Yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa. Rancanglah, sekiranya tidak mendapat izin-Nya percayalah rancangan sejahat dan buruk UMNO/BN yang mem'barua'kan SPR tidak akan sampai ke mana. RAKYAT YANG CINTAKAN KEADILAN, DEMOKRASI DAN KERAJAAN YANG BAIK TENTU TIDAK AKAN MERELAKAN DIRI MEREKA MEMBANTU KERJA-KERJA BURUK LAGI JAHAT ITU.
TERUSKAN PERJUANGAN MULIA INI
ALLAHU AKBAR!!!
Ibn Sabah,
______________________
Diterbitkan oleh : |