Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu BI adalah isu duit??

Oleh : Anonymous

Mahathir hari ini mengakui bahawa hasrat kerajaan untuk melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana kerajaan bercadang hendak menggunakan program pengajaran (software)komputer yang menggunakan bahasa Inggeris. Khabarnya program ini akan dibeli oleh kerajaan dengan nilai beratus juta ringgit dan akan diberi kepada Aziz Shamsuddin and the geng.

Semua alasan yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini hanyalah semata-mata alasan palsu. Kerana motif sebenar adalah duit.

Program pembinaan mata pelajaran sains dan matematik yang telah dibuat oleh mimos dan telekom Malaysia yang menggunakan bahasa melayu telah dibakulsampahkan semata-mata untuk mendapatkan program yang yang di cadangkan oleh Aziz Shamsuddin and the geng yang menggunakan bahasa Inggeris.

Pada mereka ini go to hell dengan dasar pendidikan kebangsaan asalkan poket mereka penuh.

Perhatikanlah mereka sedang menjual maruah diri bangsa ini satu persatu.






______________________
Terbitan : 31 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com