Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Akulah Merdeka

Suara suara menyumbang sumbang
Laungan kemerdekaan berkumandang
Bagaikan negara baru nak dimerdekakan

Hebat sungguh jeritan
Bagaikan ibu mau melahirkan
Bimbangkan maut dihadapan
Nyawanya ditengah keributan

Kelahirannya berbogel…telanjang
Keluarnya dari alam kepompong
Bebas dari dikongkong
Kata katanya lompong
Genggamannya kosong
Sepakkannya menerajang sombong

Rengek tangis bermakna…ada .kekurangan
Perut kosong nakkan susuan
Matanya membeliak mencari harapan
Telinga berderia tapi bercelaruan

Detik berlalu masa melangkah
dipimpin berzaman dipapah bersejarah

Alam remajanya dilalui gagah
Membujur lalu melintang patah
Didepan wawasan sentiasa dititah
Demi agama tiada lupa menyembah
Demi bangsa terpelihara budi bermaruah
Demi negara biar bertumpah darah
Biar hancur badan berkecai ditanah
Namun negara tidak terbiar dijajah
Semangat jatidiri makin menyerlah

Aksara merentasi luang……
Menjelmalah empat puluh lima…. angka matang

Susuk tubuh masih bertenaga gagah
bila berkuasa.…. makin lemah
Berwajah tampan masih menawan
bila tersenyum….makin hambar
Berkata yang indah masih memikat hati
bila bersuara …..makin tak sedar diri
Berakal waras mampu merempuh wawasan
bila berfikir…makin mengelirukan

Indah pakain berjenama Jalur Gemilang
Makin dikibar makin mampir jembalang
Mengilai ngilai pari pari memburu mambang
Menghantui fikiran yang waham lantas walang
Mencurigai kemerdekaan yang dicanang

yang kena fitnah dipenjarakan
yang buat fitnah dibiarkan
yang menyanggah tersimpan dikurungan
yang berceramah disempadankan
yang 'Alim ilmu dipisahkan
yang hakim menjalangkan hukuman
yang membodek mengorek habuan

APAKAH INI DINAMAKAN MERDEKA???

Canggih sungguh remaja melayu berbudaya
Melulur pelir dikhalayak…megah.. berbangga
tanda setiakawan…tatacara.diretui bangsa
Tak pernah pun ditegur untuk berubat?
Tok Guru ilmuan Penyeru sejagat
Katanya :taat Allah taat Rasul.. jangan jahat
tapi malang…dia pula dipaksa "bertaubat"

Demokrasi dikasi, benih memupus
Kuku besi pula mencengkam halus
Berselindung disebalik hati kudus
Membela nasib M@RHAEN kononnya tulus
Sedarkah kalian banyak yang akan terhapus
Tunggu!!! dunia tanpa sempadan kita berurus

Sekian

Wallahualam

Sorayanii.com
Indera Kayangan 27 Ogos 2002

DJ2@RMP-"Air yang tenang jangan sangka tiada buaya"






______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com