SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Petanda buruk di Masjid Putra Jaya

Assalamualaikum wm wbt

Petanda buruk di Masjid Putra Jaya.

Sekali lagi saya tidak dapat elak dan terpaksa ke Masjid Putra Jaya untuk solat Jumaat. Dan sekali lagi syaf-syaf di bahagian belakang tidak penuh dan terputus-putus dengan teruknya. 4 syaf-syaf di belakang dengan senang boleh dijadikan satu syaf sahaja. Walau pun masjid tak penuh, tetapi terdapat 3 syaf-syaf yang tidak penuh di ruang luar (foyer). Begitulah bagaimana teruknya syaf-syaf yang tidak penuh dan terputus-putus di Masjid Putra Jaya.

Ini bukan kali pertama saya melihat syaf-syaf yang terputus-putus dengan teruknya di Masjid Putra Jaya. Menurut Hadith jika terdapat syaf-syaf yang tidak rapat dan berputus-putus, keadaan sedemikian antara lainnya adalah tanda akan berlaku atau pun sudah berlaku perpecahan umah. Setakat mana dahsyatnya perpecahan itu? Adakah membawa kepada pertmporan darah? Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Boleh dirumuskan perpecahan umah itu berpunca dari Putra Jaya, iaitu dari Mahligai Mahafiraun. Entahlah. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Mungkinkah penindasan keatas Islam oleh pihak UMNO-BN akan meningkat ke tahap yang akan mencetuskan pertemporan darah.

Mungkinkah UMNO-BN dalam pada melayani selera Amerika Syarikat yang ketagihkan darah umat Islam itu akan bertindak dengan lebih kejam keatas orang-orang yang berjuang untuk memartabatkan hukum-hukum Allah SWT. Dan dari tindakan UMNO itu akan berlaku pertemporan darah yang dahsyat?

Allahu Akbar!

Tarabulsi







______________________
Terbitan : 10 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com