Siti Nurhaliza dan UlatKeluar makan tengahari tadi, bila terbaca berita Harian Metro kisah Siti Nurhaliza memenangi pertandingan nyanyian "Voice of Asia" di Kazakhstan semalam, terus saya teringat satu kuliah mengenai kisah ULAT. Sebab yg saya boleh teringat tu kerana dalam kisah yg diriwayatkan oleh Ustaz berkenaan, ada disebut nama Siti Nurhaliza, penyanyi sensasi negara masa kini. Kata Ustaz tersebut, lebih kurangnya: "Apalah yg kita nak megah sangat dengan apa yg kita ada ini; kalau lawa ka, handsome ka, kaya ka, berpangkat ka apa ka, apa yg nak megah sangat, mati esok kita jadi ULAT juga. Bila kita dah hancur penuh dengan ULAT kat tubuh badan kita tu nanti, tak dak sapa pun teringin kat kita aih" Tambah Ustaz tu lagi: "Kita ini, mati esok pun jadi ULAT balik, dulu pun sebelum kita ada tubuh badan kita ini, kita ini semuanya asalnya semuanya ULAT. Tak percaya cuba ambik air mani (sperma) kita tu, cuba tengok betul-betul bawah microscope....boleh nampak ULAT-ULAT tu. Ringkasnya, kita ini semuanya asalnya dari ULAT; hang Dr Mahathir ka, hang Yang Dipertuan Agong ka, hang "SITI NURHALIZA" ka sapa ka, hang semua asalnya ULAT" So, kata Ustaz tu: "Apa yg kita nak bangga sangat dengan tubuh badan kita, harta dan pangkat kedudukan kita nie....asal kita semuanya sama saja, asalnya ULAT....lepas tu hancur lebur nati, penuh dengan ULAT." Bila teringat kuliah ustaz pasal ULAT nie, terus saya teringat sepotong ayat dlm surah yassin yg selalu kami dok baca sejak akhir-akhir ini (sebab kat area nie banyak taman baru naik, selalu ada kenduri masuk rumah baru, depa jemput org masjid pi baca yassin rumah depa); bunyinya lebih kurang: "Awalam Yaral Insanu Anna Kholaqna Humin Nutfatin Faiza Huwa Khosimum Mubin" Maknanya lebih kurang: "Dan apakah manusia itu tidak melihat bagaimana kami menjadikan mereka daripada air mani yang hina (ULAT: geli & jijik); maka tiba-tiba mereka menjadi PENENTANG Kami yang nyata" Sebab tu kpd orang-orang yg menentang hukum hudud misalnya; kat depa-depa nie patut kena habag kat depa kata: "Oii, hangpa tu asalnya ULAT saja, asalnya ayaq mani yg hina, bila dah besaq panjang, bila Tuhan dah bagi Tubuh Badan, dah dapat gelaran Datuk Seri, dah dpt title YAB tiba-tiba berani hangpa pi kata: "Selagi Kami Memerintah, selagi itu Kami Akan Pastikan HUDUD Tak Akan Dilaksanakan di Malaysia"!! Appa punya ULAT.... -Temingat Di Belantara-
______________________
Diterbitkan oleh : |