SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dokumentasi artikel Internet
Untuk Pengundi Atas Pagar dan penceramah BA Arkib yang wujud sejak 1998 hasil daripada peristiwa penyingkiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bersumberkan daripada semua laman web reformasi, seperti Mahazalim, mahazalimtwo, pemantau, mahafiraun 2020, harakahdaily, tranungkite ; parti politik PAS, KeADILan, PRM dan DAP dan lain – lain perlu didokumenkan dan diedarkan . Semua artikel yang masih relevan dan dikira masih berguna seperti hal yang berkaitan dengan DSAI, kronisma, Nepotisma, kejayaan PAS/BA di Terengganu tahun 1999, kejayaan PAS/BA di Kelantan 1990, 1995 , 1990 dan 1999 , Rasuah Khir Toyo, Pilihanraya Kecil P11 Pendang dan N25 Anak Bukit dan seribu jenis tajuk lain. Ini adalah diantara bahan sokongan dan penyokong utama bagi pekerja di bahagian PERANG SARAF, khusus bagi menundukkan ahli - ahli UMNO/BN dan juga untuk menjinakkan pengundi - pengundi atas pagar. Ini kerana sistem pertahanan [ fizikal dan spiritual ] ahli – ahli UMNO telah musnah. Atas kebijaksanaan bahagian perang saraf untuk memasukkan dan memerangkap, masuk ke dalam BARISAN ALTERNATIF. Tindakan i. Wujudkan sekretariat dan Jawatankuasa Khas bagi mengendalikan kerja - kerja penyusunan, penyuntingan dan pengumpulan ini. Ini kerana , tidak dapat tidak, bagi mencapai kejayaan yang maksimum dan besar , kerja buat , HARUS, MESTI dan WAJIB dilakukan dengan penuh SISTEMATIK. ii. Adakan laman web yang khusus seperti www.BarisanAlternatif.com iii. Mengumpul semua dokumen yang berkenaan mengikut tajuk - tajuk yang khusus seperti Perbicaraan DSAI , Bank Bumiputra, Bakun, iv. Bina ' FILE FOLDER ' yang khusus bagi setiap tajuk v. Cetak dan edarkan kepada kumpulan sasaran utama, khususnya Pengundi atas pagar, ahli UMNO/BN vi. Kaji minat, pendirian dan kemahuan setiap [ kalau dapat ] pengundi atas pagar khususnya bagi golongan terpelajar dan pertengahan yang masih berkecuali dan tidak terikat dengan BN atau BA. Tetapi , ini tidak mustahil dilakukan, kerana telah ada konsep “UNDI SEPULOH” , iaitu kena jaga 10 orang pengundi [ kecuali PENGUNDI HANTU ] .Agihkan bahan dan dokumen yang sesuai. vii. Bahan dan dokumen boleh juga dijadikan rujukan dan 'Library' kepada penceramah - penceramah BA viii. Cara edaran boleh dibuat melalui masjid, surau, stesen bas, keretapi, lapangan terbang, coffee house, tempat ceramah dan pos DLL rajawali17@hotmail.com
Diterbitkan oleh : |