Kehadiran polis bukti sokongan kepada PAS semakin bertambahYang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya, Haji Sarom Haji Jais, menyifatkan kehadiran pihak polis di majlis "Sepagi bersama Tuan Guru" pada 3 Ogos lepas merupakan satu bukti bahawa sokongan rakyat kepada PAS di Ampang Jaya semakin bertambah. Program yang dihadiri oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Markaz PAS Kawasan Ampang Jaya, Taman Dagang Jaya telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang walaupun pihak polis telah membuat dua sekatan jalanraya di jalan-jalan utama ke markaz tersebut. Menurut Haji Sarom, sekatan-sekatan jalan dan kehadiran begitu ramai anggota polis serta penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) telah gagal menakutkan mereka yang mahu mendengar ceramah dari Menteri Besar Kelantan itu. Turut juga berceramah adalah Dr. Mohd. Hatta Ramli, AJK PAS Pusat. Haji Sarom berkata kehadiran pihak polis adalah satu usaha UMNO untuk membendung pengaruh PAS yang semakin hari semakin meningkat di Ampang Jaya. Ini pula ditambah dengan perebutan kuasa yang berlaku di antara pimpinan Bahagian akibat dari perebutan kontrak-kontrak dan komisyen-komisyen. Di dalam usaha mereka untuk mengagalkan program pagi tersebut, khemah yang dipasang di hadapan markaz PAS itu telah juga dirampas oleh MPAJ pada malam sebelumnya. Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Ampang Jaya, Abdul Jalil Hassan, UMNO dan PAS sentiasa bersaing untuk mendapatkan sokongan rakyat tetapi UMNO sepatutnya lebih kreatif di dalam usaha-usaha mereka. Mereka tidak seharusnya memperalatkan polis dan MPAJ untuk mencapai tujuan politik mereka. Taktik menggunakan polis untuk mengagalkan program-program PAS telah juga digunakan oleh UMNO di kawasan-kawasan lain di negeri Selangor di mana kemerosotan pengaruh mereka berada di tahap yang kritikal. Ramai yang ditemuramah semasa majlis tersebut telah menyarankan agar pihak polis tidak melakukan tindakan-tindakan yang akan menyebabkan mereka dituduh sebagai alat kepada UMNO. Keyakinan rakyat di Ampang Jaya terhadap pihak polis perlu dikembalikan terutamanya apabila telah berlaku kes-kes penyalahgunaan kuasa sepertimana apabila seorang pendatang asing telah dirogol oleh seorang anggota polis di Balai Polis Ampang. Sementara MPAJ yang selama ini sememangnya menjadi budak suruhan UMNO dan BN telah disarankan oleh mereka yang hadir supaya memulihkan imejnya. Khemah yang dipasang di Markaz PAS, Taman Dagang Jaya, telah rampas tiga jam selepas ianya dipasang pada jam 7.00 malam. Di dalam melakukan "kerja-kerja kotor" UMNO dan BN, MPAJ kelihatan begitu efisien. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah-masaalah lain seperti menangani penjualan CD-CD haram dan lucah di pasar-pasar malam, MPAJ begitu lembab kerana hampir setiap pasar malam di Ampang Jaya menjualnya tanpa gangguan sesiapa seolah-olah berlaku perfahaman di antara taukeh-taukeh CD dan Yang Di Pertua MPAJ.
Teropong Terbang
______________________
Diterbitkan oleh : |