Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Lagi-Lagi SRAR

Saya ingin merujuk kepada Nasib Sekolah Agama Rakyat Di Ampang Jaya yang telah dipaparkan.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah sikap Pejabat Agama sendiri.

Begini kisahnya. Kisah ini hampir sama saja dengan apa yang berlaku di Ampang Jaya tu, cuma caranya saja agak berlainan. Kejadian ini berlaku di Pejabat Agama Daerah Taiping yang baru-baru ini telah berlaku satu kecurian wang di dalam pejabat agama sendiri. Berapa banyak tak pastilah. Tetapi apa yang melucukan lagi menghairankan ialah pihak Pejabat Agama itu menuntut gantirugi daripada sekolah agama rakyat kawasan Taiping sebanyak RM 30.00 bagi setiap sekolah.

Anehnya, pejabat yang hilangkan duit tetapi sekolah yang kena bayar ganti rugi. Jadi siapa yang bertanggungjawab dalam soal ini? Adakah patut sekolah yang tidak tahu menahu pasal wang di pejabat yang tiba-tiba hilang dan sekolah yang dikenakan tuntutan ganti rugi?

Tidak mustahil perkara ini kerja orang dalaman. Takkanlah simpan wang di pejabat. Perkara sebegini telah berulangkali berlaku. Kenapa tidak disiasat?

Webmaster, kalau boleh tolong paparkan berita ini.

 

Tropong Taiping







______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com