Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?Falsafah `ibu ketam' gugat masa depan Melayu KUALA LUMPUR 4 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin memberi amaran bahawa `aliran falsafah kepimpinan ibu ketam' yang dipraktikkan oleh Pas boleh menggugat masa depan orang Melayu dan berbahaya kepada negara. Tegasnya, beliau terpaksa membangkitkan perkara itu kerana tindak-tanduk sebahagian besar pemimpin Pas kelihatan tidak mencerminkan muslim sebenar dengan melakukan pembohongan, pendustaan, fitnah dan maki hamun terhadap sesama Islam. Katanya, jika aliran kepimpinan ini terus `dibenarkan' menguasai orang Melayu terutama penyokong Pas, dikhuatiri daya ketahanan orang Melayu untuk bersaing pada cabaran dunia akan rapuh dan seterusnya menemui kegagalan. Beliau menarik perhatian bahawa gaya kepimpinan Pas itu tidak menghairankan memandangkan parti itu begitu ketandusan isu-isu termasuk pembangunan yang boleh diketengahkan kepada rakyat. Sebab itu, katanya, Pas kini menggerakkan secara aktif `penjaja-penjaga agamanya' di seluruh negara bagi meraih sokongan orang ramai. ``Pemimpin Pas berceramah atas nama Islam tetapi yang mendukacitakan semuanya menonjolkan aliran falsafah kepimpinan ibu ketam dengan menuduh kerajaan anti-Islam, kerajaan tidak betul, fitnah sini maki sana. ``Pas seolah-olah ada lesen untuk membohongi orang, bila turun ke kampung pakai jubah, tempat lain, lain pula ceritanya. Sepatutnya Pas cermin diri sendiri sebelum menyuluh orang lain,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Secebis petikan dari Utusan Melayu 5 Ogos 2002. Benarkah PAS umpama ibu ketam?? Sudahkah Datuk Hamid mencermin dirinya serta sekutunya sebelum sewenangnya membuat tuduhan? Terpanggil rasanya untuk menyelitkan sekeping puisi penuh bermakna karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang untuk bacaan dan renungan semua..... Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?
SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah
______________________
Diterbitkan oleh : |