Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu Tuhan Samseng: Kenapa Bengap sangat?

Assalamualaikum w.b.t

Saya sebenarnya merasakan isu perkataan samseng yang digunakan oleh TG Nik Aziz adalah suatu isu yang amat remeh dan jelek sekali untuk dijadikan isu. Namun begitu, sudah hampir beberapa minggu ia dipolitikkan, maka saya berasa tidak ada sebab untuk pencinta-pencinta al-Haq untuk mendiamkan diri.

Saya rasa kenapa bengap dan bingung betul golongan ini tentang penggunaan kata samseng ini. Semua orang yang mengambil SPM Bahasa Melayu sepatutnya boleh memahami maksud tersurat dan tersirat suatu perkataan ataupun frasa. Bagi yang biasa pula mengikuti pengajian ataupun sekurang-kurangnya biasa mendengar kuliah pengajian daripada Guru-guru agama yang terkenal pun boleh menangkap apa yang cuba dibawa oleh TG kita ini.

Perkataan “samseng” apabila diambil luar daripada konteks ayat memanglah membawa konotasi yang buruk, sebagaimana perkataan “haprak” . Lagipun, sesiapa pun akan faham bahawa makna samseng yang dimaksudkan oleh Tuan Guru kita adalah: Kekuasaan ataupun keupayaan untuk menyebabkan kesusahan dan musibat.Bukannya samseng dalam ertikata gedebe,mafia ataupun gangster .

Bagi RTM yang teraju utamanya ZAM, mereka merasakan tindakan mereka adalah bijak kerana memutarkan klip video-klip video seumpama ini berulang kali untuk membangkitkan rasa meluat rakyat terhadap parti pembangkang.

Mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka hanya menjauhkan sebahagian daripada masyarakat Melayu yang mungkin telah mula lena dan “bersyukur” kepada BN. Hasilnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Tidak mustahil juga mungkin inikah caranya ZAM berterima kasih kepada Dr. M yang pernah membuang beliau beberapa tahun lalu daripada Ketua Pengarang Utusan Malaysia di atas hal penggunaan Bahasa Inggeris. Siapa tahu……

Penentang Kezaliman






______________________
Terbitan : 16 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com