Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Re: Kera di Hutan Disusui, Anak di Rumah Mati Kelaparan

Kepada yang mulia Saudara Shaharen,

Saya adalah orang Singapura yang sejak kecil lagi sudah diasuh dengan bahasa Inggeris di sekolah. Saya hanya beri pandangan sahaja dan tidak bermaksud untuk menyentuh mana-mana pihak.

Tentang isu bahasa Inggeris ini ada mempunyai 2 faktor: positif dan negatif.

Untuk mengulas mengenai faktor positif, kejatuhan umat Islam sebagai umat yang terkenal dengan tokoh-tokoh ilmuan seperti Ibnu Khaldun dan beberapa ilmuan fizik dll adalah disebabkan lokeknya limu - bukan disebabkan lokek memberi ilmu tapi menerima ilmu yang datang dari bukan Islam. Orang bukan Islam memperolehi ilmu dari orang Islam dan berjaya menglabelkan ilmu yang terdapat sebagai merekalah empunya dan berjaya melanjutkan apa yang dipelajarinya. Begitu juga bahasa Inggeris yang terjadi dengan keizinan Allah swt hingga seterusnya menjadi bahasa international. Kita masih boleh menaikan kebangkitan Islam secara bentuk yang baru - seperti orang Islam yang versatile dan mempunyai berbagai ilmu dan fasih berbagai bahasa sambil dapat menjaga nilai orang Islam.

Disini saya agak prihatin tentang bahasa Inggeris kerana sehingga kini ada diantara kami di Singapura agak sukar untuk menerima bahasa Inggeris walaupun sekian lama dipelajari disebabkan kita berbahasa Melayu di rumah. Ini belum termasuk melanjutkan pelajaran ke luar negara yang rata-rata harus fasih atau cepat tangkap lebih-lebih lagi sains and matematik yang berlainan terjemahannya bila dibandingkan dalam bahasa Melayu. Boleh dikatakan tidak salah kalau kita dapat menguasai bahasa Inggeris kerana haya Sains dan Matematik sahaja yang diberi perhatian sahaja kerana bahasa Malaysia masih dikira bahasa pertama dan tanpa BM SPM dikira gagal seluruhnya.

Untuk mengulas tentang negatifnya pula, bahasa Inggeris amat berpengaruh dan disesetengah kawasan di Malaysia masih ada golongan menganggapnya sebagai bahasa jajahan. Bukan sahaja bahasanya dikuasai tapi budaya pun ada yang sanggup terima bulat-bulat tanpa mengira buruk dan baiknya. Bahasa Inggeris dianggap lebih liberal yang kita harus jaga tatatertib sebagai orang timur supaya tidak runtuh akhlak.

Bagi saya, terpulang bagi individu kerana generasi sekarang sepatutnya mempunyai fikiran yang rasional dan terbuka. Kita boleh memilih bahasa Inggeris tanpa terikut-ikut budaya mereka dan BERUPAYA mengawal budaya mereka dari meguasai jiwa kita. Bahasa Inggeris bukan suatu bahasa yang diharamkan bahkan dicipta oleh tuhan kepada manusia untuk dipelajari tak kira bahasa Perancis, Thai atau Jepun. Yang penting ilmu mereka bukan budaya mereka dan tak perlu takut-takut dengan untuk menerimanya.

Saya harap saudara dapat memberikan pandangan anda tentang isu ini. Saya akan terima dengan hati terbuka dan harap pandangan kita akan meluaskan minda kita. Terima kasih.

Yang benar,

Azlan

p/s Pengirim adalah bekas pelajar di sebuah politeknik yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa hantaran.






______________________
Terbitan : 31 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com