SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Samsengnya UMNO Terengganu!!!
Belanja mengurus sekolah agama RM19.2j KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri mengeluarkan perbelanjaan mengurus sekolah menengah agama seluruh negeri sebanyak RM19,209,250.00 sehingga 30 Jun lalu melebihi peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak RM17,272,800.00 bayaran pertama untuk tahun ini. Sekaligus menafikan dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Negeri seolah-olah tidak memanfaatkan sepenuhnya peruntukan kewangan itu bagi pembangunan institusi pendidikan dan kecemerlangan pelajar. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Haji Zahari Mohamed dalam satu kenyataannya di sini 15 Ogos lalu menyebut bahawa pemberian kewangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bayaran pertama bagi membiayai perbelanjaan mengurus sekolah-sekolah menengah agama dan Ma'ahad Tahfiz al-Quran di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu berjumlah RM17,272,800.00 tahun ini telah dimasukkan ke dalam Akaun Kerajaan Negeri di bawah kod hasil 829900- Terimaan-terimaan Agensi Kerajaan yang lain- selaras dengan Arahan Perbendaharaan 22. "Sebagai makluman bahawa semua sekolah menengah agama dan ma'ahad tahfiz al-Quran tidak mempunyai peruntukan mengurus di bawah kawalannya sendiri tetapi diletakkan di bawah pentadbiran dan kawalan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)," jelasnya. Oleh itu pemberian kewangan oleh kementerian tersebut telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan dibelanjakan berdasarkan Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi tahun ini. Katanya, jumlah peruntukan yang diperlukan bagi mengurus sekolah-sekolah menengah agama dan ma'ahad tahfiz al-Quran tahun ini adalah sebanyak RM38,418,500.00. Ini termasuk Emolumen sebanyak RM21,956,000.00, Bekalan (RM9,800,000.00), Bantuan dan Pemberian Dalam Negeri (RM5,102,000.00), Harta Modal (RM560,500.00) dan Penyelengaraan serta Pembaikian Bangunan Sekolah (RM1,000,000.00). Pecahan perbelanjaan mengurus mengikut sekolah pula seperti berikut; * Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu (SMAAZA) dengan jumlah pelajar seramai 585 orang ialah sebanyak RM4,760,000.00, * Kolej Sains Pendidikan Kuala Terengganu (KOSPINT) (RM3,120,000.00) dengan jumlah pelajar seramai 483 orang, * Sekolah Menengah Agama Maarif Besut (RM4,315,000.00) dengan jumlah pelajar seramai 911 orang, * Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun (RM3,570,000.00) dengan jumlah pelajar seramai 916 orang, * Sekolah Menengah Agama Khairiah, KualaTerengganu, (RM3,352,000.00) dengan jumlah pelajar seramai 1,190 orang, * Sekolah Menengah Agama Mahmudiah Kuala Berang (RM3,174,000.00) dengan pelajar seramai 794 orang, * Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman (RM2,180,000.00) dengan pelajar seramai 888 orang, * Sekolah Menengah Agama Marang (RM2,799,000.00) dengan pelajar seramai 743 orang, * Sekolah Menengah Agama Ittifaqiah, Jerteh (RM3,140,00) dengan pelajar seramai 629 orang, * Sekolah Menengah Agama Setiu (RM2,992,000.00) dengan pelajar 557 orang, * Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (RM2,845,000.00) dengan pelajar 614 orang, * Maahad Tahfiz al-Quran Terengganu (RM1,901,000.00) dengan pelajar seramai 150 orang. Sementara itu pada 14 Ogos lalu parti pembangkang menghantar rombongan pemudanya untuk menyerahkan memorandum bantahan kononnya Kerajaan Negeri tidak manfaat sepenuhnya apa yang dinamakan pemberian peruntukan di bawah Program Pembiayaan Wang Ehsan kepada sekolah-sekolah tersebut. Terdapat di kalangan mereka bertindak liar dengan menggoncang pintu pagar Wisma Darul Iman seolah-olah seperti satu kumpulan samseng. Ada di antara mereka juga menghentak pintu pejabat Menteri Besar selepas keluar menghantar memorandum itu di pejabat berkenaan. Kira-kira 20 pemuda parti pembangkang itu terbabit menyertai rombongan tersebut. Kebanyakan media merakamkan peristiwa penghantaran memorandum itu. Menteri Besar Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak ada di pejabat ketika itu kerana menghadiri satu majlis lain pada hari yang sama.
Diterbitkan oleh : |