SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Hudud: Pembangkang Terengganu usah berdolak dalihKUALA TERENGGANU: Cubaan pembangkang yang ingin mengaburi fikiran rakyat mengenai isu hudud hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Haji Roslan Ismail berkata tentangan-tentangan yang diterima sejak akhir-akhir ini mengenai isu hudud lebih banyak ditimbulkan oleh orang Islam daripada bukan Islam. "Kita melihat, saban pagi ulama’-ulama’ pembangkang Terengganu bercakap melalui media mereka dan mengemukakan fakta yang tidak tepat serta pandangan yang mengelirukan mengenai hudud. "Mereka bergelar ulama’ tetapi mereka pula yang lantang menentang pelaksanaan hukum Islam, dan menuduh pihak Kerajaan Terengganu yang ingin melaksanakannya sebagai memperalatkan hudud untuk kepentingan politik," katanya ketika membahaskan Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa hudud bukan untuk dilaksanakan secara membuta tuli. Kerajaan Negeri telah mengkaji segala aspek yang berkaitan dan telah mengadakan seminar untuk mendengar pandangan-pandangan yang berkaitan. ADUN itu mengingatkan kepada pihak-pihak yang suka mencari publisiti murahan dengan mengutarakan pendapat-pendapat mereka sedangkan pendapat mereka tidak benar dan mengelirukan masyarakat. "Saya menyeru kepada pihak pembangkang supaya berhenti berdolak-dalik mengenai hudud dan menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan syariah di negeri ini," tambah beliau lagi.
Diterbitkan oleh : |