Sepandai-pandai Mahadir Melompat Akhirnya Akan Masuk ke Tanah JugaAsalamualaikum Wrb Para pejuang Islam dikasihi Agak-agaknya hingga ke saat ini, kalian masih tidak berputus asa untuk menentang kezaliman pemerintah kerajaan BN. Dr. Mahadhir ni pelik sikit, semakin dibenci rakyat, dia semakin kuat menyakitkan hati rakyat.Kita dah gunakan pelbagai kaedah untuk menumbangkannya. Semakin kita mengetengahkan kejahatannya, semakin seronok dia melindungi kejahatannya.Apa kata kali ini kita hanya membenci kejahatannya, tetapi kita kasihankan dia... kerana kejahilannya dia tidak nampak kebenaran. Kerana kejahilannya disangka kezaliman sebagai kebaikan. Kerana kejahilannya dia buta, ketidak adilan disangka adil. Oleh itu sama-samalah kita berdoa semoga Allah kurniakan Hidayah dan Taufiq-Nya sepertimana Allah anugerahkan kepada Saidina Umar Al-Khattab R.A.Kalau baca Qur'an, niat sedekahkan kepada Rohnya yang hampir nazak. Mana tahu, berkat keikhlasan kita sedekahkan fatihah dan ayat-ayat suci, terbuka pintu hatinya untuk bertaubat.Cara politik kadang-kadang tidak berkesan berhadapan dengan orang yang dah tua. Cubalah guna Tarbiyyah, mudah-mudahan berjaya.Cepatlah dia insaf dan bertaubat. Sebelum menemui ajalnya, doakan dia sempat bertaubat. Minta maaf kepada rakyat, membebaskan Anwar Ibrahim, memberi sokongan kepada ulamak-ulamak dan pemimpin muda mentadbir Malaysia. Mustahilkah?. InsyaAllah mudah-mudahan Malaysia selamat di bawah perlindungan Allah SWT
______________________
Diterbitkan oleh : |