Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KRISIS DENGAN INDONESIA : AGENDA POLITIK?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia dengan membakar bendera Malaysia. Persoalan yang perlu kita Tanya sekarang mengapa mereka begitu marah terhadap kita? Adakah kerajaan telah melakukan sesuatu yang diluar batasan terhadap rakyat Indonesia yang bekerja disini? Akhbar harian pula memainkan peranan untuk membakar amarah rakyat kita dengan menyiarkan gambar bendera kita dibakar? Apakah logik berita ini disiarkan? Adakah pihak kerajaan mahu mengalihkan isu-isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang atau ada agenda tersembunyi? Orang yang bijak tidak akan cepat melatah seperti Syed Hamid Albar yang melarang rakyat kita melawat Indonesia (http://www.antara.co.id/berita.asp?id=46631). Perkara ini akan menyebabkan keadaan semakin tegang dan menyemarakkan kemarahan rakyat di kedua-dua negara.

Kalau kita imbas kembali tentang banyak cerita warga Indonesia yang dihina di kem tahanan pendatang tanpa izin, kita akan memahami kemarahan Indonesia. Manusia tidak boleh dihina seperti anjing, akan tetapi, itulah yang telah dilakukan oleh polis kita terhadap mereka. Patutkah kita menyokong kerajaan pimpinan Mahathir dalam kes krisis dengan Indonesia? Atau adakah Mahathir cuba meraih sokongan murahan dengan membangkitkan isu yang sangat serius ini?

Pembaca semua haruslah mendengar dari kedua-dua pihak tentang perkara ini. Akhbar internet Antara milik Indonesia perlu dibaca juga untuk mengetahui perkara sebenar. Amin Rais semalam telah berkata bahawa Malaysia patut melayan pendatang tanpa izin atau pekerja asing dengan lebih kemanusiaan. Disini kita dapat lihat punca yang membangkitkan kemarahan Indonesia. Media disini cuba menyorok banyak perkara benar dari pengetahuan kita. Berita Antara hari menyebut bahawa Filipina pula memprotes cara Malaysia melayan pendatang tanpa izin mereka hinggakan ada beberapa bayi yang terbunuh dalam kem tahanan (http://www.antara.co.id/berita.asp?id=46658). Apa cerita ni? Mengapa perkara ini perlu disorok daripada pengetahuan umum? Kita perlu mendesak agar kerajaan pimpinan Mahathir bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Saya fikir pihak BA patut bersuara untuk menyelesaikan perkara ini sebagai latihan untuk mengambil alih kerajaan yang ada sekarang. Undilah BA untuk kesejahteraan anda !!!






______________________
Terbitan : 30 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com